mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

kehidupan baru bermula…


haishh sudah lama aku x update blog ni, makin berhabuk aku tengok..hehe

dalam blog ni dah banyak aku buang post2 tentang kisah seorang taiko..pada aku benda yang dah lepas biarlah ia kekal dalam ingatan tak perlulah kita kongsi-kongsi  pasal lama-lama nanti akan memakan diri..pasal kat sini pon ada stalker..anyway life must go on..

setelah sekian lama aku menyepi dari rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang mengaku sedarah sedaging kononnya, banyak pengalaman yang aku dah perolehi..banyak orang aku dah bercampur, yang tua dan yang muda..berkongsi cerita pasal sejarah, politik, kerjaya dan pengetahuan am..seronok beb! bila dah kenal ramai orang, peluang buat duit confirmlah ada..itu yang untungnya bila kita berbuat baik dengan orang..

hidup tanpa komitmen ni memang menyeronokan..banyak perkara seronok aku dah berjaya lakukan..dulu asik busy je dengan kawan-kawan seangkatan tapi sekarang aku dah selalu dapat meluangkan masa bersama keluarga..masa ni lah nak belajar window shopping dengan isteri..huhu paling best ialah sekarang ni aku dah bergiat aktif dengan sukan extream paintball..haha dari aku buang duit entah kemana-mana baik aku involve dalam sukan ni..banyak tempat aku dah sampai dengan sukan ni..kenapa aku pilih sukan ni, sebab sukan ni perlukan daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi..kene tembak sakit beb! mau sebulan baru hilang bengkak kat badan…akibat terlalu taksub sangat dengan sukan ni akhirnya dengan hormat aku telah mendaftarkan diri dalam pasukan simpanan tentera..haha berkhidmat sambil bergaji..inilah barulah namanya tentera..bukan kita yang bagi gaji..🙂

ramai juga yang bertanya pada aku, kenapa dah tak update blog?? hah sekarang barulah boleh..selama aku menyepi ni, aku banyak kan masa tengok history channel untuk study, banyak membaca dan banyak juga knowledge yang aku dah berjaya kumpulkan..hehe nanti ada masa aku akan update kan cerita-cerita yang best!

bagi sahabat-sahabat yang masih di belakang aku ketika susah dahulu terima kasih! betul cakap orang tua masa kita susah lah kawan-kawan yang setia akan support kita..kalau korang ada masalah call je aku..insyaallah aku akan tolong korang..tak sia-sia kita bersaudara..semoga persaudaraan kita kekal hingga ke akhirat..amin

 

p/s tak sabar nak berkongsi cerita2 sejarah dan konspirasi dunia…yeahh!!

Filed under: kisah bermula

lagenda seorang mahaguru [5]


PERISTIWA DI PULAU SUDONG

Selepas sehari berkayuh akhirnya beliau dan keluarga beliau mendarat di sebuah pulau yang kelihatannya agak selamat daripada hujan peluru musuh. Di Pulau Sudong, Meor Abdul Rahman telah disambut oleh seorang penduduk pulau yang bernama Naning. Naning telah memaklumkan syarat untuk orang luar yang ingin menumpang di pulau tersebut, iaitu bertarung dengan seorang jaguh Pulau Sudong, yang bernama Wak Kusang. Wak Kusang berkulit gelap,bertubuh pendek tetapi tegap. Beliau mempunyai lengan sebesar paha orang dewasa. Penduduk Pulau Sudong mula keluar beramai-ramai untuk menyaksikan pertarungan tersebut. Mereka telah memukul gendang sambil bersorak-sorai seolah-olah menyaksikan suatu pesta pula.

Dalam keadaan diri yang sangat keletihan setelah sehari suntuk mengharungi lautan, Meor Abdul Rahman terpaksa pula berlawan dengan pendekar Pulau Sudong bagi memenuhi tuntutan syarat jika ingin menumpang di pulau tersebut. Sebelum pertarungan bermula, beliau terlebih dahulu meminta pandangan ahli keluarga beliau. Nampaknya beliau sudah tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa menghadapi Wak Kusang. Pertarungan antara Wak Kusang dengan Meor Abdul Rahman berlangsung di kawasan tanah perkuburan, kerana penduduk pulau membina rumah bertiang tinggi di tepi pantai, manakala bahagian tengah pulau dikhaskan sebagai tanah perkuburan. Pertarungan tersebut berlangsung dalam suasana yang sangat tegang dan hebat. Dengan berkat ilmu Silat Seni Gayongnya, maka di akhir pertarungan, Wak Kusang telah dihempas oleh Meor Abdul Rahman. Darah mula mengalir daripada kepala Wak Kusang kerana kepala beliau telah terhempas ke batu nesan kubur di situ. Kemenangan Meor Abdul Rahman telah disambut dengan perasaan gembira oleh ahli keluarga beliau. Penduduk pulau pula telah bersorak gembira seolah-olah menyaksikan suatu perlawanan sabung haiwan.

Peta Pulau Sudong

Pada suatu malam, lebih kurang satu minggu beliau berada di Pulau Sudong, Meor Abdul Rahman telah bermimpi didatangi satu lembaga yang memberi amaran kepadanya iaitu suatu bahaya akan menimpa penduduk Pulau Sudong. Lembaga tersebut menyuruh Meor Abdul Rahman berusaha menghalang bahaya itu dan ia (lembaga itu) berjanji akan membantu beliau. Pada keesokan harinya iaitu pagi tanggal 17 Februari 1942, penduduk Pulau Sudong telah mendapat khabar bahawa tentera Jepun akan mendarat. Orang-orang yang berada di Pulau sudong menjadi gempar. Berita tentang pendaratan tentera Jepun telah membimbangkan penduduk pulau kerana mereka banyak mendengar berita tentang kekejaman tentera Jepun. Seorang nelayan dari pulau berdekatan datang ke Pulau Sudong memberitahu anak dan isterinya telah dirampas oleh tentera Jepun dan dibawa naik ke atas kapal perang mereka. Terdapat beratus-ratus kapal perang Jepun yang berlabuh di hadapan Pulau Bukum. Berita ini telah menggemparkan penduduk Pulau Sudong. Masing-masing menjadi begitu khuatir dan bimbang, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis. Penghulu dan penduduk pulau telah berkumpul dan mula membincangkan soal keselamatan anak-anak gadis mereka yang berada dalam keadaan bahaya. Berbagai-bagai pandangan dikemukakan. Penghulu Pulau Sudong mencadangkan supaya dipindahkan sahaja semua perempuan-perempuan muda ke Pulau Senang atau ke Pulau Pawai sementara yang lain mencadangkan supaya perempuan-perempuan muda disorokkan ke dalam hutan. Yang lebih berani pula menyuruh supaya menentang sahaja orang-orang Jepun yang ingin merosakkan anak-anak gadis pulau itu serta bermacam-macam lagi cadangan. Setelah keadaan menjadi semakin buntu, Meor Abdul Rahman pun memberikan pandangan beliau. Orang-orang pulau memang menaruh harapan kepada beliau kerana mereka mengetahui Meor Abdul Rahman pernah menewaskan jaguh Pulau Sudong, iaitu Wak Kusang.

“Saya ada satu ilmu yang guru saya bagi. Ilmu ini belum pernah dicuba, tetapi kita boleh cuba. Syaratnya kena masuk Gayong dahulu.” kata Meor Abdul Rahman.

Penduduk Pulau Sudong kemudian diarah untuk mengisikan air ke dalam tempayan. Mereka bertanyakan Meor Abdul Rahman di mana mereka boleh mendapatkan air tawar kerana pada kebiasaannya air tawar diperoleh dari Pulau Senang. Meor Abdul Rahman lalu berdoa memohon supaya diturunkan hujan. Dengan izin Allah, tidak berapa lama kemudian langit pun mendung dan hujan mulai turun. Orang-orang kampung lalu mengisikan tempayan dengan air hujan. Setelah air tempayan itu dibacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran, Meor Abdul Rahman pun menjiruskan/memperlimaukan tujuh orang pemuda yang sanggup menentang kemasukan tentera Jepun.Tujuh pemuda tersebut terdiri daripada Naning, Mat Resad, Ahmad Puah, Kekeh, Mustapa, Bendol dan Wak Kusang. Itulah detik permulaan Meor Abdul Rahman memperkenalkan ilmu Silat Seni Gayong serta adat istiadatnya kepada orang ramai yang berlaku pada kira-kira jam 11.00 pagi 17 Februari 1942 di rumah penghulu Pulau Sudong.

