mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

Freemanson di jepun??!!


Ramai orang akan terkejut jika saya katakan bahawa Jepun telah menerima pengaruh yahudi sejak seribu tahun yang lampau. Bukan itu sahaja, bahkan sehingga kini pun yahudi masih lagi menguasai sepenuhnya negara matahari terbit ini.


Jadi bagaimanakah yahudi boleh memasuki negara Jepun ini ???

                                                                                                                    Arimasa Kubo

 

Dan siapakah yang mendalangi kegiatan yahudi di negara matahari terbit ini ???

Ketika 1000 tahun yang lalu, empayar yahudi Khazar pernah dihancurkan oleh tentera Russia dan tentera Mongol. Dan ramai di kalangan mereka telah lari beramai-ramai ke Eropah dan ke China. Mereka yang lari ke China, kemudian telah berhijrah ke Jepun pula setelah Kublai Khan berjaya menakluki China. Kublai Khan bersama tentera Mongol masih belum berpuas hati dengan kaum yahudi Khazar ini dan telah memburu mereka di Jepun. Dua kali Kublai Khan telah menghantar tentera Mongol ke Jepun, namun kedua-dua kali tersebut telah mengakibatkan kehilangan kepada tentera Mongol ini.

Mengikut catitan sejarah pelayar-pelayar China , kedua-dua armada Mongol telah dibunuh oleh sang dajjal (yang sebenar) di Lautan Syaitan Jepun (Devil’s Sea of Japan). Kedua-dua armada perang Mongol telah tersesat ke Lautan Syaitan Jepun (mungkin di atas tolakan angin syaitan) dan kemudian dibunuh oleh raksasa dajjal si mata satu.Dari situ maka bermulalah agenda yahudi freemason dan illuminati di Jepun.Ketika Admiral Perry tiba di Jepun dan memaksa Jepun membuka pintu ekonomi kepada dunia luar, wakil Rothschild di Asia bernama Jardine Matheson telah menghantar ejen intelligence ke Jepun bernama Thomas Blake Glover. Tugas Thomas ketika itu ialah untuk mempelopori penjualan senjata api serta mewujudkan perang saudara di Jepun.

Tujuan asal kegiatan Thomas ini ialah untuk mengkucar-kacirkan keadaan di Jepun bagi memudahkan Jepun dijajah oleh yahudi. Namun kegiatan beliau dapat dihidu oleh Jepun dan perniagaan Thomas menjadi muflis.

Namun illuminati tidak berputus asa. Rothschild menghantar ejen intelligence yang lain pula. Kali ini bernama Guido H.F. Verbeck .Dengan kepintaran beliau, maka Dinasti Meiji telah dapat diwujudkan. Loji (najis) Freemason pertama telah dapat dibina dan kesemua PM Jepun mestilah dilantik melalui Loji (najis) Freemason tersebut.Sekiranya Rockefeller merancang untuk menjadikan US sebagai kerajaan dunia dan US Dollar sebagai matawang antarabangsa, begitu juga Rothschild merancang untuk menjadikan Jepun sebagai kerajaan dunia dan Yen Jepun sebagai matawang antarabangsa. Maka Perang Dunia Kedua dilancarkan . Ianya adalah peperangan di antara Baron Rosthchild melawan David Rockefeller (sekarang Rockefeller ditadbir oleh anak saudara beliau bernama Jay Rockefeller). Akhirnya Rothschild diminta untuk tewas dan pada tahun 1944 perjanjian Bretton Wood ditandatangani bagi melantik matawang US Dollar sebagai matawang antarabangsa. 44 negara di seluruh dunia telah menandatangani perjanjian matawang antarabangsa tersebut. Namun Britain yang dibawah pengaruh Rothschild tidak menandatangani perjanjian tersebut.

