mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

insiden berdarah di kota mekah..


Sebuah entry serius penuh dengan sejarah. Jika anda kurang gemar penulisan berbentuk sejarah saya sarankan anda semua pergi ke blogserius sekarang kerana entry ini bakal membuatkan anda koma akibat kebosanan diikuti radang paru-paru dan septicemia.

Tahukan anda pada tahun 1979 muncul seorang lelaki Arab yang mengaku dirinya Imam Mahdi. Lelaki ini bernama Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dengan bantuan adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat ,mereka menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan. Ini ialah insiden berdarah melibatkan militan islam pertama dalam sejarah kota Mekah.

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi cool beard

hahha

KENAPA?

Persoalan pertama yang pasti berlegar dalam minda kamu ialah kenapa kumpulan militan ini menyerang Masjidil Haram? 20 November 1979 ialah hari yang cukup bersejarah pada kota mekah. Tidak pernah dalam sejarah islam masjidil haram dijadikan medan pertempuran bersenjata. Pada hari tersebut .Shit. Rasa skema taik lak tulis camni. Mari ubah gaya penulisan supaya lebih ranggi!

Juhaiman ialah seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Masa tu dia percaya yang kesemua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutanya Amerika. Bersenjatakan fahaman keras Wahhabi beliau percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah bullshit. Bila difikirkan ada betulnya pendapat dia. Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara. Selain daripada itu Juhaiman mahukan islam kembali kearah lebih “keras” dan “original”. Dalam bahasa mat sallehnya dia mahukan islam Wahhabi yang puritanical dilaksanakan di si seluruh dunia. PAda zaman tu kita belum diperkenalkan dengan perkataan “fundamentalist”. Tapi by all account Juhaiman is the first ever armed fundamentalist in modern Islamic history.

SERANGAN AWAL PAGI

Pada 20 November 1979 Juhaiman executed his plan. Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas habis solat subuh Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyenbunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.

Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkan sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab.

Masjidil Haram Meletup

hahha

KEPUNGAN BERMULA

Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.

Disamping itu ada permasalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama’ Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama’ Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.

Setelah usaha awal mereka gagal kerajaan Saudi terpaksa meminta bantuan pasukan anti keganasan GIGN dari Peranchis. Tiga orang anggota GIGN secara rahsia memeluk islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam tanah haram Mekah. Walaupun mereka “masuk islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Saudi bagi menutup malu kegagalan mereka menamatkan pengepungan.

3 orang ahli GIGN yangmasuk islam

hahha

PEMBEBASAN TEBUSAN

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya! Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

Kesan selepas pembebasan

hahha

Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati.

Imam Mahdiselepas dipancung

hahha

KESAN JANGKA PANJANG

Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Binladin. Yep. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.

Insiden ini juga membakar semangat Osama ben Laden untuk menjadi pejuang Islam dimasa hadapan. Year later Osama akan diusir dari Arab Saudi atas kelantangannya mengkritik keluarga Al Saud. The rest as we know it is history.

di petik dari : ”mr.obifiend”

p/s   apa yang terjadi kita jadikan iktibar..

Filed under: jalan fisabilillah

dvd borink2 tapi layan..


Rebellion

(tung moon)

filem ini mengisahkan konspirasi dalaman yang telah dicipta oleh pihak polis bagi menghapuskan satu family kongsi gelap di hong kong. filem ini adalah hasil buah tangan dari pengarah terkenal iaitu herman yau. cerita ini bermula dengan ketua 5 kawasan iaitu jimmy lakonan yuen leung poon yang telah di tembak, semasa beliau dalam keadaan koma isteri jimmy iaitu cheung wah(ada choi) telah melantik orang lepercayaan suaminya iaitu  po(shawn yue) sebagai pengganti jimmy buat sementara waktu, ini telah menyebabkan orang kanan jimmy  iaitu blackie(chapman to) amat marah!!!

walaupon terpaksa menjadi pengganti jimmy buat sementara waktu,  po juga telah ditugaskan untuk mencari penembak  jimmy atas arahan cheung wah. dalam satu malam sahaja perebutan kuasa antara 5 ketua kawasan yang cuba mengambil alih tempat jimmy telah dilakukan yang diketuai oleh blackie… so saksikanlah filem ini..best beb!!

apa yang aku nak puji filem ini ialah dalam 1 malam sahaja 1 family porak peranda hanya kerana berebutkan pangkat…so jom layannnnn………..