Pada waktu itu laut kelihatan dipenuhi api yang menjulang. Pulau Bukum kelihatan telah terbakar. Penduduk Pulau Sudong kemudian diminta mengumpulkan periuk belanga dari tiap-tiap rumah. Buntut periuk tersebut kemudian dikikis untuk diambil arangnya. Ada periuk yang pecah akibat terlalu kuat dikikis. Selepas itu arang tersebut dicampurkan dengan minyak kelapa dan dibancuh seperti membancuh simen. Meor Abdul Rahman kemudiannya mengumpulkan semua perempuan yang berada di Pulau Sudong. Campuran arang dan minyak kelapa itu pun disuruh sapu ke muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kaum perempuan. Tepung gandum pula diletak dicelah-celah rambut supaya rambut kelihatan seperti telah beruban. Perempuan-perempuan muda kemudian disuruh masuk ke dalam rumah Meor Abdul Rahman(kira-kira seramai 200 orang). Meor Abdul Rahman kemudian meminta beras kunyit. Setelah dibacakan doa tertentu, beras kunyit tersebut diserahkan kepada Naning. Naning kemudian mengetuai enam lagi rakannya pun mula bergerak mengikut gerak hati yang dipimpin oleh semangat beras kunyit tersebut. Apabila sampai di tepi pantai, Meor Abdul Rahman menyuruh Naning menabur beras kunyit ke laut dan mengarahkan Naning dan rakan-rakannya meraba-raba(menggagau) di dalam air. Sebanyak tujuh bilah keris tanpa hulu dan tanpa sarung diperoleh dari dalam air laut di gigi pantai tersebut. Meor Abdul Rahman mengarahkan Naning dan rakan-rakannya membalut bahagian hulu keris dengan kain layar buruk serta sedikit kain kuning. Keris-keris tersebut lalu disorokkan dicelah dinding atap rumah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman lalu bertanya kepada ketujuh-tujuh pemuda tadi apakah yang akan mereka lakukan sekiranya anak isteri mereka dirampas oleh tentera Jepun.

Mereka menjawab, “Kita bunuh. Jika Cikgu suruh bunuh, kami bunuh…”

Seorang daripada penghulu-penghulu pulau telah menyuarakan rasa kebimbangannya, takut-takut nanti jika dibunuh tentera Jepun tersebut, Pulau Sudong akan menjadi padang jarak, padang terkukur akibat serangan balas daripada tentera Jepun yang lain.

Ketujuh-tujuh mereka lalu menjawab,”Kami lebih rela mati syahid daripada hidup dayus…”

Keadaan ini telah membuktikan bahawa ketujuh-tujuh lelaki tersebut telah naik semangat keberanian. Dari tujuh orang murid lelaki pertama Gayong ini, hanya empat orang murid sahaja yang berani menawarkan diri menjadi pengawal di rumah Meor Abdul Rahman. Perempuan-perempuan tua pula disuruh mengusutmasaikan rambut dan ditempatkan di bawah pokok kelapa yang terdapat di pesisiran pantai Pulau Sudong.

KETIBAAN TENTERA JEPUN
Tidak berapa lama kemudian, tentera Jepun pun tibalah dengan kapal pendarat tenteranya. Seperti kebiasaan, mereka melepaskan beberapa das tembakan pistol ke udara untuk memanggil orang-orang kampung agar mengangkat mereka ke darat. Sebaik sahaja mereka mendarat, mereka melihat hanya perempuan-perempuan tua sahaja yang kelihatan. Mulut mereka becok merungut-rungut kerana belum berjumpa wanita muda di pulau tersebut. Tentera Jepun tersebut terus mencari di sekitar pulau. Tidak lama kemudian,tentera Jepun itu sampailah ke rumah Meor Abdul Rahman. Tindakan pemuda-pemuda kampung yang asyik memandang ke arah rumah Meor Abdul Rahman telah mencurigakan pihak tentera Jepun. Mereka pun terus naik ke atas rumah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman yang berdiri di muka pintu pun terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran sambil terus berdoa.

“Yaasiin. Walqur’an nil hakim…Ya Allah Ya Tuhanku…”

Sebaik sahaja daun pintu ditolak, tentera Jepun menjadi begitu terkejut dan ketakutan melihat betapa hodohnya perempuan-perempuan yang berada di dalam rumah Meor Abdul Rahman.Sentuh pun mereka tidak mahu.Askar-askar Jepun tersebut menjadi gempar ketakutan sambil menjerit-jerit dalam bahasa Jepun,

“Korahh…korahh…korahh…”

Tentera Jepun pun berlalu dari rumah Meor Abdul Rahman. Sebaik sahaja tentera Jepun berundur dari rumah Meor Abdul Rahman, mereka telah melihat penduduk kampung yang asyik memerhatikan ke arah sebuah tongkang Cina. Mereka nampak seorang lelaki Cina tua sedang menimba air laut dari geladak tongkangnya. Tentera Jepun pun terus pergi mendapatkan tongkang tersebut. Setelah memeriksanya, mereka lalu mengesyaki sesuatu. Tentera Jepun lalu menolak papan besar yang menutup lantai tongkang tersebut. Sebaik sahaja papan penutup tersebut ditolak, kelihatanlah ramai anak-anak gadis Cina di dalamnya. Lelaki Cina tua tersebut telah ditolak ke dalam air laut dan ditembak sehingga mati. Anak-anak gadis Cina tersebut pula telah diangkut ke dalam kapal perang mereka. Di atas kapal tersebut, anak-anak gadis Cina tersebut telah diperkosa beramai-ramai. Jerit pekik mereka dikatakan kedengaran sehingga ke Pulau Sudong.

Selepas tentera Jepun hilang daripada pandangan, maka terselamatlah perempuan-perempuan di Pulau Sudong. Selepas peristiwa tersebut, Meor Abdul Rahman lalu mengarahkan ketujuh-tujuh bilah keris tanpa hulu tersebut dicampak kembali ke laut. Pada awalnya mereka agak keberatan untuk membuangnya, kerana mereka berhasrat untuk menyimpannya kerana percaya keris-keris tersebut membawa tuah.Apabila ditanya oleh Meor Abdul Rahman sama ada mereka telah mengembalikan semula keris tersebut ke laut, mereka berbohong dan mengatakan telah membuangnya.

“Kalau dah buang, macam mana bunyinya?” tanya Meor Abdul Rahman.

“Bunyinya pelecup, pelecup, pelecup…” jawab mereka beramai-ramai.

“Pelecup kepala hotak kamu! Sudah, pergi buang segera!” bentak Meor Abdul Rahman.

Setelah didesak oleh Meor Abdul Rahman, mereka pun mencampakkan keris-keris tersebut ke dalam laut, di tempat di mana keris tersebut ditemui. Menurut Meor Abdul Rahman, jika keris tersebut tidak dikembalikan semula ke laut, dikhuatiri suatu perkara buruk akan berlaku, seperti kedatangan ribut dan sebagainya. Dengan takdir Allah, maka pada hari ketiga daripada berlakunya peristiwa itu, timbullah seekor buaya putih di tempat di mana keris-keris tersebut dicampakkan

Dua minggu kemudiannya, Meor Abdul Rahman dan keluarganya pun meninggalkan Pulau sudong untuk pulang ke kampungnya di Taiping, Perak. Penduduk-penduduk pulau itu dengan sedih telah keluar beramai-ramai mengucapkan selamat jalan kepada beliau sekeluarga. Ketika perahu yang dinaiki oleh beliau perlahan-lahan meluncur, penduduk Pulau Sudong pun berpantun, yang berbunyi:

Pulau Sudong tanahnya lembah,
Tanam senduduk bercabang dua;
Pulau Sudong tanahnya bertuah,
Dagang menumpang sehari dua.

Lalu dijawab oleh beliau:
Pulau Sudong tanah sakti,
Sayang ketapang bercabang dua;
Hikmat Gayong meninggalkan bakti,
Memimpin wanita menempuh bahaya.

Meor Abdul Rahman bersama kedua-dua isterinya, anak sulungnya dan ahli keluarganya yang lain berangkat pulang ke Taiping dengan menumpang sebuah kereta api barang. Turut berada di dalam gerabak kereta api tersebut ialah askar-askar Jepun yang ingin bergerak ke Utara.