Namun demikian, Rockefeller tidak berputus asa. Ketika Jerman mengalami kekalahan kepada US (dan sekutu) dan Russia , sebelum Russia yang dipimpin oleh Stalin (keluarga Rothschild juga macam Hitler) menemui Hitler ketika May 1945, CIA (di atas arahan Rockefeller) telah menyeludup keluar Hitler dari negara Jerman. Hitler telah menukar diri beliau dengan seorang wanita bernama Eva Braun. Eva Braun ditembak di kepala dan diletup di bahagian kepala juga. Mayat Eva Braun telah diletak di atas sofa bilik rahsia Hitler di bahagian bawah tanah Berlin (saya sudah ke Berlin lihat sendiri kawasan kubu Hitler. Best siot. Tarok signature lagi di buku pelawat pada tahun 1997 bulan Februari). Tentera Russia telah menjumpai mayat Eva ini yang disangka sebagai mayat Hitler. Disebabkan mayat Eva ini maka Jerman telah menyerah kalah kepada US dan Russia pada tanggal May 7, 1945.

Namun Hitler yang sebenar telah dipakaikan dengan pakaian tentera US dan misai kontol Hitler dipotong. Hitler terus dibawa oleh US Army dan CIA keluar dari Jerman dengan segera. Penyeludupan ini tidak disedari oleh tentera Russia. Selepas itu Hitler diberi ofis di pejabat CIA dan telah membuat operasi sulit. Operasi sulit tersebut ialah membawa keluar saintis-saintis Jerman dan teknologi bom atom Jerman. Ketika Hitler cuba menyeludup keluar kesemua saintis-saintis Jerman, dalam masa yang sama Russia juga telah cuba menyeludup keluar saintis-saintis Jerman juga. Akhirnya separuh saintis Jerman lari ke US dan separuh lagi lari ke Russia (perlu diberitahu di sini bahawa saintis Malaysia berbangsa Melayu pernah diseludup ke US oleh Ronald Reagen pada sekitar tahun 1980an bagi tujuan untuk membuat projek rahsia Star Wars).

Akhirnya US telah berjaya membuat bom atom. Maka untuk menamatkan peperangan di antara Rockefeller dengan Rothschild ialah dengan cara tentera US mengirim hanya 2 butir bom atom sahaja ke Jepun pada tahun 1945 juga. Satu ke Hiroshima pada Ogos 6, 1945 , dan satu lagi ke Nagasaki pada Ogos 9, 1945. Mungkin ramai akan bertanya saya kenapa Tokyo tidak diletupkan. Jawapan saya ialah kerana di situ letaknya Loji (najis busuk) Freemason. Kedudukan loji rahsia ini ialah di bawah tanah yang bersebelahan dengan Tokyo Tower.

Sekiranya suatu ketika dahulu loji ini dikawal selia oleh Rothschild, namun setelah WW2 tamat loji ini dikawal selia pula oleh Rockefeller. Maka setelah WW2 tamat, maka pemerintahan Jepun (melalui PM dan Dinasti Meiji) telah dikawal sepenuhnya oleh Rockefeller.

Tokyo Tower (di sebelah tower ini terdapat bilik bawah tanah rahsia yang tersimpan kuil sesat freemason yang bertujuan untuk mengawal Dinasti Meiji dan semua PM-PM Jepun)

Begitu juga dengan Sukarno. Sebelum WW2 tamat Sukarno merupakan orang kuat Rosthchild . Namun setelah WW2 tamat, maka Sukarno berpindah menjadi kuli Rockefeller pula.Peperangan dunia kedua ialah sebenarnya suatu permainan catur di antara David Rockefeller melawan Baron Rothschild.

David Rockefeller

melawan

Baron Rothschild

 
 
dalam suatu permainan catur bernama Perang Dunia Kedua

Walaupun Baron Rothschild tewas dalam percaturan tersebut, namun yahudi illuminati menghargai sumbangan beliau sebagai pengasas negara Israel.

Duit syiling ini dibuat bagi mengingati pengasas bagi negara haram-jadah Israel , iaitu Baron Rothschild.

di petik dari : “konspirasi dunia”

Filed under: panji hitam dari timur

pemimpin bani tamim..


siapakah dia..

olde worlde maps by digitalia.

Pemuda Bani Tamim

Banyak hadis menerangkan siapa Pemuda Bani Tamim ini. Kerana itulah dia menjadi sebuah nama yang popular kepada mereka yang mengkaji perihal kronologi kiamat.