Filed under: filem

Freemanson di jepun??!!


Ramai orang akan terkejut jika saya katakan bahawa Jepun telah menerima pengaruh yahudi sejak seribu tahun yang lampau. Bukan itu sahaja, bahkan sehingga kini pun yahudi masih lagi menguasai sepenuhnya negara matahari terbit ini.


Jadi bagaimanakah yahudi boleh memasuki negara Jepun ini ???

                                                                                                                    Arimasa Kubo

 

Dan siapakah yang mendalangi kegiatan yahudi di negara matahari terbit ini ???

Ketika 1000 tahun yang lalu, empayar yahudi Khazar pernah dihancurkan oleh tentera Russia dan tentera Mongol. Dan ramai di kalangan mereka telah lari beramai-ramai ke Eropah dan ke China. Mereka yang lari ke China, kemudian telah berhijrah ke Jepun pula setelah Kublai Khan berjaya menakluki China. Kublai Khan bersama tentera Mongol masih belum berpuas hati dengan kaum yahudi Khazar ini dan telah memburu mereka di Jepun. Dua kali Kublai Khan telah menghantar tentera Mongol ke Jepun, namun kedua-dua kali tersebut telah mengakibatkan kehilangan kepada tentera Mongol ini.

Mengikut catitan sejarah pelayar-pelayar China , kedua-dua armada Mongol telah dibunuh oleh sang dajjal (yang sebenar) di Lautan Syaitan Jepun (Devil’s Sea of Japan). Kedua-dua armada perang Mongol telah tersesat ke Lautan Syaitan Jepun (mungkin di atas tolakan angin syaitan) dan kemudian dibunuh oleh raksasa dajjal si mata satu.Dari situ maka bermulalah agenda yahudi freemason dan illuminati di Jepun.Ketika Admiral Perry tiba di Jepun dan memaksa Jepun membuka pintu ekonomi kepada dunia luar, wakil Rothschild di Asia bernama Jardine Matheson telah menghantar ejen intelligence ke Jepun bernama Thomas Blake Glover. Tugas Thomas ketika itu ialah untuk mempelopori penjualan senjata api serta mewujudkan perang saudara di Jepun.

Tujuan asal kegiatan Thomas ini ialah untuk mengkucar-kacirkan keadaan di Jepun bagi memudahkan Jepun dijajah oleh yahudi. Namun kegiatan beliau dapat dihidu oleh Jepun dan perniagaan Thomas menjadi muflis.

Namun illuminati tidak berputus asa. Rothschild menghantar ejen intelligence yang lain pula. Kali ini bernama Guido H.F. Verbeck .Dengan kepintaran beliau, maka Dinasti Meiji telah dapat diwujudkan. Loji (najis) Freemason pertama telah dapat dibina dan kesemua PM Jepun mestilah dilantik melalui Loji (najis) Freemason tersebut.Sekiranya Rockefeller merancang untuk menjadikan US sebagai kerajaan dunia dan US Dollar sebagai matawang antarabangsa, begitu juga Rothschild merancang untuk menjadikan Jepun sebagai kerajaan dunia dan Yen Jepun sebagai matawang antarabangsa. Maka Perang Dunia Kedua dilancarkan . Ianya adalah peperangan di antara Baron Rosthchild melawan David Rockefeller (sekarang Rockefeller ditadbir oleh anak saudara beliau bernama Jay Rockefeller). Akhirnya Rothschild diminta untuk tewas dan pada tahun 1944 perjanjian Bretton Wood ditandatangani bagi melantik matawang US Dollar sebagai matawang antarabangsa. 44 negara di seluruh dunia telah menandatangani perjanjian matawang antarabangsa tersebut. Namun Britain yang dibawah pengaruh Rothschild tidak menandatangani perjanjian tersebut.