Pada tahun 1943, Meor Abdul Rahman telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pemerintah tentera Jepun kerana beliau telah membunuh seorang askar Jepun yang cuba mengganggu (cuba memperkosa) isteri pertama Meor Abdul Rahman. Sewaktu dibawa keluar dari penjara untuk menjalani hukuman mati iaitu hukuman gantung, Meor Abdul Rahman dengan penuh berani dan nekad telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Jepun yang bersenjata api dan pedang samurai. Dengan berkat ilmu Silat Seni Gayong, perut askar Jepun yang mengawalnya dirodok dengan hujung jejari tangan hingga terburai isi perut. Walaupun tidak berjaya melepaskan diri secara total, tindakannya ini dengan kuasa Allah telah menyebabkan beliau dibebaskan secara bersyarat (atas nasihat jurubahasa Jepun yang berbangsa Melayu). Tidak lama kemudian, Meor Abdul Rahman telah dipaksa menjadi seorang polis Jepun (Kempeitai). Seperti askar Jepun yang lain, kepala beliau telah dibotakkan dan diberikan seragam polis Jepun. Semasa bertugas sebagai polis Jepun, beliau pernah ditugaskan ditugaskan di Ipoh, Perak dan Meor Abdul Rahman pernah beberapa kali menewaskan beberapa orang ketua Persatuan Komunis Malaya (PKM) yang terkenal handal dan kebal.

Filed under: sejarah

kl gangster…


Filem terbaru Sentuhan Syamsul Yusof, KL Gangster rancak jalani penggambaran untuk papar dunia kongsi gelap

KEJAYAAN filem box-office seperti Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2 yang menampilkan sedikit elemen gangsterism, mendorong pengarahnya, Syamsul Datuk Yusof Haslam untuk menghasilkan sebuah karya terbaru mengenengahkan 100 peratus kegiatan gangster, lalu terhasillah KL Gangster, buah tangan kelima daripada sutradara muda berbakat besar ini.

Bagi Syamsul, dia sebenarnya sudah lama menanti peluang dan merencana untuk menghasilkan karya yang berkisar gangsterism atau kegiatan kongsi gelap, namun hanya menjadi kenyataan selepas mengutip pengalaman daripada tiga filem aksi yang dihasilkannya sebelum ini. Kejayaan Evolusi KL Drift 2 memberi impak paling besar kepadanya apabila menerima maklum balas peminat, ramai yang menggemari watak Aaron Aziz sebagai gangster atau pengedar dadah berhati tegar!

“Akhirnya hajat saya untuk menghasilkan sebuah filem yang menampilkan 100 peratus elemen gangsterisme tercapai juga. Menerusi KL Gangster, saya cuba mengupas dan menyelongkar kegiatan kongsi gelap secara lebih mendalam. Namun, tidak dinafikan, idea pembikinan KL Gangster dipengaruhi filem aksi dari Hong Kong seperti Young & Dangerous.

“Pun begitu, pengalaman menghasilkan tiga filem aksi sebelum ini banyak membantu mengembangkan idea supaya KL Gangster nampak lebih segar daripada sudut persembahan dan jalan ceritanya. Lagipun belum ada filem kita yang memaparkan genre aksi yang berkonsepkan gangsterisme atau kongsi gelap 100 peratus, justeru saya mengambil kesempatan ini untuk memberi lebih variasi kepada penghasilan karya tempatan.

“Sebelum ini Evolusi KL Drift memaparkan aksi perlumbaan dan kejar mengejar menggunakan kereta drift, sebaliknya KL Gangster lebih memberi fokus kepada babak pergaduhan atau street fighter. Filem ini memberi penekanan kepada gejala negatif seperti kongsi gelap, pengedaran dadah dan pil khayal, aktiviti pelacuran serta perebutan kawasan jajahan samseng yang menjadi tanda aras dunia gangsterisme di negara ini,” kata Syamsul ketika ditemui di sebuah pusat hiburan di Ampang Park, Kuala Lumpur, yang dijadikan lokasi penggambaran KL Gangster, Selasa lalu.


Namun, Syamsul mengakui pihaknya sudah bersedia sekiranya KL Gangster diklasifikasikan sebagai 18PL oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) apabila filem berkenaan menemui penonton selewat-lewatnya awal 2011. Dia menambah, hanya berdasarkan tajuk filemnya saja, ia berkemungkinan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Katanya lagi, dia sekurang-kurangnya mampu menghela nafas lega apabila skrip KL Gangster mendapat kelulusan daripada pihak polis apabila mereka turut memberi khidmat nasihat supaya penghasilan filem yang berteraskan kongsi gelap itu tidak keterlaluan dan bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat tempatan.

“Apa yang dipaparkan menerusi KL Gangster hanyalah sebahagian daripada realiti gangsterism, bukannya 100 peratus aktiviti sebenar kongsi gelap.

“Namun, risikonya tetap ada. Apabila saya menggunakan judul KL Gangster, khuatir juga ada pihak yang mungkin beranggapan bandaraya seperti Kuala Lumpur dipenuhi dengan gangster dan tidak selamat dikunjungi.

“Namun, pembikinan KL Gangster hanya sebuah karya rekaan semata-mata untuk tujuan hiburan, justeru saya amat berharap orang ramai akan berfikiran terbuka,” katanya lagi.

Akui Syamsul, kesukaran pembikinan filem ini lebih menjurus kepada penggunaan dialog kerana kebanyakan pelakon melontarkan kata bual menerusi slanga orang Cina, selain watak dibawakan Aaron dan Adi yang sering bergaduh, kerap mengundang kecederaan seperti bengkak badan, terseliuh dan luka kecil. Namun, penggambaran terpaksa diteruskan juga apabila mereka terpaksa diurut di lokasi sekiranya berlaku kecederaan.

INFO: KL Gangster
GENRE: Aksi drama
TERBITAN: Skop Productions Sdn Bhd
PENGARAH: Syamsul Datuk Yusof Haslam (filem kelima arahannya)
PENOLONG PENGARAH: Rizal Ashreff
SKRIP: Syamsul dan Rizal
PENGARAH FOTOGRAFI: Omar Ismail
PENGURUS PRODUKSI: Isma Reza dan Nasrul Afifi Mohd Nayan
KAREOGRAFI AKSI: Mohd Razif Salimin
TEMPOH PENGGAMBARAN: 9 Jun 2010 hingga 15 Julai 2010
LOKASI: Sekitar Kuala Lumpur & Melaka Bandaraya Bersejarah
PELAKON: Aaron Aziz sebagai Malik, Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati)
KOS PRODUKSI: sekitar RM1.8 juta
JANGKA TAYANG: Awal 2011.

Filed under: filem

lagenda seorang mahaguru [4]


PANGLIMA SENDO PERAK

Tanpa membocorkan rahsia pertemuannya dengan Hang Tuah di batu hitam itu, akhirnya Meor Abdul Rahman bergegas pulang ke Taiping. Sebelum itu beliau singgah sebentar di rumah kekandanya di Kuala Nerang. Beliau tetap merahsiakan apa yang telah dialaminya daripada pengetahuan kedua-dua ibu bapanya. Sebagai mematuhi amanat di dalam mimpinya, beliau telah meminta izin daripada bondanya Sharifah Aluyah untuk menghadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak ketika itu iaitu Almarhum Sultan Alang Iskandar. Sharifah Aluyah menurut ceritanya pernah dipinang oleh Sultan Alang Iskandar suatu ketika dahulu.

Beliau ditemani beberapa orang rakannya (yang menjadi pegawai kerajaan) berbasikal beramai-ramai menuju ke istana. Ketika tiba di istana, Meor Abdul Rahman telah diberitahu bahawa Sultan Alang Iskandar telah berangkat ke Manong menghadiri suatu majlis keramaian. Meor Abdul Rahman dan rakan-rakannya pun bergegas ke Manong.

Untuk menghadap sultan bukannya tugas yang mudah. Beberapa kali Meor Abdul Rahman dihalang oleh Datuk Seri Nara Diraja. Pada ketika itu baginda sultan tengah sibuk kerana sedang bermain mahjong. Setelah puas didesak akhirnya Datuk Seri Nara Diraja membenarkan Meor Abdul Rahman bertemu dengan Sultan,

“Kamu nak jumpa, kamu pergilah jumpa. Tapi kalau kamu kena sebat, itu kamu punya pasal” kata Datuk Seri Nara Diraja mengingatkan Meor Abdul Rahman tentang baginda Sultan yang terkenal bengis dan garang. Lalu dijawab oleh Meor Abdul Rahman,

“Kena sebat pun tak apa”

“Kamu nak apa?” titah Sultan Alang Iskandar sebaik sahaja Meor Abdul Rahman menghadap.

“Tuanku, patiklah orang yang paling gagah sekali di negeri tuanku.” sembah Meor Abdul Rahman kepada baginda Sultan.