Antara tanda fizikalnya ialah-

-Sederhana tubuhnya
– Janggut nipis
– Tidak tinggi tidak rendah
– Sawo matang
– Bergigi sulah
– Dan lain-lain

Dia juga di gelar al-mansur dan yang paling terkenal ialah Syuib bin Salleh.

Setelah kita kaji dua watak sebelum ini iaitu Pemuda Bani Hasyim di Malaysia, aris al-Haasth di Indonesia, maka Pemuda Bani Tamim di mana?

Dalam versi hadis, negara belakang sungai dan timur jauh sudah di duduki, hanya tinggal Khurasan. Dalam versi notradamus pula, great intermixed nation dan eastern latin sudah di duduki. Tinggal kini, arabic intermixed via north africa.

Baiklah kita kaji perihal lokasi dahulu.

Versi hadis mengatakan Khurasan adalah tempat munculnya pemuda ini. Dimanakah khurasan.
Jika di amati, Khurasan ada di Iraq(kalau tidak silap), akan tetapi, nabi mengisyaratkan
Khurasan yang lebih timur tetapi menunjukkan tongkatnya ke arah selatan (kalau tidak salah ada hadis ini tetapi tidak tahu sahihnya)

Berbalik pada versi Notradomus pula, kita sudah dapat mengagak apa yang ingin dinyatakan itu.
Arabic via north africa. Negara arab apakah yang paling hampir dengan Afrika? Sudah tentu jika kita lihat dalam peta dunia, kita akan dapat lihat EGYPT/MESIR.

Maka, disini kita boleh kaitkan bahawa Pemuda Bani Tamim munculnya di timur.

Tetapi serasikah dengan hadis mengenai fizikal dan kemunculan Pemuda Bani Tamim?
sabda nabi ada mengatakan bahawa pemuda ini adalah keturnan arab yang sudah bercampur dengan bangsa lain. kulitnya sawo matang dan tubuhnya sederhana.

Jika di lihat kembali, asal keturunan pemuda ini adalah orang arab yang datang berdakwah ke luar. Tetapi di manakah lokasi paling tepat untuk menyatakan bangsa yang berkulit sawo matang dan bertubuh kecil serta menerima islam sehingga menjadi ‘ajam’.

Jawapannya hanya tanah melayu. Masalahnya kini, Malaysia atau Indonesia. Sehingga kini, saya tidak mampu menjawab, akan tetapi lahirnya pemuda ini bukan untuk menunjukkan negara mana lahirnya dia dan seterusnya menjadi daulah islamiyah kedua. Lahirnya pemuda ini adalah ‘represent’ melayu, bukannya negara. Mungkin lebih tepat lagi, tanah melayu.

Kerana itulah pemuda ini akan berjumpa dengan Haris al-Harasth dan ‘united’ di bawah satu panji iaitU, panji hitam.

Sebelum saya menulis, saya sudah menkaji dan membawa buku dan artikel mengenai pemuda ini dan kes pemuda ini lah yang menjadi pemangkin pencarian saya sehingga ke tahap ini.

Baiklah berikut artikel mengenai Pemuda Bani Tamim. Untuk informasi tambahan.

Silat Cekak @ Bagan Lalang by irwandy.

1. Namanya ialah Syuaib bin Saleh

Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Iaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada Bani bangsanya (Bani kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik.

Persoalannya, kenapa nama Putra Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putera Bani Tamim itu? Atau apakah hadis Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa namanya tidak benar-benar Syuaib bin Saleh?

Sesungguhnya hadis itu adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil Nabi SAW berdusta, kerana setiap hadis dari Nabi SAW adalah datang dari Allah. Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan). Dari segi bahasa Arab, kalimah Syu’bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kalimah Syu’aibun bererti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah. Lagipula, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahAwa PutEra Bani Tamim itu benar-benar bernama Syuaib bin Saleh.

Kalimah Bin itu pula berasal dari Ibnun, ertinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki. Maknanya peribadi Syuaib itu adalah:

  • Seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).
  • Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai, berjambang dan berserban).
  • Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berpikiran luas, senantiasa berhubungan dengan masyarakat dan jauh langkahnya).
  • Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama sejati, ulama mujahid dan mujtahid.

Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin, yakni disambung namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara saja yang lazim berbuat demikian.

