mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

lagenda seorang mahaguru [5]


PERISTIWA DI PULAU SUDONG

Selepas sehari berkayuh akhirnya beliau dan keluarga beliau mendarat di sebuah pulau yang kelihatannya agak selamat daripada hujan peluru musuh. Di Pulau Sudong, Meor Abdul Rahman telah disambut oleh seorang penduduk pulau yang bernama Naning. Naning telah memaklumkan syarat untuk orang luar yang ingin menumpang di pulau tersebut, iaitu bertarung dengan seorang jaguh Pulau Sudong, yang bernama Wak Kusang. Wak Kusang berkulit gelap,bertubuh pendek tetapi tegap. Beliau mempunyai lengan sebesar paha orang dewasa. Penduduk Pulau Sudong mula keluar beramai-ramai untuk menyaksikan pertarungan tersebut. Mereka telah memukul gendang sambil bersorak-sorai seolah-olah menyaksikan suatu pesta pula.

Dalam keadaan diri yang sangat keletihan setelah sehari suntuk mengharungi lautan, Meor Abdul Rahman terpaksa pula berlawan dengan pendekar Pulau Sudong bagi memenuhi tuntutan syarat jika ingin menumpang di pulau tersebut. Sebelum pertarungan bermula, beliau terlebih dahulu meminta pandangan ahli keluarga beliau. Nampaknya beliau sudah tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa menghadapi Wak Kusang. Pertarungan antara Wak Kusang dengan Meor Abdul Rahman berlangsung di kawasan tanah perkuburan, kerana penduduk pulau membina rumah bertiang tinggi di tepi pantai, manakala bahagian tengah pulau dikhaskan sebagai tanah perkuburan. Pertarungan tersebut berlangsung dalam suasana yang sangat tegang dan hebat. Dengan berkat ilmu Silat Seni Gayongnya, maka di akhir pertarungan, Wak Kusang telah dihempas oleh Meor Abdul Rahman. Darah mula mengalir daripada kepala Wak Kusang kerana kepala beliau telah terhempas ke batu nesan kubur di situ. Kemenangan Meor Abdul Rahman telah disambut dengan perasaan gembira oleh ahli keluarga beliau. Penduduk pulau pula telah bersorak gembira seolah-olah menyaksikan suatu perlawanan sabung haiwan.

Peta Pulau Sudong

Pada suatu malam, lebih kurang satu minggu beliau berada di Pulau Sudong, Meor Abdul Rahman telah bermimpi didatangi satu lembaga yang memberi amaran kepadanya iaitu suatu bahaya akan menimpa penduduk Pulau Sudong. Lembaga tersebut menyuruh Meor Abdul Rahman berusaha menghalang bahaya itu dan ia (lembaga itu) berjanji akan membantu beliau. Pada keesokan harinya iaitu pagi tanggal 17 Februari 1942, penduduk Pulau Sudong telah mendapat khabar bahawa tentera Jepun akan mendarat. Orang-orang yang berada di Pulau sudong menjadi gempar. Berita tentang pendaratan tentera Jepun telah membimbangkan penduduk pulau kerana mereka banyak mendengar berita tentang kekejaman tentera Jepun. Seorang nelayan dari pulau berdekatan datang ke Pulau Sudong memberitahu anak dan isterinya telah dirampas oleh tentera Jepun dan dibawa naik ke atas kapal perang mereka. Terdapat beratus-ratus kapal perang Jepun yang berlabuh di hadapan Pulau Bukum. Berita ini telah menggemparkan penduduk Pulau Sudong. Masing-masing menjadi begitu khuatir dan bimbang, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis. Penghulu dan penduduk pulau telah berkumpul dan mula membincangkan soal keselamatan anak-anak gadis mereka yang berada dalam keadaan bahaya. Berbagai-bagai pandangan dikemukakan. Penghulu Pulau Sudong mencadangkan supaya dipindahkan sahaja semua perempuan-perempuan muda ke Pulau Senang atau ke Pulau Pawai sementara yang lain mencadangkan supaya perempuan-perempuan muda disorokkan ke dalam hutan. Yang lebih berani pula menyuruh supaya menentang sahaja orang-orang Jepun yang ingin merosakkan anak-anak gadis pulau itu serta bermacam-macam lagi cadangan. Setelah keadaan menjadi semakin buntu, Meor Abdul Rahman pun memberikan pandangan beliau. Orang-orang pulau memang menaruh harapan kepada beliau kerana mereka mengetahui Meor Abdul Rahman pernah menewaskan jaguh Pulau Sudong, iaitu Wak Kusang.