“Hah! Hah! Apa kamu kata? Kamu nak melawak dengan aku ya? Kamu tahu aku siapa? Kamu nak kena sebat?” Baginda Sultan kembali bertitah sebaik sahaja mendengar kata-kata Meor Abdul Rahman yang dirasakan seperti hendak mempersendakan baginda.

“Tahu tuanku. Tuanku Raja Perak, raja patik. Tapi kalau tuanku tak percaya, patik boleh buktikan.” ujar Meor Abdul Rahman pula.

“Pergi angkat Puteh Lawak!” titah Sultan.

Di hadapan Sultan, beliau telah menunjukkan kegagahan beliau dengan mengangkat Puteh Lawak yang berbadan besar dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Puteh Lawak telah dijulang dan diputar-putarkan sebelum dicampak.

“Megah sungguh kamu ni.” titah baginda Sultan selepas menyaksikan peristiwa tersebut.

Selepas peristiwa itu, baginda Sultan telah memerintahkan Meor Abdul Rahman agar menghadap baginda sekali lagi iaitu bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Di sana Meor Abdul Rahman telah menunjukkan kebolehannya membengkokkan paku sepanjang enam inci, membengkokkan besi dengan leher, berlawan tarik tali dengan 50 orang lelaki (25 di kanan, dan 25 di kiri), mematahkan wang syiling perak dengan menggunakan jari (Setengah bahagian daripada wang syiling perak 50 sen ini disimpan oleh Cikgu Siti Kalsom manakala setengah bahagian yang lain disimpan oleh waris Almarhum Sultan Idris Syah. Wang syiling ini kelihatan seperti telah disiat kepada dua bahagian), badan beliau digelek dengan kereta Bentley milik Sultan dan beliau juga berjaya memutuskan rantai pengikat kaki gajah. Semua ujian tersebut dijalankan pada waktu malam. Sultan Alang Iskandar masih lagi belum berpuas hati. Pada keesokan harinya baginda telah memerintahkan Meor Abdul Rahman mengangkat selaras meriam penabur yang terbesar di istana. Atas kejayaannya itu, baginda Sultan telah menggelarnya “Panglima Sendo Perak” atau “Orang Kuat Perak”.

Sejak hari itu beliau dikenali sebagai “Rahman Sendo”. Baginda juga berkenan mengambil beliau sebagai anak angkat dan mulai saat itu, tinggallah Meor Abdul Rahman di Istana Mercu, Kuala Kangsar. Meor Abdul Rahman hanya kembali semula ke kampungnya (Kampung Pokok Assam) setelah Sultan Alang Iskandar mangkat pada tahun 1938. Beliau telah dinasihatkan oleh ayahanda saudaranya, Ngah Majid yang menjawat jawatan Panglima Perang Kiri Perak supaya pulang semula ke Kampung Pokok Assam untuk mengelakkan diri beliau dianiayai oleh pembesar negeri yang cemburu kepada beliau.

BERHIJRAH KE SINGAPURA

Tidak berapa lama setelah keluar dari istana, Meor Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga dengan Kalsom binti Hj. Kechik, seorang anak tempatan Kedah yang juga menjadi adik angkat kekandanya, Hendon. Setelah berumahtangga, Meor Abdul Rahman dan isterinya menetap di rumah kekandanya, Hendon di Kuala Nerang.

Pada penghujung tahun 1938, beliau telah berangkat ke Singapura bersama Zainal Abidin (Bidin) sepupunya untuk mencari pekerjaan. Beliau bekerja di Naval Base yang baru sahaja dibuka ketika itu. Oleh kerana beliau lulusan daripada Government Trade School, Meor Abdul Rahman telah diterima bekerja sebagai tukang kimpal manakala Zainal Abidin sebagai mekanik mesin. Setelah enam bulan bekerja di Naval Base, Meor Abdul Rahman telah mendapat pekerjaan di Royal Signal Corps sebagai seorang mekanik. Di Gillman Barrack, Royal Signal Corps, beliau turut menjadi Guru Kombat (Combat Instructor) yang mengajar ahli-ahli Royal Signal Corps tentera British yang ketika itu di bawah Pegawai Memerintah Lt. Kol. Pope.

Pada pertengahan tahun 1941, Meor Abdul Rahman pulang ke Kota Sarang Semut untuk menghantar isterinya yang sedang sarat mengandung anak mereka yang pertama. Dalam perjalanan pulang ke Singapura, Meor Abdul Rahman singgah di Kg. Pokok Assam untuk melawat kedua-dua orang tuanya. Semasa menziarahi kekanda sepupunya, Nuteh Alang Abdul Rahman, beliau telah terpikat dengan anak perempuan Nuteh, Faridah (Anin). Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Faridah tidak lama selepas itu.

Selepas berkahwin, Meor Abdul Rahman telah membawa isteri keduanya ke Singapura. Mereka menyewa sebuah bilik di Bushi Park. Dua bulan kemudian mereka disertai pula oleh isteri pertama Meor Abdul Rahman bersama anak sulung mereka Fadhilah. Tidak berapa lama kemudian, mereka sekeluarga berpindah ke Raden Mas dan menyewa sebuah rumah di situ. Lebih kurang sebulan di Raden Mas, Perang Dunia Kedua pun meletus di Singapura.

Pada 15 Februari 1942 Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun. Meor Abdul Rahman telah mendapat arahan daripada Lt.Kol. Pope supaya menyelamatkan diri dari pulau Singapura.

“You better escape from Singapore, say Fort Canning falls to the Japs” kata Lt. Kol. Pope.

Meor Abdul Rahman meninggalkan pulau Singapura hanya setelah diarahkan berbuat demikian oleh pegawai atasannya. Kerana keberaniannya itulah beliau dianugerahkan pingat King George VI daripada kerajaan British pada tahun 1947.

Dalam suasana huru-hara, Meor Abdul Rahman sekeluarga telah berpindah dari Raden Mas ke Batu 5 1/2 Pasir Panjang. Di situ terdapat sebuah jeti yang digunakan oleh nelayan untuk memunggah hasil tangkapan mereka ke darat. Meor Abdul Rahman berjaya mendapatkan sebuah perahu yang ditinggalkan di jeti tersebut. Walaupun tidak pandai berperahu, Meor Abdul Rahman atas daya usahanya sendiri telah mengemudi perahu tersebut. Beliau sekeluarga terpaksa mengharungi lautan luas di perairan Singapura yang bergelombang besar dan berapi-api kerana terbakar akibat tumpahan minyak. Dalam suasana yang sangat mencemaskan itu, mereka terpaksa pula berhadapan dengan ancaman bom yang digugurkan daripada kapal terbang Jepun.

bersambung…

Filed under: sejarah

lagenda seorang mahaguru [3]


PERTEMUAN DENGAN HANG TUAH

Ketika keluar berburu bersama-sama dengan enam orang rakannya di dalam hutan belantara di Menam (di sempadan antara Siam dan Tanah Melayu), sekonyong-konyong dengan takdir Tuhan hujan ribut telah turun disertai dengan kilat petir sabung-menyabung. Serentak dengan itu kawan-kawan beliau yang seramai enam orang tadi telah terpisah dengannya dan tidak kelihatan lagi. Keadaan itu berlaku hingga hampir ke tengah hari. Setelah keadaan pulih seperti sediakala, Meor Abdul Rahman menyedari bahawa dirinya tinggal bersendirian sahaja di hutan belantara itu. Beliau lalu meneruskan perjalanannya dengan merayau-rayau tanpa mengetahui arah yang hendak dituju, sehinggalah ke petang hari. Dalam keadaan diri yang sangat letih serta kebingungan, beliau mengambil keputusan untuk berehat lalu terlelap di atas suatu batu hampar berwarna hitam selebar kira-kira satu rantai.

Dalam keadaan antara tidur dan jaga, tiba-tiba muncul bayang-bayang lembaga seorang manusia yang berpakaian persis seorang hulubalang Melayu zaman dahulu, dengan dipinggangnya tersisip sebilah keris.

Lembaga tersebut lalu berkata, “Kamu janganlah berasa bimbang dan takut. Kamu akan kami penuhkan lagi diri kamu dengan ilmu-ilmu pertahanan dalam ilmu kepahlawanan.”