Kalimah Saleh pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini bermaksud seperti berikut:

  • Baik namanya, iaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sansekerta, nama setempat atau dari bangsa yang bukan Islam.
  • Baik keperibadiannya iaitu dikenal sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.
  • Baik akidahnya iaitu seorang yang benar-benar mengikuti akidah Islam yang sejati.
  • Baik keturunannya iaitu keturunannya diketahui dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.
  • Baik agamanya, iaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cinta agama.
  • Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah melekat dengan dirinya sejak dari kecil.
  • Baik pemikirannya iaitu seorang yang mempunyai ideA yang baik untuk mengubah masyarakatnya untuk menghayati ajaran Islam sejati ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.
  • Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu

Jika hadis-hadis berkenaan benar, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin Saleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya? Jawapannya:

  • Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, beliau selamat dari diburu, dibunuh, dihalangi atau di’apa-apa’kan oleh musuh-musuh Islam yang memang mencuba menghalangi kebangkitan Islam kedua ini dengan segala daya upaya mereka.
  • Supaya umat Islam berusaha mencari identiti sebenarnya Syuaib bin Saleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah peribadi yang dikatakan sebagai Putra Bani Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.
  • Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Putera Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apalagi saat itu memang orang banyak sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Putra Bani Tamim.
  • Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya) siapa sebenarnya Putera Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyedari bahwa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Saleh. Beliau hanya menyedari tentang peribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.
  • Untuk menipu pihak musuh Islam. Kerana tidak ada uraian lebih lanjut dari para ulama terhadap kepribadian Putra Bani Tamim ini, pihak musuh menyangka bahwa namanya menang benar-benar Syuaib bin Saleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Kerana itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan peribadi berkenaan.

2. Dia berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim

Iaitu suatu Bani Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini kebanyakan tinggal di Palestine dan Jordan. Tetapi dia lahir bukan di kedua tempat itu. Bani Tamim itu bukanlah merupakan suatu golongan atau kaum yang besar. Golongan ini hanyalah satu Bani yang kecil dan tidak ramai.

Perlu disebutkan di sini, Bani Tamim yang ini adalah sebagian dari Ahlul Bait kerana Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeza pendapat mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.

Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz kerana telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, iaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri kerana diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang menetap di Nusantara, tapak awal berdirinya daulah kedua nanti.

Ada ulama yang menyatakan:

  • Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.
  • Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait, termasuk isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.
  • Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.
  • Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah Ahlul Bait. Pendapat ini terutama disokong oleh mazhab Syiah.
  • Semua keturunan Abdul Manaf adalah Ahlul Bait.

Di kalangan bangsa Arab, memang ada satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah Tamim ini memang suatu kabilah dari bangsa Quraisy yang mendiami kawasan sekitar kota Makkah. Sahabat yang berasal dari kabilah Tamim di antaranya ialah sahabat setia baginda SAW, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Namun, kabilah Tamim ini bukanlah Bani Tamim, malah antara kedua-duanya memang tidak ada hubung kait.

Yang pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi Bani Tamim atau Bani Tamim. Kedua-duanya berbeza. Kabilah Tamim bertebaran di hampir seluruh Tanah Arab.

 
p/s marilah kita sama2 renungkan..

Filed under: panji hitam dari timur

siapakah pembawa panji hitam??..


kali ini post terbaru saya akan terangkan watak-watak apakah yang akan muncul di peperangan akhir zaman nanti..

Mereka adalah:-

1- PemudaBani Hasyim
2- Pemuda Bani Tamim
3  Haris Harasth
4- Al-sufyani
5- Al-kalb

Lokasi yg saya dapat ialah:
Versi hadis:-

1- Negeri belakang sungai
2- Negeri timur jauh
3- Khurasan (satu hadis-tidak ingat sanadnya-mengatakan Nabi mengatakan khurasan terletak di timur tetapi   menunjukan tongkatnya ke arah selatan Arab)

Versi Nostradamos:-
1- Great entermixed nation
2- North Afrika via intermixed by Arabic
3- Eastern latin

Anda tertanya-tanya tempatnya negara belakang sungai, Khurasan timur dan negara timur jauh serta al-sufyani.