“Saya ada satu ilmu yang guru saya bagi. Ilmu ini belum pernah dicuba, tetapi kita boleh cuba. Syaratnya kena masuk Gayong dahulu.” kata Meor Abdul Rahman.

Penduduk Pulau Sudong kemudian diarah untuk mengisikan air ke dalam tempayan. Mereka bertanyakan Meor Abdul Rahman di mana mereka boleh mendapatkan air tawar kerana pada kebiasaannya air tawar diperoleh dari Pulau Senang. Meor Abdul Rahman lalu berdoa memohon supaya diturunkan hujan. Dengan izin Allah, tidak berapa lama kemudian langit pun mendung dan hujan mulai turun. Orang-orang kampung lalu mengisikan tempayan dengan air hujan. Setelah air tempayan itu dibacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran, Meor Abdul Rahman pun menjiruskan/memperlimaukan tujuh orang pemuda yang sanggup menentang kemasukan tentera Jepun.Tujuh pemuda tersebut terdiri daripada Naning, Mat Resad, Ahmad Puah, Kekeh, Mustapa, Bendol dan Wak Kusang. Itulah detik permulaan Meor Abdul Rahman memperkenalkan ilmu Silat Seni Gayong serta adat istiadatnya kepada orang ramai yang berlaku pada kira-kira jam 11.00 pagi 17 Februari 1942 di rumah penghulu Pulau Sudong.

Pada waktu itu laut kelihatan dipenuhi api yang menjulang. Pulau Bukum kelihatan telah terbakar. Penduduk Pulau Sudong kemudian diminta mengumpulkan periuk belanga dari tiap-tiap rumah. Buntut periuk tersebut kemudian dikikis untuk diambil arangnya. Ada periuk yang pecah akibat terlalu kuat dikikis. Selepas itu arang tersebut dicampurkan dengan minyak kelapa dan dibancuh seperti membancuh simen. Meor Abdul Rahman kemudiannya mengumpulkan semua perempuan yang berada di Pulau Sudong. Campuran arang dan minyak kelapa itu pun disuruh sapu ke muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kaum perempuan. Tepung gandum pula diletak dicelah-celah rambut supaya rambut kelihatan seperti telah beruban. Perempuan-perempuan muda kemudian disuruh masuk ke dalam rumah Meor Abdul Rahman(kira-kira seramai 200 orang). Meor Abdul Rahman kemudian meminta beras kunyit. Setelah dibacakan doa tertentu, beras kunyit tersebut diserahkan kepada Naning. Naning kemudian mengetuai enam lagi rakannya pun mula bergerak mengikut gerak hati yang dipimpin oleh semangat beras kunyit tersebut. Apabila sampai di tepi pantai, Meor Abdul Rahman menyuruh Naning menabur beras kunyit ke laut dan mengarahkan Naning dan rakan-rakannya meraba-raba(menggagau) di dalam air. Sebanyak tujuh bilah keris tanpa hulu dan tanpa sarung diperoleh dari dalam air laut di gigi pantai tersebut. Meor Abdul Rahman mengarahkan Naning dan rakan-rakannya membalut bahagian hulu keris dengan kain layar buruk serta sedikit kain kuning. Keris-keris tersebut lalu disorokkan dicelah dinding atap rumah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman lalu bertanya kepada ketujuh-tujuh pemuda tadi apakah yang akan mereka lakukan sekiranya anak isteri mereka dirampas oleh tentera Jepun.

Mereka menjawab, “Kita bunuh. Jika Cikgu suruh bunuh, kami bunuh…”

Seorang daripada penghulu-penghulu pulau telah menyuarakan rasa kebimbangannya, takut-takut nanti jika dibunuh tentera Jepun tersebut, Pulau Sudong akan menjadi padang jarak, padang terkukur akibat serangan balas daripada tentera Jepun yang lain.