Dalam keadaan diri antara sedar dan tidak, Meor Abdul Rahman pun diajar dengan berbagai ilmu kependekaran zahir dan batin. Hang Tuah telah mencurahkan segala rahsia ilmu Silat Seni Gayong dan mempertahankan diri kepada beliau. Selepas beliau melalui pelbagai ujian dan cubaan, beliau telah dibawa ke sebatang anak sungai yang berdekatan dan dimandikan dengan tujuan mengkhatamkannya. Di sanalah Meor Abdul Rahman diamanahkan supaya ilmu yang telah dipelajarinya (Seni Gayong), diperkembangkan dengan seluas-luasnya di dalam negara ini dengan mengikut adat-istiadatnya yang tertentu. Pada saat itu juga, lembaga itu memperkenalkan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau ialah Datuk Laksamana Hang Tuah.

“Akulah Laksamana Hang Tuah, hulubalang Raja Melaka. Aku berkhalwat di sini. Aku penjaga di sini.”

Hang Tuah akhirnya meminta Meor Abdul Rahman mengangakan mulut lalu, diludahkannya ke dalam mulut Meor Abdul Rahman sebagai tanda sempurnalah sudah pengkhataman beliau. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang yang paling gagah dan tiada orang lain yang dapat menewaskannya selagi ia patuh kepada pantang-larang tertentu.

“Kamu tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapapun asalkan kamu tidak derhaka kepada kedua orang tua dan kamu hendaklah menghormati mereka.”

Hang Tuah telah mengarahkan Meor Abdul Rahman menghadap sultan yang memerintah negerinya (Perak) ketika itu untuk menyembahkan taat setia serta mengarahkan beliau meninggalkan tempat itu dengan segera menuju ke arah matahari naik.

Setelah tersedar daripada tidurnya, Meor Abdul Rahman merasakan terdapat suatu kelainan pada dirinya; beliau seolah-olah telah diresapi oleh kegagahan yang amat luar biasa.

MELAWAN JAGUH TOMOI

Selepas peristiwa pertemuannya dengan Hang Tuah di batu hitam, bertempat di suatu kawasan terpencil di sempadan Malaysia-Thai, Meor Abdul Rahman mendapati dirinya beroleh suatu kekuatan yang amat luar biasa. Misi pengembaraannya untuk mencari “orang ghaib” sepertimana yang pernah disebut oleh nendanya, Syed Zainal sudah pun berakhir. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman telah berjumpa dengan gelanggang tomoi. Meor Abdul Rahman lalu bertanya kepada orang-orang Siam di situ,

“Apa nama permainan ni?”

“Kamu boleh main tomoi?” tanya orang-orang Siam di situ.

“Silat saya boleh. Tomoi saya tak tahu” jawab Meor Abdul Rahman.

“Sama juga. Orang Siam panggil Tomoi, orang Melayu panggil silat. Hang kalau nak cuba, hang cubalah. Tapi kalau kena tendang, patah gigi, patah tangan, hang jangan minta apa-apa!” kata orang Siam di situ.

Meor Abdul Rahman pun masuk ke gelanggang Tomoi dan bertarung dengan salah seorang jaguh tomoi tempatan. Dalam perlawanan tersebut, Meor Abdul Rahman telah menggunakan kepandaiannya dalam Silat Seni Gayong, sehingga menyebabkan juara tomoi tersebut tunggang-langgang dikerjakan oleh Meor Abdul Rahman.

“Hang ni pendekar besar. Aku tak boleh lawan hang. Hang gagah betul. Hang ni orang pendekar.” kata juara tomoi tersebut sambil meminta perlawanan tersebut dihentikan.

Kini Meor Abdul Rahman berdepan pula dengan tugas lebih mencabar iaitu menghadap raja yang memerintah di negerinya (Perak) sebagai memenuhi amanat Tuah.

bersambung…

Filed under: sejarah

lagenda seorang mahaguru [2]


DI KUALA NERANG

Dalam tahun 1933, Meor Abdul Rahman pergi ke Kuala Nerang menziarahi kekandanya Hendon dan kekanda iparnya, Zainal Abidin. Pada awalnya, Meor Abdul Rahman merasakan dirinya seperti orang asing setibanya di pekan Kuala Nerang, Kedah. Pemergiannya ke pekan itu tidak mempunyai maksud lain kecuali menemui kekandanya, Hendon dan kekanda iparnya, Zainal Abidin(ketika itu menjadi Ketua Polis/OCPD Daerah Kuala Nerang). Meor Abdul Rahman tidak ada teman untuk berbicara atau bergurau senda kecuali kebosanan yang kian menghimpit jiwanya. Pelbagai cara untuk lari dari kebosanan itu sering bermain-main di kotak fikirannya. Namun segalanya gagal untuk menutup kebosanan yang semakin memuncak itu. Banyak masa yang terbuang. Jadilah Meor Abdul Rahman sebagai penunggu setia memerhati gelagat manusia yang keluar masuk untuk berurusan di pekan Kuala Nerang.

Walaupun demikian, sikap Meor Abdul Rahman yang peramah dan petah berbicara menyebabkan beliau mudah mendapat kenalan. Beliau merasakan pekan Rabu yang diadakan sekali seminggu di pekan Kuala Nerang merupakan detik paling menyeronokkan. Di situ beliau dapat berkenalan bukan sahaja dengan orang-orang tempatan malah orang-orang Siam yang turut berurus niaga di pekan Rabu itu.

Pada suatu malam, ketika beliau berada di rumah abang iparnya, beliau telah terdengar bunyi seperti paluan gendang. Beliau bertanyakan kekanda iparnya bunyi apakah itu? Kekanda iparnya memberitahu bunyi tersebut adalah bunyi gendang silat yang dipalu daripada gelanggang silat berdekatan. Kekanda iparnya yang menyedari tentang minat Meor Abdul Rahman dengan silat telah mengizinkan Meor Abdul Rahman pergi melihat-lihat dari mana datangnya bunyi paluan gendang silat tersebut. Rupa-rupanya bunyi paluan gendang silat tersebut datangnya dari sebuah gelanggang silat, tidak jauh dari rumah Zainal Abidin.

Setelah merisik-risik, Meor Abdul Rahman difahamkan bahawa guru gelanggang itu ialah seorang berketurunan Minangkabau dan bekerja sebagai penjahit topi. Nama guru tersebut ialah Sudin. Setelah mengetahui tentang Sudin, beliau menjadi semakin berminat untuk mengetahui siapakah sebenarnya Sudin itu. Setinggi manakah ilmu kependekaran yang dimilikinya? Bagaimanakah cara untuk mencungkil rahsianya?

Meor Abdul Rahman mengambil keputusan berjumpa dengan Sudin. Bersama-sama dengan rakannya Osman, beliau telah mengunjungi gelanggang Sudin. Sudin yang terlihat kedatangan Meor Abdul Rahman ke gelanggang silatnya segera menyambut kedatangan Meor Abdul Rahman sambil bertanya sama ada Meor Abdul Rahman berminat untuk belajar silat dengannya. Meor Abdul Rahman pun menyampaikan hasratnya ingin belajar silat dengan Sudin. Permintaannya itu ditunaikan dan Sudin meminta pengeras sebanyak $3.25 serta seekor ayam apabila khatam.

Walau bagaimanapun, Sudin tidak turun ke gelanggang sepertimana yang disangka oleh Meor Abdul Rahman. Orang kanannya iaitu Ali sahaja yang turun dengan maksud mengajar Meor Abdul Rahman.Mereka berlatih seperti orang berkelahi. Meor Abdul Rahman telah menggunakan pengetahuannya dalam Silat Seni Gayong, hingga menyebabkan Ali tewas. Ali telah mengadu hal tersebut kepada Sudin.

“Dia ni pendekar…kami sepak 3-4 orang tak boleh jatuh…” adu Ali kepada Sudin.

“Betul ke? Biar aku cuba pula…” tanya Sudin.