Negara belakang sungai? dimana negara ini? Baiklah, saya direct to the point.. Sungai yang di nyatakan mungkin Selat Melaka. Kenapa? Ini kerana mengikut penulis novel Berpetualang ke Acheh, Nusantara dan tanah melayu hanya dipisahkan oleh sebatang sungai besar, dan mungkin akibat letupan gunung berapi dan kes tsunami, maka jarak pembukaan sungai ini menjadi makin besar lalu menjadi selat. Persoalan, negara manakah di belakang sungai? Malaysia atau Indonesia?

Khurasan? Ramai meneka-neka di mana Khurasan. Saya pun tidak tahu tetapi saya cuba linkkan pada Nostradamus dan mendapati negara yang berada di utara Afrika dan intermixed Arabic berkemungkian EGYPT/MESIR. Wallahualam

Negara hujung timur? Di sini mana-mana negara di timur boleh jadi lokasi hadis ini, malah Jepun juga timur, timur jauh lagi. Tetapi, untuk mendapat lokasi lagi tepat, saya susun puzzle ini dengan ramalan Nostradamus yang masih tertinggal iaitu GREAT NATION WITH GREAT SOCIETY AND INTERMIXED LANGUAGES. Anda teka, dimana negara ini. Wujudkah negara seperti ini sekarang? Apa calon-calon bagi negara ini bagi anda? Amerika? Eropah? China? India? Australia? Jepun? Vietnam? Myanmar? Singapura? Indonesia? atau Malaysia?

Apa rasa anda? Negara mana great intermixed nation? bagi saya adalah Malaysia? Anda bersetuju?

Sebenarnya kedatangan Cina dan India adalah satu petanda tentang ini. Tidak cukup kuat dengan itu, kebanjiran Indon, Bangla, Vietnam, Myanmar, Pak Arab dan sebagainya berlaku kini.

Jadi dimana great intermixed nation? jawapannya wujudnya bangsa Malaysia.

sekarang mari kita cari dimanakah bani tamim akan berada??

Mengikut hadis masyur, pemuda ini berdarah ajam, tinggal di timur dan bertutur bahasa timur. Berkulit sawo matang, tidak tinggi dan tidak rendah.

Pada pandangan anda. Pemuda Bani Tamim ini bangsa apa? Cina? Orang putih? Latin? India? Melayu?

Baiklah mari kita lihat ciri-ciri bangsa yang sedia maklum:-

1- Cina-kulit putih kuning, mata sepet
2- Orang putih- kulit putih dan berbintik merah, tinggi dan sasa
3- Latin- kulit sawo matang, tinggi dan sasa
4- India- hitam, sawo matang, berasal dari asia tengah
5- Thailand,Vietnam,Myanmar- putih seperti cina, kecil, pendek, dan tinggi kurus
6- Filipina, Borneo,- sawo matang
7- Melayu- sawo matang, kebanyakan beragama islam, hanya di nusantara dan sedikit di Afrika

Jadi…bangsa apa yang sesuai dengan pemuda bani tamim?

Calon-calonnya-
Filipina,Thailand,Vietnam,Myanmar dan Melayu.

Mari kita balik pada asas kita bincang di atas. Hanya dua negara/lokasi yang berkaitan dengan
pemuda bani tamim iaitu negara belakang sungai dan negara timur jauh(versi hadis), serta great intermixed nation dan eastern latin nation(versi notradamus).

Maka, kita dapat tentukan bahawa:-

1 Great intermixed nation = Melayu/Malaysia
2 Eastern latin nation = Filipina
3-Negara belakang sungai(Malaysia atau Indon) = Melayu
4-Negara timur jauh = Thailand, Vietnam dan Myanmar

Jadi, di sini, kita dapat lihat melayu menguasai 2 lokasi iaitu negara belakang sungai dan great intermixed nation.
Jadi jelas di sini pemuda bani tamim adalah seorang Melayu!

Sekarang, di mana pula tinggal/lahirnya? Kini hanya dua negara yang secara total di diami oleh
Melayu iaitu Indonesia dan Malaysia. sedangkan kedua-dua negara ini adalah satu jajahan yang di gelar tanah melayu.