Ketujuh-tujuh mereka lalu menjawab,”Kami lebih rela mati syahid daripada hidup dayus…”

Keadaan ini telah membuktikan bahawa ketujuh-tujuh lelaki tersebut telah naik semangat keberanian. Dari tujuh orang murid lelaki pertama Gayong ini, hanya empat orang murid sahaja yang berani menawarkan diri menjadi pengawal di rumah Meor Abdul Rahman. Perempuan-perempuan tua pula disuruh mengusutmasaikan rambut dan ditempatkan di bawah pokok kelapa yang terdapat di pesisiran pantai Pulau Sudong.

KETIBAAN TENTERA JEPUN
Tidak berapa lama kemudian, tentera Jepun pun tibalah dengan kapal pendarat tenteranya. Seperti kebiasaan, mereka melepaskan beberapa das tembakan pistol ke udara untuk memanggil orang-orang kampung agar mengangkat mereka ke darat. Sebaik sahaja mereka mendarat, mereka melihat hanya perempuan-perempuan tua sahaja yang kelihatan. Mulut mereka becok merungut-rungut kerana belum berjumpa wanita muda di pulau tersebut. Tentera Jepun tersebut terus mencari di sekitar pulau. Tidak lama kemudian,tentera Jepun itu sampailah ke rumah Meor Abdul Rahman. Tindakan pemuda-pemuda kampung yang asyik memandang ke arah rumah Meor Abdul Rahman telah mencurigakan pihak tentera Jepun. Mereka pun terus naik ke atas rumah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman yang berdiri di muka pintu pun terus membaca beberapa potong ayat Al-Quran sambil terus berdoa.

“Yaasiin. Walqur’an nil hakim…Ya Allah Ya Tuhanku…”

Sebaik sahaja daun pintu ditolak, tentera Jepun menjadi begitu terkejut dan ketakutan melihat betapa hodohnya perempuan-perempuan yang berada di dalam rumah Meor Abdul Rahman.Sentuh pun mereka tidak mahu.Askar-askar Jepun tersebut menjadi gempar ketakutan sambil menjerit-jerit dalam bahasa Jepun,

“Korahh…korahh…korahh…”

Tentera Jepun pun berlalu dari rumah Meor Abdul Rahman. Sebaik sahaja tentera Jepun berundur dari rumah Meor Abdul Rahman, mereka telah melihat penduduk kampung yang asyik memerhatikan ke arah sebuah tongkang Cina. Mereka nampak seorang lelaki Cina tua sedang menimba air laut dari geladak tongkangnya. Tentera Jepun pun terus pergi mendapatkan tongkang tersebut. Setelah memeriksanya, mereka lalu mengesyaki sesuatu. Tentera Jepun lalu menolak papan besar yang menutup lantai tongkang tersebut. Sebaik sahaja papan penutup tersebut ditolak, kelihatanlah ramai anak-anak gadis Cina di dalamnya. Lelaki Cina tua tersebut telah ditolak ke dalam air laut dan ditembak sehingga mati. Anak-anak gadis Cina tersebut pula telah diangkut ke dalam kapal perang mereka. Di atas kapal tersebut, anak-anak gadis Cina tersebut telah diperkosa beramai-ramai. Jerit pekik mereka dikatakan kedengaran sehingga ke Pulau Sudong.

Selepas tentera Jepun hilang daripada pandangan, maka terselamatlah perempuan-perempuan di Pulau Sudong. Selepas peristiwa tersebut, Meor Abdul Rahman lalu mengarahkan ketujuh-tujuh bilah keris tanpa hulu tersebut dicampak kembali ke laut. Pada awalnya mereka agak keberatan untuk membuangnya, kerana mereka berhasrat untuk menyimpannya kerana percaya keris-keris tersebut membawa tuah.Apabila ditanya oleh Meor Abdul Rahman sama ada mereka telah mengembalikan semula keris tersebut ke laut, mereka berbohong dan mengatakan telah membuangnya.

“Kalau dah buang, macam mana bunyinya?” tanya Meor Abdul Rahman.

“Bunyinya pelecup, pelecup, pelecup…” jawab mereka beramai-ramai.

“Pelecup kepala hotak kamu! Sudah, pergi buang segera!” bentak Meor Abdul Rahman.