Mengetahui rahsia Meor Abdul Rahman, Sudin berhajat untuk bersemuka dengan Meor Abdul Rahman dan ingin menguji setinggi mana ilmu silat yang ada pada Meor Abdul Rahman. Oleh kerana keadaan gelanggang yang sempit, Meor Abdul Rahman mengambil sikap bertahan dahulu. Setiap pukulan Sudin sekadar dielak sahaja. Apabila dirasakan Sudin bersungguh-sungguh mahu mengalahkannya, maka Meor Abdul Rahman pun menggunakan kepakarannya dalam Silat Seni Gayong sehingga menyebabkan tunggang-langgang Sudin dikerjakannya. Sebaik melihat kejadian tersebut, anak-anak murid Sudin pun habis bertempiaran lari lintang pukang menyelamatkan diri. Ketika Meor Abdul Rahman ingin menghentak Sudin yang tertiarap dengan tumit, anak-anak muridnya telah menjerit untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

“Sudah! Sudah! Jangan pukul lagi. Kamu ni pendekar. Ini bukan tempat kamu untuk belajar. Kami punya pelajaran tak sampai macam kamu…”

Sudin lalu memulangkan semula wang pengeras Meor Abdul Rahman tetapi ditolak dengan baik oleh Meor Abdul Rahman. Sudin lalu bertanya kepada Meor Abdul Rahman mengapa beliau masih ingin berguru dengannya sedangkan beliau memiliki ilmu persilatan yang cukup tinggi. Meor Abdul Rahman mengatakan bahawa menurut pesanan Syed Zainal, datuknya, kalau beliau kalah dalam pertarungan, beliau bolehlah terus belajar silat daripada guru yang mengalahkannya. Tetapi jika beliau menang, beliau tidak perlu belajar lagi kerana beliau akan dikhatamkan oleh orang ghaib. Meor Abdul Rahman sebenarnya mencari mana-mana guru yang dapat mengkhatamkannya.

Meor Abdul Rahman semakin serasi dengan corak kehidupan di pekan Kuala Nerang. Walaupun tidak seperti di Taiping, beliau merasakan pemergiannya ke pekan itu memiliki satu hikmah besar dalam meneruskan cita-citanya memburu “orang ghaib” seperti yang diceritakan oleh datuknya.

PENGEMBARAAN KE MENAM

Di pekan Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman telah berkenalan dengan seorang perempuan tua berpakaian lusuh, yang menjual burung serindit. Apabila mengetahui perempuan tua tersebut berasal dari Menam, yang terletak dekat sempadan Siam, Meor Abdul Rahman mula mencari jalan bagaimana beliau boleh mengikut perempuan tua tersebut balik ke Menam. Secara senyap-senyap, tanpa pengetahuan kekandanya Hendon dan abang iparnya, Zainal Abidin, Meor Abdul Rahman dengan berbekalkan raifal dan sepucuk pistol milik abang iparnya, dan ditemani oleh Mata-mata Bakar bin Osman telah mengikuti perempuan tua yang dikenali dengan nama Tok Mek Jah itu pulang ke Menam.

Jarak perjalanan antara Menam dengan pekan Kuala Nerang adalah sangat jauh. Tidak ada sebarang pengangkutan kecuali berjalan kaki selama beberapa hari. Dari Kuala Nerang, mereka menempuh Padang Terap sebelum berhenti di Padang Sanai. Dari Padang Sanai mereka meneruskan perjalanan ke Kuak. Di Kuak, Meor Abdul Rahman menumpang di rumah ketua kampungnya, Lenchon.

Selama dua hari Meor Abdul Rahman berada di Kuak. Makan minumnya diuruskan oleh Lenchon. Walaupun beliau sudah mula mempunyai ramai kenalan, namun selok-belok kehidupan di perkampungan Siam itu dirasakan masih asing. Suatu ketika, kerana sudah tidak tahan untuk membuang air besar(setelah ditahan selama dua hari), Meor Abdul Rahman pun meminta izin kepada Lenchon untuk pergi ke sungai bagi melepaskan hajatnya itu. Ketika beliau berada di atas sebatang titi untuk membuang air besar, tiba-tiba meluru berpuluh-puluh ekor babi hutan ke arah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman telah disondol hingga terjatuh ke dalam sungai. Selepas memakan najis-najis yang terdapat di situ, babi-babi hutan tersebut pun melarikan diri ke dalam hutan.

Perjalanan Meor Abdul Rahman masih tidak berpenghujung. Cerita-cerita menarik tentang kehidupan di Menam semakin menyemarakkan minatnya untuk ke sana. Baginya, jauh perjalanan luas pandangan. Walaupun beliau sudah merasakan tentang azab dan sengsaranya ketika menempuhi perjalanan ke Kuak dari Padang Sanai dahulu, namun kini beliau bertekad untuk ke Menam pula.

Pertemuannya dengan Tok Choh di Kuak semakin membakar semangatnya untuk meneruskan perjalanan ke Menam. Empat hari empat malam berjalan kaki barulah sampai ke Menam. Selama empat hari di Menam, Meor Abdul Rahman telah menjadi anak angkat kepada keluarga Tok Choh dan menginap di rumah Tok Mek Jah. Dinding rumah penduduk Menam termasuk dinding rumah Tok Mek Jah diperbuat daripada kulit-kulit binatang. Sewaktu di Menam, Meor Abdul Rahman bersama-sama dengan Bakar sering menghabiskan masa mereka dengan keluar memikat burung serindit kerana
harganya ketika itu sangat mahal (seekor burung serindit boleh mencapai harga di antara RM 3 – RM 5 seekor). Setelah empat hari di Menam, Meor Abdul Rahman meminta diri untuk pulang ke Kuala Nerang untuk menemui abang iparnya Zainal Abidin.

Selepas beberapa hari di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan untuk pulang ke Taiping bagi menemui keluarganya. Beliau telah menceritakan segala pengalaman yang dilalui beliau kepada kekandanya Meor Abdul Aziz. Meor Abdul Aziz juga tertarik untuk ke sana. Tanpa pengetahuan sesiapa termasuk abang iparnya Zainal Abidin di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman dan abangnya Meor Abdul Aziz telah pergi ke Menam. Kedatangan mereka ke Menam semula telah mengejutkan Tok Choh dan Tok Mek Jah. Di Menam mereka menghabiskan kebanyakan masa dengan keluar berburu binatang. Meor Abdul Rahman pernah bertanyakan kepada Tok Mek Jah berkenaan sebuah bukit yang terletak di dalam hutan Menam. Menurut Tok Mek Jah, tempat tersebut bernama Lam Goh. Meor Abdul Rahman bertanyakan Tok Mek Jah sama ada beliau boleh pergi ke kawasan bukit tersebut. Menurut Tok Mek Jah, kawasan bukit itu agak “keras” dan Tok Mek Jah keberatan untuk melepaskan Meor Abdul Rahman ke sana.

“Kamu tak boleh pergi ke sana. Di situ tempat kawalan pendekar. Kalau nak pergi juga, aku tak boleh hantar” jelas Tok Mek Jah.

bersambung…

Filed under: sejarah

Fakta MINYAK yg perlu kamu tahu..


 

 

Baru-baru ini dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian mereka membandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.

Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang digunakan oleh Barisan Nasional untuk memperbodohkan orang kampung (orang bandar pun ada yang turut diperbodohkan juga…)

Ok, di sini fakta yang semua orang kena tahu. Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak Malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain : –

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM2.10 (ron97)
Iran RM0.34
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Brunei RM 1.10 (S0.50)

Dari data diatas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak diatas, harga minyak adalah dibawah RM1.10 seliter. Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari. Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara Arab Saudi dan Malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak Malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi Malaysia pada 2.70 sen? Bukankah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan Venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika Dato Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan Malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak dikekalkan pada 1.10 sen seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di Iraq? Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek-projek banyak juga dijalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak. Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa? Rakyat atau kroni? Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana-sini?

Subsidi minyak yang ditanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun. Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk mengurangkan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak dinaikkan dengan segeranya ia akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor-koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu dinaikkan kerana harga minyak dunia telah naik. Ada yang mengatakan ia masalah global. So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda. So apa masalahnya? Walaupun Malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak? Sudah tentu tidak. Sila lihat statistik di bawah :

Allocation untuk mega projek :
Koridor Utara : RM17.5 billion
Koridor Timur : RM112 billion
Wilayah Iskandar : RM47 billion
Koridor Sabah : RM105 billion
Koridor Sarawak : RM107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak. Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh dimanafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu? Mana yang lebih penting? Mana yang perlu diutamakan? Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus-bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak. So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup, bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrupkah negara dengan projek ratusan billion tersebut? Perlu diingat bahawa disamping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain-lain.Pendapatan tahunan negara kalau diambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun. Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Filed under: isu global

lagenda seorang mahaguru


 

MEOR ABDUL RAHMAN

Sewaktu bonda beliau melahirkannya, ada benda yang seakan-akan cacing tetapi panjang(ular?)keluar mengiringi kelahirannya. Ayahanda beliau mengambil cacing tadi lalu menyimpannya di dalam tempurung kelapa. Kelahiran Meor Abdul Rahman disambut dengan hujan yang turun mencurah-curah. Pada malamnya, bonda beliau telah bermimpi diberitahu oleh suara ghaib supaya melepaskan cacing(ular?) tersebut ke laut melalui Teluk Kertang dekat Matang. Seminggu kemudian bonda beliau bermimpi lagi, kali ini suara ghaib menasihati bonda Meor Abdul Rahman agar jangan risaukan tentang perihal cacing tersebut. Cacing itu adalah kembar anakanda Meor Abdul Rahman. Ia sebenarnya adalah naga “di lautan sana bercula tujuh, di lautan sini bercula se(satu)”.
 