Namun demikian, Rockefeller tidak berputus asa. Ketika Jerman mengalami kekalahan kepada US (dan sekutu) dan Russia , sebelum Russia yang dipimpin oleh Stalin (keluarga Rothschild juga macam Hitler) menemui Hitler ketika May 1945, CIA (di atas arahan Rockefeller) telah menyeludup keluar Hitler dari negara Jerman. Hitler telah menukar diri beliau dengan seorang wanita bernama Eva Braun. Eva Braun ditembak di kepala dan diletup di bahagian kepala juga. Mayat Eva Braun telah diletak di atas sofa bilik rahsia Hitler di bahagian bawah tanah Berlin (saya sudah ke Berlin lihat sendiri kawasan kubu Hitler. Best siot. Tarok signature lagi di buku pelawat pada tahun 1997 bulan Februari). Tentera Russia telah menjumpai mayat Eva ini yang disangka sebagai mayat Hitler. Disebabkan mayat Eva ini maka Jerman telah menyerah kalah kepada US dan Russia pada tanggal May 7, 1945.

Namun Hitler yang sebenar telah dipakaikan dengan pakaian tentera US dan misai kontol Hitler dipotong. Hitler terus dibawa oleh US Army dan CIA keluar dari Jerman dengan segera. Penyeludupan ini tidak disedari oleh tentera Russia. Selepas itu Hitler diberi ofis di pejabat CIA dan telah membuat operasi sulit. Operasi sulit tersebut ialah membawa keluar saintis-saintis Jerman dan teknologi bom atom Jerman. Ketika Hitler cuba menyeludup keluar kesemua saintis-saintis Jerman, dalam masa yang sama Russia juga telah cuba menyeludup keluar saintis-saintis Jerman juga. Akhirnya separuh saintis Jerman lari ke US dan separuh lagi lari ke Russia (perlu diberitahu di sini bahawa saintis Malaysia berbangsa Melayu pernah diseludup ke US oleh Ronald Reagen pada sekitar tahun 1980an bagi tujuan untuk membuat projek rahsia Star Wars).

Akhirnya US telah berjaya membuat bom atom. Maka untuk menamatkan peperangan di antara Rockefeller dengan Rothschild ialah dengan cara tentera US mengirim hanya 2 butir bom atom sahaja ke Jepun pada tahun 1945 juga. Satu ke Hiroshima pada Ogos 6, 1945 , dan satu lagi ke Nagasaki pada Ogos 9, 1945. Mungkin ramai akan bertanya saya kenapa Tokyo tidak diletupkan. Jawapan saya ialah kerana di situ letaknya Loji (najis busuk) Freemason. Kedudukan loji rahsia ini ialah di bawah tanah yang bersebelahan dengan Tokyo Tower.

Sekiranya suatu ketika dahulu loji ini dikawal selia oleh Rothschild, namun setelah WW2 tamat loji ini dikawal selia pula oleh Rockefeller. Maka setelah WW2 tamat, maka pemerintahan Jepun (melalui PM dan Dinasti Meiji) telah dikawal sepenuhnya oleh Rockefeller.

Tokyo Tower (di sebelah tower ini terdapat bilik bawah tanah rahsia yang tersimpan kuil sesat freemason yang bertujuan untuk mengawal Dinasti Meiji dan semua PM-PM Jepun)

Begitu juga dengan Sukarno. Sebelum WW2 tamat Sukarno merupakan orang kuat Rosthchild . Namun setelah WW2 tamat, maka Sukarno berpindah menjadi kuli Rockefeller pula.Peperangan dunia kedua ialah sebenarnya suatu permainan catur di antara David Rockefeller melawan Baron Rothschild.

David Rockefeller

melawan

Baron Rothschild

 
 
dalam suatu permainan catur bernama Perang Dunia Kedua

Walaupun Baron Rothschild tewas dalam percaturan tersebut, namun yahudi illuminati menghargai sumbangan beliau sebagai pengasas negara Israel.