Seterusnya kita kaitkan pemuda bani hasyim pula.

Sebenarnya tidak banyak hadis menceritakan perihal pemuda ini. Kerana inilah kronologi kiamat
atau future phenomenon tidak lengkap.

Ada segelintir hadis memberitahu bahawa tanda pemuda ini adalah muncul hujung timur, tahi lalat di bahu kiri, dan tahi lalat di tapak tangan kanan/kiri.

Bila di sebut hujung timur secara tidak langsung ia akan mengaitkan dengan negara hujung timur. Sekali lagi kita kaitkan dengan great intermixed yang kita sudah bincangkan dahulu. Jadi, insyallah Malaysia adalah tempat munculnya pemuda bani hasyim.


Haris al-Harsth

Hadis mengatakan bahawa dia dari negara di belakang sungai. Jika, pemuda Bani Hasyim sudah menmpatkan diri di Malaysia, ada yang berpendapat negara belakang sungai ini mungkin Indonesia atau Filipina (jikalau ikut Notradamus)

Setakat ini saya masih belum jumpa tanda-tanda khusus bagi Haris al-Harasth ini. Akan tetapi, ada hadis mengatakan dia bertemu al-Mansur (gelaran pemuda bani tamim) di suatu tempat di negaranya.

Maka jelas di sini bahawa, Haris al-Haras mungkin seorang melayu yang munculnya di Indonesia (negara belakang sungai).

Bagaiman pula dengan versi Notradamus?

Sekarang hanya tinggal nation of eastern latin dan africa via arabic intermixed.

Jika di kaji dari logik akal, jelas di sini bahawa lokasi africa via arabic intermixed di tolak mentah-mentah kerana jelas di situ tertera Africa.

Tapi, malangnya zaman sekarang bahasa latin yang ‘pure’ sudah tidak ada, yang tinggal serpihan sahaja iaitu latin di America Selatan, Sepanyol dan lain-lain.

Oleh itu, di harap anda boleh membantu untuk menemukan titik konklusi di antara negara belakang sungai dan nation of eastern latin ini.

Bagaimanapun kita teruskan jugak mengkaji dari apa yang telah kita perolehi.

Tinggalah nation of eastern latin?

jika di teliti Filipina adalah negara yang paling baik bagi contoh ini akan tetapi ia ‘clash’
dengan versi hadis iaitu indonesia. Maka di mana jalan penyelesaiannya?

Baiklah, pernahkah anda melihat jauh sejarah pembinaan negara Indonesia dan Filipina. Kuasa blok manakah yang menguasai mereka?

Jika melaka di pegang oleh penjajah British, maka Indonesia pula telah di pegang oleh kuasa
Belanda. Filipina pula oleh Sepanyol.

Jelas disini bahawa nation of eastern latin bukan kepada tutur bahasa akan tetapi kuasa yang telah membina negara tersebut. Tanah Jawa di jajah Portugis, lalu di merdekakan dan menjadi Undonesia.

Tidakkah anda melihat relevannya.

Maka, Haris al-Harasth lah yang menduduki Indonesia dan dialah yang berjumpa pemuda bani tamim lalu memulakan perjalanan di bawah satu panji iaitu Panji Hitam.

Wassalam.

http://kumanddieaf.blogspot.com/

p/s selepas ini saya akan terangkan pula siapakah pemimpin bani tamim yang membawa bendera al-mahdi.

Filed under: panji hitam dari timur

pendedahan lions club & rotary club..


Kelab Lions

Sejarah:
Ditubuhkan oleh peguam muda bernama Mulfin John yang bekerja di sebuah Syarikat Insuran di Chicago.
• Kongres pertama 1918M dihadiri 22 Yahudi Freemason.
• Didokong oleh Yahudi antarabangsa.
• Pejabat berada dipusat Kelab Rotary dan pejabat cawangan Bahaiyah US.(kemudian dipindah ke NY kemudian ke Washinton.)
• Sebagai back-up kepada kelab Rotary(andai kata kelab tersebut diketahui akan pergerakannya yang sebenar)
• Kedua-dua diwujudkan bagi mengaburi khalayak ramai tentang pergerakan Freemason dalam sesebuah negara.