“Kamu janganlah susahkan aku. Aku cuma mengiringkan kamu semasa melahirkan anak. Aku kembar dengan anak kamu. Akulah naga bercula tujuh. Di lautan sini aku bercula sa (satu). Aku kembaran dia…”
 
Mengikut kata bondanya juga, itu adalah tanda yang Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar besar pada suatu masa kelak.
 
Semasa kecilnya, Meor Abdul Rahman memang seorang anak yang nakal dan tahan lasak. Kenakalan beliau ini menyebabkan beliau sering menjadi mangsa rotan ayahandanya. Ayahandanya memang seorang yang garang dan bengis. Kerana kenakalannya inilah menyebabkan beliau lebih menonjol daripada adik-beradiknya yang lain. Beliau juga lebih rapat dengan bondanya kerana bondanyalah yang sering mempertahankan tindakan Meor Abdul Rahman apabila ayahandanya ingin menghukum kenakalannya. Pernah suatu ketika, Meor Abdul Rahman telah melarikan diri kerana dikejar oleh ayahandanya Daing Uda Mohd.Hashim. Meor Abdul Rahman telah menyorok di dalam tong dram berisi air dan berpenutup. Dari dalam tong dram tersebut beliau telah memasang telinga mencuri-curi dengar perbualan di antara ayahanda dan bondanya. Setelah puas mencari Meor Abdul Rahman di serata kawasan rumahnya, Uda Mohd.Hashim lalu dimarahi oleh Sharifah Aluyah kerana bertindak terlalu garang terhadap Meor Abdul Rahman sehingga menyebabkan Meor Abdul Rahman “hilang” dari rumah. Uda Mohd.Hashim lalu berkata,
 
“Saya bukannya tidak sayangkan Man tu. Siapa yang tidak sayangkan anak? Cuma Man tu degil sedikit berbanding anak-anak yang lain. Sebab itulah saya terpaksa merotannya untuk mengajar(mendisiplinkan) dia…”
 
Sebaik sahaja mendengar penjelasan ayahandanya tersebut, Meor Abdul Rahman pun bingkas keluar dari tempat persembunyiannya di dalam tong air dan berlari mendapatkan ayahandanya.
 
“Man di sini ayah! Man di sini ayah!…” jerit Meor Abdul Rahman.
 
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, sebaik sahaja kelibat Meor Abdul Rahman dilihat oleh Uda Mohd.Hashim, Uda Mohd.Hashim lalu merotan Meor Abdul Rahman, sebagai usaha untuk mendisiplinkan anakandanya tersebut.
 
Kenakalan Meor Abdul Rahman diperhatikan setiap masa oleh datuknya Engku Syed Zainal Al-Attas. (Meor Abdul Rahman bersekolah di Sekolah Melayu Taiping dan di English School Kamunting di Taiping, sehingga ke peringkat Junior Malay Class. Di sekolah menengah, Meor Abdul Rahman aktif dalam persatuan berpakaian seragam, iaitu pengakap. Beliau sering mengikuti jambori pengakap yang diadakan di negeri Perak. Selepas tamat Junior Malay Class, Meor Abdul Rahman kemudian menyambung persekolahannya di Government Trade School di Ipoh). Syed Zainal dapat melihat secara firasat bahawa suatu masa nanti Meor Abdul Rahman akan mewarisi ilmu kependekaran yang ada padanya.
 
Walaupun beliau dilahirkan di tengah-tengah keluarga berdarah pendekar, ini tidak bermakna beliau sudah mempunyai kekuatan luar biasa serta ilmu persilatan yang tinggi. Disebabkan “darah pendekar” yang diwarisinya itu beliau kerap menjadi mangsa buli rakan-rakannya di sekolah, yang sengaja mahu menguji tahap keilmuannya dalam dunia persilatan. Setiap hari beliau akan dibuli, diherdik, diugut dan kadangkala dibelasah kerana kawan-kawannya menyangka beliau kebal seperti datuknya yang terkenal sebagai pendekar terbilang.
 
Beliau pernah dibelasah oleh 7-8 orang rakan-rakannya. Walaupun beliau belum mempelajari silat lagi pada ketika itu, beliau sering menang dalam setiap perkelahian yang dicetuskan oleh rakan-rakannya tersebut. Walaupun demikian, kerana sering sahaja dibuli, Meor Abdul Rahman seolah-olah patah semangat untuk meneruskan persekolahannya akibat tindak tanduk rakan-rakannya itu. Beliau mengadu kepada bondanya, Sharifah Aluyah mengenai sikap rakan-rakannya itu serta niatnya untuk berhenti sekolah jika hasratnya untuk mempelajari silat tidak ditunaikan. Walaupun datuknya, Syed Zainal itu seorang pendekar terbilang, malah saban hari ramai yang datang berguru, namun Meor Abdul Rahman tidak pernah diberi peluang untuk sama-sama belajar. Beliau terpaksa menyorok di bawah rumah mengintai datuknya bercerita tentang silat kepada anak-anak muridnya. Ibunya bersetuju untuk menyampaikan permintaan Meor Abdul Rahman kepada datuknya.

BERGURU DENGAN SYED ZAINAL AL-ATTAS

Ketika umur Meor Abdul Rahman 12 tahun, barulah beliau berpeluang berguru dengan datuknya iaitu Syed Zainal yang ketika itu sudah menjangkau ke usia 100 tahun lebih. Segala ilmu dan petua Silat Seni Gayong diperturunkan satu persatu oleh Syed Zainal Al-Attas. Hari berganti minggu, bulan berganti tahun, Silat Seni Gayong semakin sebati dalam diri Meor Abdul Rahman. Segala sepak terajang orang bersilat ditempuhi dengan hati yang tabah.
 
Meor Abdul Rahman mempelajari Silat Seni Gayong bersama-sama 40 orang rakannya di Kampung Pokok Assam, Taiping. Keluarga beliau berpindah ke Kampung Pokok Assam ketika usia beliau kira-kira 10 tahun. Kekandanya, Meor Abdul Aziz tidak ikut sama mempelajari silat kerana beliau lebih gemarkan aktiviti bermotosikal dan memiliki tiga buah motosikal.
 
Setelah tiga tahun berguru dengan Syed Zainal,kesemua rakan-rakannya telah dikhatamkan oleh Syed Zainal kecuali beliau seorang. Meor Abdul Rahman begitu kecewa dengan sikap datuknya yang tidak mengkhatamkan dirinya seperti rakan-rakannya yang lain. Beliau telah menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya sehingga digelar “buah yang tidak masak”. Beliau tidak tahu sampai bilakah datuknya akan “menggantungnya secara tidak bertali”.
 
Beliau lantas mengadu kepada bondanya. Kerana rasa kasih terhadap anakandanya tersebut, Sharifah Aluyah lalu bersemuka dengan ayahandanya Syed Zainal dan bertanyakan ayahandanya itu mengapa Meor Abdul Rahman tidak dikhatamkan sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Sharifah Aluyah sanggup menawarkan seekor kambing untuk disembelih sebagai syarat untuk Meor Abdul Rahman dikhatamkan. Walau bagaimanapun, permintaan Sharifah Aluyah tidak dapat dipenuhi oleh Syed Zainal. Menurut Syed Zainal, beliau tidak boleh mengkhatamkan cucunya tersebut kerana masanya belum tiba lagi. Apabila masanya tiba kelak, Meor Abdul Rahman pasti akan dikhatamkan walaupun bukan oleh beliau,datuknya. Menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul Rahman akan dikhatamkan oleh orang ghaib di suatu tempat yang terletak di sempadan Siam – Tanah Melayu. Syed Zainal menyuruh Sharifah Aluyah menasihatkan Meor Abdul Rahman supaya menunggu sahaja ketibaan masa pengkhataman tersebut.
 