Duit syiling ini dibuat bagi mengingati pengasas bagi negara haram-jadah Israel , iaitu Baron Rothschild.

di petik dari : “konspirasi dunia”

Filed under: panji hitam dari timur

pemimpin bani tamim..


siapakah dia..

olde worlde maps by digitalia.

Pemuda Bani Tamim

Banyak hadis menerangkan siapa Pemuda Bani Tamim ini. Kerana itulah dia menjadi sebuah nama yang popular kepada mereka yang mengkaji perihal kronologi kiamat.

Antara tanda fizikalnya ialah-

-Sederhana tubuhnya
– Janggut nipis
– Tidak tinggi tidak rendah
– Sawo matang
– Bergigi sulah
– Dan lain-lain

Dia juga di gelar al-mansur dan yang paling terkenal ialah Syuib bin Salleh.

Setelah kita kaji dua watak sebelum ini iaitu Pemuda Bani Hasyim di Malaysia, aris al-Haasth di Indonesia, maka Pemuda Bani Tamim di mana?

Dalam versi hadis, negara belakang sungai dan timur jauh sudah di duduki, hanya tinggal Khurasan. Dalam versi notradamus pula, great intermixed nation dan eastern latin sudah di duduki. Tinggal kini, arabic intermixed via north africa.

Baiklah kita kaji perihal lokasi dahulu.

Versi hadis mengatakan Khurasan adalah tempat munculnya pemuda ini. Dimanakah khurasan.
Jika di amati, Khurasan ada di Iraq(kalau tidak silap), akan tetapi, nabi mengisyaratkan
Khurasan yang lebih timur tetapi menunjukkan tongkatnya ke arah selatan (kalau tidak salah ada hadis ini tetapi tidak tahu sahihnya)

Berbalik pada versi Notradomus pula, kita sudah dapat mengagak apa yang ingin dinyatakan itu.
Arabic via north africa. Negara arab apakah yang paling hampir dengan Afrika? Sudah tentu jika kita lihat dalam peta dunia, kita akan dapat lihat EGYPT/MESIR.

Maka, disini kita boleh kaitkan bahawa Pemuda Bani Tamim munculnya di timur.

Tetapi serasikah dengan hadis mengenai fizikal dan kemunculan Pemuda Bani Tamim?
sabda nabi ada mengatakan bahawa pemuda ini adalah keturnan arab yang sudah bercampur dengan bangsa lain. kulitnya sawo matang dan tubuhnya sederhana.

Jika di lihat kembali, asal keturunan pemuda ini adalah orang arab yang datang berdakwah ke luar. Tetapi di manakah lokasi paling tepat untuk menyatakan bangsa yang berkulit sawo matang dan bertubuh kecil serta menerima islam sehingga menjadi ‘ajam’.

Jawapannya hanya tanah melayu. Masalahnya kini, Malaysia atau Indonesia. Sehingga kini, saya tidak mampu menjawab, akan tetapi lahirnya pemuda ini bukan untuk menunjukkan negara mana lahirnya dia dan seterusnya menjadi daulah islamiyah kedua. Lahirnya pemuda ini adalah ‘represent’ melayu, bukannya negara. Mungkin lebih tepat lagi, tanah melayu.

Kerana itulah pemuda ini akan berjumpa dengan Haris al-Harasth dan ‘united’ di bawah satu panji iaitU, panji hitam.

Sebelum saya menulis, saya sudah menkaji dan membawa buku dan artikel mengenai pemuda ini dan kes pemuda ini lah yang menjadi pemangkin pencarian saya sehingga ke tahap ini.

Baiklah berikut artikel mengenai Pemuda Bani Tamim. Untuk informasi tambahan.

Silat Cekak @ Bagan Lalang by irwandy.

1. Namanya ialah Syuaib bin Saleh

Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Iaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada Bani bangsanya (Bani kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik.

Persoalannya, kenapa nama Putra Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putera Bani Tamim itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa namanya tidak benar-benar Syuaib bin Saleh?