Setelah didesak oleh Meor Abdul Rahman, mereka pun mencampakkan keris-keris tersebut ke dalam laut, di tempat di mana keris tersebut ditemui. Menurut Meor Abdul Rahman, jika keris tersebut tidak dikembalikan semula ke laut, dikhuatiri suatu perkara buruk akan berlaku, seperti kedatangan ribut dan sebagainya. Dengan takdir Allah, maka pada hari ketiga daripada berlakunya peristiwa itu, timbullah seekor buaya putih di tempat di mana keris-keris tersebut dicampakkan

Dua minggu kemudiannya, Meor Abdul Rahman dan keluarganya pun meninggalkan Pulau sudong untuk pulang ke kampungnya di Taiping, Perak. Penduduk-penduduk pulau itu dengan sedih telah keluar beramai-ramai mengucapkan selamat jalan kepada beliau sekeluarga. Ketika perahu yang dinaiki oleh beliau perlahan-lahan meluncur, penduduk Pulau Sudong pun berpantun, yang berbunyi:

Pulau Sudong tanahnya lembah,
Tanam senduduk bercabang dua;
Pulau Sudong tanahnya bertuah,
Dagang menumpang sehari dua.

Lalu dijawab oleh beliau:
Pulau Sudong tanah sakti,
Sayang ketapang bercabang dua;
Hikmat Gayong meninggalkan bakti,
Memimpin wanita menempuh bahaya.

Meor Abdul Rahman bersama kedua-dua isterinya, anak sulungnya dan ahli keluarganya yang lain berangkat pulang ke Taiping dengan menumpang sebuah kereta api barang. Turut berada di dalam gerabak kereta api tersebut ialah askar-askar Jepun yang ingin bergerak ke Utara.

Pada tahun 1943, Meor Abdul Rahman telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pemerintah tentera Jepun kerana beliau telah membunuh seorang askar Jepun yang cuba mengganggu (cuba memperkosa) isteri pertama Meor Abdul Rahman. Sewaktu dibawa keluar dari penjara untuk menjalani hukuman mati iaitu hukuman gantung, Meor Abdul Rahman dengan penuh berani dan nekad telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal-pengawal Jepun yang bersenjata api dan pedang samurai. Dengan berkat ilmu Silat Seni Gayong, perut askar Jepun yang mengawalnya dirodok dengan hujung jejari tangan hingga terburai isi perut. Walaupun tidak berjaya melepaskan diri secara total, tindakannya ini dengan kuasa Allah telah menyebabkan beliau dibebaskan secara bersyarat (atas nasihat jurubahasa Jepun yang berbangsa Melayu). Tidak lama kemudian, Meor Abdul Rahman telah dipaksa menjadi seorang polis Jepun (Kempeitai). Seperti askar Jepun yang lain, kepala beliau telah dibotakkan dan diberikan seragam polis Jepun. Semasa bertugas sebagai polis Jepun, beliau pernah ditugaskan ditugaskan di Ipoh, Perak dan Meor Abdul Rahman pernah beberapa kali menewaskan beberapa orang ketua Persatuan Komunis Malaya (PKM) yang terkenal handal dan kebal.

Filed under: sejarah

lagenda seorang mahaguru [4]


PANGLIMA SENDO PERAK

Tanpa membocorkan rahsia pertemuannya dengan Hang Tuah di batu hitam itu, akhirnya Meor Abdul Rahman bergegas pulang ke Taiping. Sebelum itu beliau singgah sebentar di rumah kekandanya di Kuala Nerang. Beliau tetap merahsiakan apa yang telah dialaminya daripada pengetahuan kedua-dua ibu bapanya. Sebagai mematuhi amanat di dalam mimpinya, beliau telah meminta izin daripada bondanya Sharifah Aluyah untuk menghadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak ketika itu iaitu Almarhum Sultan Alang Iskandar. Sharifah Aluyah menurut ceritanya pernah dipinang oleh Sultan Alang Iskandar suatu ketika dahulu.

Beliau ditemani beberapa orang rakannya (yang menjadi pegawai kerajaan) berbasikal beramai-ramai menuju ke istana. Ketika tiba di istana, Meor Abdul Rahman telah diberitahu bahawa Sultan Alang Iskandar telah berangkat ke Manong menghadiri suatu majlis keramaian. Meor Abdul Rahman dan rakan-rakannya pun bergegas ke Manong.