Lions membawa banyak maksud.Antaranya ‘singa’ iaitu pengawal atau penjaga Haikal Sulaiman yang berada di salah satu bahagian Masjidil Aqsa. Lions juga membawa maksud ‘Libertgintelligenc eoui-vationssafe ty’ yang bererti merdeka dan bijak demi keselamatan negara kami.

Kelab ini berselindung disebalik slogan manis untuk menutup projek rahsia mereka.

Matlamat Utama Kelab Lions
• Bangsa Yahudi mencampuri bangsa lain atas nama persahabatan dan kasih sayang,kemudian mereka menyalurkan segala maklumat yang diperoleh kepada markaz utama supaya ekonomi dan politik sesuatu kawasan dapat dikuasai.

Yahudi menganggap bahawa bangsa lain di dunia ini adalah bodoh dan setaraf dengan haiwan ternak (Goyim-bukan akum sepertimana yang diwar-warkan) dan boleh diperlakukan oleh mereka dengan sesuka hati untuk merealisasikan apa yang dikehendaki oleh mereka.

Matlamat sampingan:
• Menanam roh kerjasama di kalangan bangsa di dunia
• Menjauhkan masyarakat daripada konflik politik dan agama
• Memberikan khidmat sosial melalui pertubuhan kebajikan

Kelab Rotary

Sejarah:
• Ditubuhkan antara tahun 1903M dan 1908M bertempat di wilayah Illionis, Chicago , US
• Ditubuhkan sebagai menyahut seruan daripada pemimpin Yahudi ketika itu (Theodore Hertzel) yang juga seorang freemasonary untuk mempelbagaikan cabang-cabang pergerakan mereka.
• Ditubuhkan oleh salah seorang anggota Freemasonary yang bernama Paul Harris,seorang peguam.
• Paul Harris dibantu oleh tiga orang Yahudi US iaitu Silver Sheiller(saudagar arang),Gustav Lower(jurutera perlombongan) dan Hiram Chorry(pedagang&penjahit)
• Diawalnya dianggotai oleh anggota Freemason sahaja untuk merahsiakan pergerakan tetapi dibongkar rahsianya pada kongres Zionis di basel , Switzerland pada 1897M

• kelab rotary kedua dibentuk di San Francisco dan yang ketiga di NY dan seterusnya di Washinton.
• Pada 1912M telah dibentuk kelab Rotary Internasional bagi membuka penyertaan kepada masyarakat luar.
Bancian pada 1998M menunjukkan keahliannya telah mencapai 22juta orang mewakili 430 buah kelab rotary di 160 buah negara dunia.

Pengertian Rotary adalah berasal dari perkataan inggeris iaitu ‘in rotation’.Istilah ini membawa pengertian:
1. Orang yang bekerja dengan kelab ini sentiasa bersilih ganti
2. Tempat operasi bertaburan dan berlegar diseluruh dunia dan berakhir disuatu titik pusat iaitu Israel .
3. Anggota yang baru dipilih berdasarkan profession tertentu diadakan perjumpaan secara bergilir-gilir disetiap rumah anggota
4. Mengitari titik pusat dan titik pusat itu ialah haikal Sulaiman

Kesimpulannya: Berlegar dibawah satu cita-cita yang menjadi matlamat utama penubuhan kelab iaitu mewujudkan pemerintahan antarabangsa berpusat di israel yang juga matlamat utama freemason.
Matlamat utama Kelab Rotary
1. Menjadikan kelab sebagai markaz maklumat dan tempat latihan perkaderan serta tempat menyalurkan fikrah freemasonary
2. Menjadi markaz pengintip dan pengumpulan maklumat bagi setiap kawasan diseluruh dunia
Segala maklumat yang diperolehi akan disalurkan ke markaz utama di Chicago yang akan bertindak sebagai markaz freemasonary bagi hal ehwal luar.

Matlamat sampingan
1. Memperluas promosi bagi menarik peluang pekerjaan
2. Mengadakan konsert amal atas nama khidmat sosial bertujuan menarik perhatian masyarakat untuk membuktikan mereka adalah pertubuhan kebajikan.
3. Menanam semangat persahabatan, kerjasama, cintakan keamanan.

p/s  apa maklumat yang saya dapat boleh lah kita berkongsi bersama2..