Sesungguhnya hadis itu adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis dari Nabi SAW adalah datang dari Allah. Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan). Dari segi bahasa Arab, kalimah Syu’bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kalimah Syu’aibun bererti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah. Lagipula, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahAwa PutEra Bani Tamim itu benar-benar bernama Syuaib bin Saleh.

Kalimah Bin itu pula berasal dari Ibnun, ertinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki. Maknanya peribadi Syuaib itu adalah:

  • Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).
  • Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai, berjambang dan berserban).
  • Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berpikiran luas, senantiasa berhubungan dengan masyarakat dan jauh langkahnya).
  • Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama sejati, ulama mujahid dan mujtahid.

Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin, yakni disambung namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara saja yang lazim berbuat demikian.

Kalimah Saleh pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini bermaksud seperti berikut:

  • Baik namanya, iaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sansekerta, nama setempat atau dari bangsa yang bukan Islam.
  • Baik keperibadiannya iaitu dikenal sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.
  • Baik akidahnya iaitu seorang yang benar-benar mengikuti akidah Islam yang sejati.
  • Baik keturunannya iaitu keturunannya diketahui dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.
  • Baik agamanya, iaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cinta agama.
  • Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah melekat dengan dirinya sejak dari kecil.
  • Baik pemikirannya iaitu seorang yang mempunyai ideA yang baik untuk mengubah masyarakatnya untuk menghayati ajaran Islam sejati ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.
  • Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu

Jika hadis-hadis berkenaan benar, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin Saleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya? Jawapannya:

  • Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, beliau selamat dari diburu, dibunuh, dihalangi atau di’apa-apa’kan oleh musuh-musuh Islam yang memang mencuba menghalangi kebangkitan Islam kedua ini dengan segala daya upaya mereka.
  • Supaya umat Islam berusaha mencari identiti sebenarnya Syuaib bin Saleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah peribadi yang dikatakan sebagai Putra Bani Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.
  • Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Putera Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apalagi saat itu memang orang banyak sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Putra Bani Tamim.
  • Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya) siapa sebenarnya Putera Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyedari bahwa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Saleh. Beliau hanya menyedari tentang peribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.
  • Untuk menipu pihak musuh Islam. Kerana tidak ada uraian lebih lanjut dari para ulama terhadap kepribadian Putra Bani Tamim ini, pihak musuh menyangka bahwa namanya menang benar-benar Syuaib bin Saleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Kerana itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan peribadi berkenaan.

2. Dia berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim

Iaitu suatu Bani Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini kebanyakan tinggal di Palestine dan Jordan. Tetapi dia lahir bukan di kedua tempat itu. Bani Tamim itu bukanlah merupakan suatu golongan atau kaum yang besar. Golongan ini hanyalah satu Bani yang kecil dan tidak ramai.

Perlu disebutkan di sini, Bani Tamim yang ini adalah sebagian dari Ahlul Bait kerana Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeza pendapat mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.

Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz kerana telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, iaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri kerana diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang menetap di Nusantara, tapak awal berdirinya daulah kedua nanti.

Ada ulama yang menyatakan:

  • Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.
  • Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait, termasuk isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.
  • Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.
  • Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah Ahlul Bait. Pendapat ini terutama disokong oleh mazhab Syiah.
  • Semua keturunan Abdul Manaf adalah Ahlul Bait.

Di kalangan bangsa Arab, memang ada satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah Tamim ini memang suatu kabilah dari bangsa Quraisy yang mendiami kawasan sekitar kota Makkah. Sahabat yang berasal dari kabilah Tamim di antaranya ialah sahabat setia baginda SAW, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Namun, kabilah Tamim ini bukanlah Bani Tamim, malah antara kedua-duanya memang tidak ada hubung kait.

Yang pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi Bani Tamim atau Bani Tamim. Kedua-duanya berbeza. Kabilah Tamim bertebaran di hampir seluruh Tanah Arab.

 
p/s marilah kita sama2 renungkan..

Filed under: panji hitam dari timur

April 2010
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 146,033 hits

Archives