Untuk menghadap sultan bukannya tugas yang mudah. Beberapa kali Meor Abdul Rahman dihalang oleh Datuk Seri Nara Diraja. Pada ketika itu baginda sultan tengah sibuk kerana sedang bermain mahjong. Setelah puas didesak akhirnya Datuk Seri Nara Diraja membenarkan Meor Abdul Rahman bertemu dengan Sultan,

“Kamu nak jumpa, kamu pergilah jumpa. Tapi kalau kamu kena sebat, itu kamu punya pasal” kata Datuk Seri Nara Diraja mengingatkan Meor Abdul Rahman tentang baginda Sultan yang terkenal bengis dan garang. Lalu dijawab oleh Meor Abdul Rahman,

“Kena sebat pun tak apa”

“Kamu nak apa?” titah Sultan Alang Iskandar sebaik sahaja Meor Abdul Rahman menghadap.

“Tuanku, patiklah orang yang paling gagah sekali di negeri tuanku.” sembah Meor Abdul Rahman kepada baginda Sultan.

“Hah! Hah! Apa kamu kata? Kamu nak melawak dengan aku ya? Kamu tahu aku siapa? Kamu nak kena sebat?” Baginda Sultan kembali bertitah sebaik sahaja mendengar kata-kata Meor Abdul Rahman yang dirasakan seperti hendak mempersendakan baginda.

“Tahu tuanku. Tuanku Raja Perak, raja patik. Tapi kalau tuanku tak percaya, patik boleh buktikan.” ujar Meor Abdul Rahman pula.

“Pergi angkat Puteh Lawak!” titah Sultan.

Di hadapan Sultan, beliau telah menunjukkan kegagahan beliau dengan mengangkat Puteh Lawak yang berbadan besar dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Puteh Lawak telah dijulang dan diputar-putarkan sebelum dicampak.

“Megah sungguh kamu ni.” titah baginda Sultan selepas menyaksikan peristiwa tersebut.

Selepas peristiwa itu, baginda Sultan telah memerintahkan Meor Abdul Rahman agar menghadap baginda sekali lagi iaitu bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Di sana Meor Abdul Rahman telah menunjukkan kebolehannya membengkokkan paku sepanjang enam inci, membengkokkan besi dengan leher, berlawan tarik tali dengan 50 orang lelaki (25 di kanan, dan 25 di kiri), mematahkan wang syiling perak dengan menggunakan jari (Setengah bahagian daripada wang syiling perak 50 sen ini disimpan oleh Cikgu Siti Kalsom manakala setengah bahagian yang lain disimpan oleh waris Almarhum Sultan Idris Syah. Wang syiling ini kelihatan seperti telah disiat kepada dua bahagian), badan beliau digelek dengan kereta Bentley milik Sultan dan beliau juga berjaya memutuskan rantai pengikat kaki gajah. Semua ujian tersebut dijalankan pada waktu malam. Sultan Alang Iskandar masih lagi belum berpuas hati. Pada keesokan harinya baginda telah memerintahkan Meor Abdul Rahman mengangkat selaras meriam penabur yang terbesar di istana. Atas kejayaannya itu, baginda Sultan telah menggelarnya “Panglima Sendo Perak” atau “Orang Kuat Perak”.

Sejak hari itu beliau dikenali sebagai “Rahman Sendo”. Baginda juga berkenan mengambil beliau sebagai anak angkat dan mulai saat itu, tinggallah Meor Abdul Rahman di Istana Mercu, Kuala Kangsar. Meor Abdul Rahman hanya kembali semula ke kampungnya (Kampung Pokok Assam) setelah Sultan Alang Iskandar mangkat pada tahun 1938. Beliau telah dinasihatkan oleh ayahanda saudaranya, Ngah Majid yang menjawat jawatan Panglima Perang Kiri Perak supaya pulang semula ke Kampung Pokok Assam untuk mengelakkan diri beliau dianiayai oleh pembesar negeri yang cemburu kepada beliau.

BERHIJRAH KE SINGAPURA

Tidak berapa lama setelah keluar dari istana, Meor Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga dengan Kalsom binti Hj. Kechik, seorang anak tempatan Kedah yang juga menjadi adik angkat kekandanya, Hendon. Setelah berumahtangga, Meor Abdul Rahman dan isterinya menetap di rumah kekandanya, Hendon di Kuala Nerang.