Penjelasan bondanya tersebut sedikit-sebanyak telah melegakan hati Meor Abdul Rahman, namun dia terus menanti-nanti masa yang disebutkan oleh datuknya itu. Ketika usianya sembilan belas tahun, beliau sudah pun mahir dalam segala aspek ilmu persilatan dan adat istiadat Silat Seni Gayong ini. Sebagai seorang anak muda yang sedang naik, Meor Abdul Rahman sering sahaja terlibat dalam peristiwa beradu tenaga dan sentiasa pula dapat menewaskan lawannya tersebut.

bersambung…

Filed under: sejarah

Apa maksud ‘7’


Allah menciptakan 7 hari dalam seminggu. Langit sebagai atap kita terdiri dari 7 tingkat atau lapisan. Tanah yang kita pijak ada 7 lapis. Tubuh kita terbahagi menjadi 7 bahagian. Surah Al Fatihah ada 7 ayat dan berbagai jumlah 7 yang lain. Tapi tahukah anda makna disebalik angka 7 itu?

// <![CDATA[//

Asy-Syaikh Al Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdirrahman Al Hamdani dalam kitabnya Assab’iyyatu fi Mawa’idhil Barriyah menyatakan, Dzat Pencipta yang sangat besar kekuasaanNya dan sangat tinggi kedudukanNya iaitu Allah SWT telah menghiasi 7 perkara dengan 7 perkara. Dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap 7 perkara itu dengan 7 perkara lainnya. Hal tersebut sengaja Allah ciptakan untuk memberitah kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya di dalam angka 7 itu mempunyai keunikan dan rahsia yang besar.

Pertama

Allah menghiasi udara ini dengan tujuh lapis langit sebagaimana firman Allah dalam surah An

Naba’ ayat 12:

“Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu 7 (langit) yang kukuh.”

Allah menciptakan langit dunia pertama dari air, langit kedua dari embun, langit ketiga dari besi, langit keempat dari perak, langit kelima dari emas, langit keenam dari mutiara dan langit ketujuh dari mira delima. Setelah itu dibelahnya yang antara tiap-tiap bahagian berjarak lima ratus tahun.

Kemudian Allah menghiasi langit itu dengan tujuh bintang. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 16,

“Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya. ”

Tujuh bintang yang dimaksud adalah bintang Zuhal, Musytari, Marikh, Syamsu, Zahra, Athorid dan Qamar.

Kedua

Allah telah menghiasi tanah yang lapang dengan 7 lapis bumi. Sebagaimana firman Allah dalam surah Ath Thalaq ayat 12,

“Allah-lah yang telah menciptakan 7 langit dan bumi seperti itu pula ….”

Kemudian Allah menghiasi (bumi) itu dengan 7 lautan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Luqman ayat 27,

“… dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya.. .”

Tujuh lautan yang dimaksud adalah lautan Thobaristan, Karman, Oman, Qolzam, Hindustan, Rum, dan Maghrib.

Ketiga

Allah telah menghiasi neraka dengan 7 tingkatan, iaitu neraka Jahannam, Sa’ir, Saqar, Jahim, Huthamah, Ladho dan Hawiyah. Tentang nama-nama neraka ini sesuai dengan firman Allah, neraka Jahannam dalam surah Al Hijr ayat 43; neraka Sa’ir dalam surah Al Inshiqaq ayat 12; neraka Saqar dalam surah Al Muddatstsir ayat 42; neraka Jahim dalam surah Asy Syura ayat 91; neraka Huthamah dalam surah Al Humazah ayat 5; neraka Ladho dalam surah Al Ma’arij ayat 15 dan neraka Hawiyah dalam surah Al Qari’ah ayat 9.

Allah menghiasi tiap-tiap neraka itu dengan 7 pintu. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 44,

“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari mereka.”

Keempat

Allah menghiasi Al Quran dengan 7 surah yang panjang. Dan Allah menghiasinya pula dengan 7 ayat Ummul Kitab Al Fatihah, sebagaimana firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 87,

“Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah berikan kepadamu (Muhammad) 7 ayat yang dibaca berulang-ulang (iaitu Al Fatihah) dan Al Quran yang agung.”

Kelima

Allah menghiasi manusia dengan 7 anggota badan, iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut, dan satu wajah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh peribadatan, iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk, dan wajah dengan sujud, tujuh anggota badan manusia ini adalah tujuh anggota tempat sujud. Ada sebagian ulama yang mengatakan bahwa tujuh anggota badan manusia ini adalah otak, urat, urat saraf, tulang-belulang, daging, darah dan kulit.

Keenam

Allah menghiasi umur manusia dengan 7 tingkatan (tahap). Pada masa baru lahir dinamakan tahap radhi’ (menyusu), kemudian tahap fathim (disapih), tahap shabiyyi (bayi), tahap ghulam (kanak-kanak) , tahap syaab (pemuda atau remaja), tahap kuhul (meningkat usia antara 30-50 tahun) dan terakhir tahapan syaikh (masa tua). Selanjutnya Allah menghiasi 7 tahap umur ini dengan tujuh kalimat yaitu ucapkanlah kalimat syahadat, Laa Ilaaha Illaa Allaahu Muhammadar Rasuulu Allaah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Insyiqaq ayat 19,

“Sesungguhnya (kejadian atau penciptaan) kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan).”

Ketujuh

Allah menghiasi dunia ini dengan 7 negeri yang besar, iaitu 1. Hindustan, 2. Hijaz, 3. Bashrah, Baduyah, dan Kufah, 4. Irak, Syam (Syiria), Kurasan sampai Balakh, 5. Roma dan Armenia, 6. Ya’juj dan Ma’juj, dan 7. Cina Turkistan.

Allah menghiasi 7 negeri yang besar ini dengan tujuh hari, iaitu Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu. Dan Allah memuliakan ketujuh hari ini dengan tujuh dari para nabi, iaitu Allah memuliakan Nabi Musa dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam dengan hari Ahad, Dawud dengan hari Isnin, Sulaiman dengan hari Selasa, Ya’qub dengan Rabu, Adam dengan hari Kamis dan Muhammad beserta umatnya dengan hari Jumaat.

Secara amnya, masih banyak lagi rahsia angka tujuh yang lain. Dalam masyarakat kita juga mengenal tradisi dengan angka tujuh contohnya hamil tujuh bulan, tujuh hari kematian, sumpah tujuh turunan dan lain-lain.

Kehamilan pada usia tujuh bulan dimaksudkan kerana pada umur tujuh bulan ini si janin sudah dalam keadaan sempurna, baik dari segi fizikal mahupun ruhnya dan siap untuk dilahirkan. Manakala mengenang tujuh hari kematian kerana pada hari ke tujuh ini para ahli waris sudah mulai melupakan atau menerima kepergian si mati. Tentang sumpah tujuh turunan, kerana kita pada kebiasaannya mengenal nasab kita ke atas rata-rata sampai peringkat tujuh keturunan sahaja, bagi keturunaan kelapan dan seterusnya mungkin kita sudah tidak mengenalnya lagi.

Namun begitu, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah mengajarkan tradisi-tradisi yang disebutkan tadi. Begitu pula dengan para Imam Mazhab dan para ulama tidak pernah mengajarkan hal-hal yang demikian. Dan yang pasti hanya Allah yang tahu rahsia angka 7 tersebut kerana Dialah yang menciptakan.

p/s marilah kita sama2 renungkan..

Filed under: Uncategorized

Sotong bole ramal masa depan???


Sotong Peramal Si Penipu

Sebenarnya penjaga2 Paul yang memainkan peranan besar dalam ramalan ini dan menyatakan Paul yang memilih, namun sebenarnya mereka yang meramalkannya. Apa yang korang tengok melalui video2 dan gambar2. Paul akan memilih kotak rezekinya di sebelah kanan. Biasanya begitu. Kenapa Paul suka memilih kotak yang kanan? Kerana di sebelah kanan lebih terang berbanding di sebelah kiri. Di sebelah kanan jugak dihiasi bola yang warna putihnya menarik perhatian Paul dan keadaannya lebih lapang berbanding di sebelah kiri.

Sotong sememangnya suka kepada suasana terang. Apabila orang bercandat sotong di laut, diorang akan memasang lampu bagi menarik perhatian sotong untuk mendapatkan makanan. Paul suka kepada yang terang kerana dia sotong. Mereka yang membuat ramalan adalah penjaga2 Paul, pasukan manakah yang dijangka menang dan diletakkan benderanya di sebelah kanan. Mungkin penjaga Paul bermesyuarat bersama mereka berdasarkan fakta mimilih pasukan mana yang menang.

p/s pada aku World Cup kali ni penuh dgn konspirasi..dan terbukti mereka berjaya membuat kita percaya 100%..

Filed under: Uncategorized

December 2016
M T W T F S S
« Apr    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 131,154 hits

Archives