Filed under: panji hitam dari timur

PERTUBUHAN dalam pertubuhan…


semalam aku jmpa dengan seorang kawan..topik yang kami bualkan cukup seronok..tapi tak tau la pada orang lain..

kami berbual tentang konspirasi dunia yang kebanyakkan orang tidak ambil tahu..atau senang cakap mereka malas ambil tahu ataupon mereka bodoh!!..nak cari orang yang betul2 ambil tahu pasal benda ni bukan senang..kebanyakkan yang tahu benda ni ialah orng yang memang berpegetahuan am ataupon mereka ni jenis yang mengambil tahu hal perkembangan isu semasa..

kadang2 aku pon tertanya2 adakah orang sekeliling aku ni tahu yang selama ni mereka di perbodohkan oleh media massa..kebanyakkannye mereka ni tak sedar yang apa yang mereka baca atau lihat adalah tipu atau wayang semata2..

contohnya cuba kita tanya mereka macam mana michael jackson(jacko) mati??..jawapan mereka mesti..“owh dia mati pasal overdose dengan ubat2an..ye la dia pon banyak kali buat pembedahan so makan la diri sendiri !!”..ataupon cuba tanya kenapa princess diana mati??..confirm mereka akan jawab..“owh dia mati pasal accident pasal malam tu ada paparazi follow dia kebetulan pulak driver dia mabuk malam tu”..kalau jawapan yang mereka beri macam ni, confirm mereka ni memang tak ambil tahu langsung atau senang cerita percaya bulat2 dengan apa yang mereka baca ataupon lihat..mereka langsung tidak sedar tentang pertubuhan bawah tanah ini..

kadang2 seronok juga kalau kita tahu lebih dari apa yang orang lain tahu..so kita boleh share knowledge kita dengan orang lain yang tak tahu..tapi kadang2 diorang ni malas nak dengar benda2 macam ni..ye la pada mereka  bukan ada kene mengena pon dngan mereka..sebab itu lah aku cakap yang mereka ni bodoh sombong!!..

kalau aku tanya mereka pasal freemanson ataupon illuminati?? ..confirm lagi la mereka tak tahu!!..pada aku siapa2 yang beragama islam ataupon percaya dengan dunia akhir zaman wajib ambil tahu pasal benda ni..cari lah maklumat tentang 2 pertubuhan ini, kerana pertubuhan ini adalah pertubuhan yang pada aku terlalu hebat..so kalau korang dah dapat maklumat ini maknanya korang dah bersedia untuk terjerumus dalam dunia fisabilillah..

freemanson dan illuminati ini adalah 2 pertubuhan yang dimana mereka percaya tentang dajjal..malah mereka anggap dajjal lah yang akan selamatkan mereka dari bala tentera panji hitam dari timur yang diketuai oleh imam mahadi..malah kejadian2 seperti peperangan, kejatuhan ekonomi dunia, siri pembunuhan pemimpin islam dan lain2..apa yang kita nampak sekarang telah lama dirancang dengan teliti oleh ahli2 freemanson ni untuk menjanakan impian mereka iaitu New World Order ..kebanyakkan ahli2 mereka adalah tergolong dari pemimpin2 dunia, pakar2 ekonomi, jutawan2 dan orang2  yang ada kepentingan di dalam kerajaan..

kenapa?? tak percaya??!

kalau korang ada masa carilah atau tanya lah orang2 yang bijak pandai..di malaysia ni sahaja sudah ada 12 buah lodge iaitu tempat ahli2 mereka berkumpul untuk merancang segala agenda2 yang melibatkan perjuangan mereka…jadi dengan ini aku dan rakan2 lain sudah bersedia untuk membocorkan maklumat2 tentang mereka sedikit demi sedikit..

klik link di bawah ini untuk bukti bahawa mereka sudah lama berada di malaysia ini..

FREEMASON PENANG —> http://www.rpwlodge.com/

p/s Rasulullah SAW telah bersabda

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahnya.
(Ibnu Majah)

Filed under: panji hitam dari timur

June 2017
M T W T F S S
« Apr    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 132,953 hits

Archives