Pada penghujung tahun 1938, beliau telah berangkat ke Singapura bersama Zainal Abidin (Bidin) sepupunya untuk mencari pekerjaan. Beliau bekerja di Naval Base yang baru sahaja dibuka ketika itu. Oleh kerana beliau lulusan daripada Government Trade School, Meor Abdul Rahman telah diterima bekerja sebagai tukang kimpal manakala Zainal Abidin sebagai mekanik mesin. Setelah enam bulan bekerja di Naval Base, Meor Abdul Rahman telah mendapat pekerjaan di Royal Signal Corps sebagai seorang mekanik. Di Gillman Barrack, Royal Signal Corps, beliau turut menjadi Guru Kombat (Combat Instructor) yang mengajar ahli-ahli Royal Signal Corps tentera British yang ketika itu di bawah Pegawai Memerintah Lt. Kol. Pope.

Pada pertengahan tahun 1941, Meor Abdul Rahman pulang ke Kota Sarang Semut untuk menghantar isterinya yang sedang sarat mengandung anak mereka yang pertama. Dalam perjalanan pulang ke Singapura, Meor Abdul Rahman singgah di Kg. Pokok Assam untuk melawat kedua-dua orang tuanya. Semasa menziarahi kekanda sepupunya, Nuteh Alang Abdul Rahman, beliau telah terpikat dengan anak perempuan Nuteh, Faridah (Anin). Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Faridah tidak lama selepas itu.

Selepas berkahwin, Meor Abdul Rahman telah membawa isteri keduanya ke Singapura. Mereka menyewa sebuah bilik di Bushi Park. Dua bulan kemudian mereka disertai pula oleh isteri pertama Meor Abdul Rahman bersama anak sulung mereka Fadhilah. Tidak berapa lama kemudian, mereka sekeluarga berpindah ke Raden Mas dan menyewa sebuah rumah di situ. Lebih kurang sebulan di Raden Mas, Perang Dunia Kedua pun meletus di Singapura.

Pada 15 Februari 1942 Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun. Meor Abdul Rahman telah mendapat arahan daripada Lt.Kol. Pope supaya menyelamatkan diri dari pulau Singapura.

“You better escape from Singapore, say Fort Canning falls to the Japs” kata Lt. Kol. Pope.

Meor Abdul Rahman meninggalkan pulau Singapura hanya setelah diarahkan berbuat demikian oleh pegawai atasannya. Kerana keberaniannya itulah beliau dianugerahkan pingat King George VI daripada kerajaan British pada tahun 1947.

Dalam suasana huru-hara, Meor Abdul Rahman sekeluarga telah berpindah dari Raden Mas ke Batu 5 1/2 Pasir Panjang. Di situ terdapat sebuah jeti yang digunakan oleh nelayan untuk memunggah hasil tangkapan mereka ke darat. Meor Abdul Rahman berjaya mendapatkan sebuah perahu yang ditinggalkan di jeti tersebut. Walaupun tidak pandai berperahu, Meor Abdul Rahman atas daya usahanya sendiri telah mengemudi perahu tersebut. Beliau sekeluarga terpaksa mengharungi lautan luas di perairan Singapura yang bergelombang besar dan berapi-api kerana terbakar akibat tumpahan minyak. Dalam suasana yang sangat mencemaskan itu, mereka terpaksa pula berhadapan dengan ancaman bom yang digugurkan daripada kapal terbang Jepun.

bersambung…

Filed under: sejarah

lagenda seorang mahaguru [3]


PERTEMUAN DENGAN HANG TUAH

Ketika keluar berburu bersama-sama dengan enam orang rakannya di dalam hutan belantara di Menam (di sempadan antara Siam dan Tanah Melayu), sekonyong-konyong dengan takdir Tuhan hujan ribut telah turun disertai dengan kilat petir sabung-menyabung. Serentak dengan itu kawan-kawan beliau yang seramai enam orang tadi telah terpisah dengannya dan tidak kelihatan lagi. Keadaan itu berlaku hingga hampir ke tengah hari. Setelah keadaan pulih seperti sediakala, Meor Abdul Rahman menyedari bahawa dirinya tinggal bersendirian sahaja di hutan belantara itu. Beliau lalu meneruskan perjalanannya dengan merayau-rayau tanpa mengetahui arah yang hendak dituju, sehinggalah ke petang hari. Dalam keadaan diri yang sangat letih serta kebingungan, beliau mengambil keputusan untuk berehat lalu terlelap di atas suatu batu hampar berwarna hitam selebar kira-kira satu rantai.

Dalam keadaan antara tidur dan jaga, tiba-tiba muncul bayang-bayang lembaga seorang manusia yang berpakaian persis seorang hulubalang Melayu zaman dahulu, dengan dipinggangnya tersisip sebilah keris.

Lembaga tersebut lalu berkata, “Kamu janganlah berasa bimbang dan takut. Kamu akan kami penuhkan lagi diri kamu dengan ilmu-ilmu pertahanan dalam ilmu kepahlawanan.”

Dalam keadaan diri antara sedar dan tidak, Meor Abdul Rahman pun diajar dengan berbagai ilmu kependekaran zahir dan batin. Hang Tuah telah mencurahkan segala rahsia ilmu Silat Seni Gayong dan mempertahankan diri kepada beliau. Selepas beliau melalui pelbagai ujian dan cubaan, beliau telah dibawa ke sebatang anak sungai yang berdekatan dan dimandikan dengan tujuan mengkhatamkannya. Di sanalah Meor Abdul Rahman diamanahkan supaya ilmu yang telah dipelajarinya (Seni Gayong), diperkembangkan dengan seluas-luasnya di dalam negara ini dengan mengikut adat-istiadatnya yang tertentu. Pada saat itu juga, lembaga itu memperkenalkan dirinya dengan mengatakan bahawa beliau ialah Datuk Laksamana Hang Tuah.

“Akulah Laksamana Hang Tuah, hulubalang Raja Melaka. Aku berkhalwat di sini. Aku penjaga di sini.”

Hang Tuah akhirnya meminta Meor Abdul Rahman mengangakan mulut lalu, diludahkannya ke dalam mulut Meor Abdul Rahman sebagai tanda sempurnalah sudah pengkhataman beliau. Hang Tuah juga mendakwa bahawa Meor Abdul Rahman adalah orang yang paling gagah dan tiada orang lain yang dapat menewaskannya selagi ia patuh kepada pantang-larang tertentu.

“Kamu tidak akan dapat dikalahkan oleh sesiapapun asalkan kamu tidak derhaka kepada kedua orang tua dan kamu hendaklah menghormati mereka.”

Hang Tuah telah mengarahkan Meor Abdul Rahman menghadap sultan yang memerintah negerinya (Perak) ketika itu untuk menyembahkan taat setia serta mengarahkan beliau meninggalkan tempat itu dengan segera menuju ke arah matahari naik.

Setelah tersedar daripada tidurnya, Meor Abdul Rahman merasakan terdapat suatu kelainan pada dirinya; beliau seolah-olah telah diresapi oleh kegagahan yang amat luar biasa.

MELAWAN JAGUH TOMOI

Selepas peristiwa pertemuannya dengan Hang Tuah di batu hitam, bertempat di suatu kawasan terpencil di sempadan Malaysia-Thai, Meor Abdul Rahman mendapati dirinya beroleh suatu kekuatan yang amat luar biasa. Misi pengembaraannya untuk mencari “orang ghaib” sepertimana yang pernah disebut oleh nendanya, Syed Zainal sudah pun berakhir. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman telah berjumpa dengan gelanggang tomoi. Meor Abdul Rahman lalu bertanya kepada orang-orang Siam di situ,

“Apa nama permainan ni?”

“Kamu boleh main tomoi?” tanya orang-orang Siam di situ.

“Silat saya boleh. Tomoi saya tak tahu” jawab Meor Abdul Rahman.

“Sama juga. Orang Siam panggil Tomoi, orang Melayu panggil silat. Hang kalau nak cuba, hang cubalah. Tapi kalau kena tendang, patah gigi, patah tangan, hang jangan minta apa-apa!” kata orang Siam di situ.

Meor Abdul Rahman pun masuk ke gelanggang Tomoi dan bertarung dengan salah seorang jaguh tomoi tempatan. Dalam perlawanan tersebut, Meor Abdul Rahman telah menggunakan kepandaiannya dalam Silat Seni Gayong, sehingga menyebabkan juara tomoi tersebut tunggang-langgang dikerjakan oleh Meor Abdul Rahman.

“Hang ni pendekar besar. Aku tak boleh lawan hang. Hang gagah betul. Hang ni orang pendekar.” kata juara tomoi tersebut sambil meminta perlawanan tersebut dihentikan.

Kini Meor Abdul Rahman berdepan pula dengan tugas lebih mencabar iaitu menghadap raja yang memerintah di negerinya (Perak) sebagai memenuhi amanat Tuah.

bersambung…

Filed under: sejarah

lagenda seorang mahaguru [2]


DI KUALA NERANG

Dalam tahun 1933, Meor Abdul Rahman pergi ke Kuala Nerang menziarahi kekandanya Hendon dan kekanda iparnya, Zainal Abidin. Pada awalnya, Meor Abdul Rahman merasakan dirinya seperti orang asing setibanya di pekan Kuala Nerang, Kedah. Pemergiannya ke pekan itu tidak mempunyai maksud lain kecuali menemui kekandanya, Hendon dan kekanda iparnya, Zainal Abidin(ketika itu menjadi Ketua Polis/OCPD Daerah Kuala Nerang). Meor Abdul Rahman tidak ada teman untuk berbicara atau bergurau senda kecuali kebosanan yang kian menghimpit jiwanya. Pelbagai cara untuk lari dari kebosanan itu sering bermain-main di kotak fikirannya. Namun segalanya gagal untuk menutup kebosanan yang semakin memuncak itu. Banyak masa yang terbuang. Jadilah Meor Abdul Rahman sebagai penunggu setia memerhati gelagat manusia yang keluar masuk untuk berurusan di pekan Kuala Nerang.

Walaupun demikian, sikap Meor Abdul Rahman yang peramah dan petah berbicara menyebabkan beliau mudah mendapat kenalan. Beliau merasakan pekan Rabu yang diadakan sekali seminggu di pekan Kuala Nerang merupakan detik paling menyeronokkan. Di situ beliau dapat berkenalan bukan sahaja dengan orang-orang tempatan malah orang-orang Siam yang turut berurus niaga di pekan Rabu itu.

Pada suatu malam, ketika beliau berada di rumah abang iparnya, beliau telah terdengar bunyi seperti paluan gendang. Beliau bertanyakan kekanda iparnya bunyi apakah itu? Kekanda iparnya memberitahu bunyi tersebut adalah bunyi gendang silat yang dipalu daripada gelanggang silat berdekatan. Kekanda iparnya yang menyedari tentang minat Meor Abdul Rahman dengan silat telah mengizinkan Meor Abdul Rahman pergi melihat-lihat dari mana datangnya bunyi paluan gendang silat tersebut. Rupa-rupanya bunyi paluan gendang silat tersebut datangnya dari sebuah gelanggang silat, tidak jauh dari rumah Zainal Abidin.

Setelah merisik-risik, Meor Abdul Rahman difahamkan bahawa guru gelanggang itu ialah seorang berketurunan Minangkabau dan bekerja sebagai penjahit topi. Nama guru tersebut ialah Sudin. Setelah mengetahui tentang Sudin, beliau menjadi semakin berminat untuk mengetahui siapakah sebenarnya Sudin itu. Setinggi manakah ilmu kependekaran yang dimilikinya? Bagaimanakah cara untuk mencungkil rahsianya?

Meor Abdul Rahman mengambil keputusan berjumpa dengan Sudin. Bersama-sama dengan rakannya Osman, beliau telah mengunjungi gelanggang Sudin. Sudin yang terlihat kedatangan Meor Abdul Rahman ke gelanggang silatnya segera menyambut kedatangan Meor Abdul Rahman sambil bertanya sama ada Meor Abdul Rahman berminat untuk belajar silat dengannya. Meor Abdul Rahman pun menyampaikan hasratnya ingin belajar silat dengan Sudin. Permintaannya itu ditunaikan dan Sudin meminta pengeras sebanyak $3.25 serta seekor ayam apabila khatam.

Walau bagaimanapun, Sudin tidak turun ke gelanggang sepertimana yang disangka oleh Meor Abdul Rahman. Orang kanannya iaitu Ali sahaja yang turun dengan maksud mengajar Meor Abdul Rahman.Mereka berlatih seperti orang berkelahi. Meor Abdul Rahman telah menggunakan pengetahuannya dalam Silat Seni Gayong, hingga menyebabkan Ali tewas. Ali telah mengadu hal tersebut kepada Sudin.

“Dia ni pendekar…kami sepak 3-4 orang tak boleh jatuh…” adu Ali kepada Sudin.

“Betul ke? Biar aku cuba pula…” tanya Sudin.

Mengetahui rahsia Meor Abdul Rahman, Sudin berhajat untuk bersemuka dengan Meor Abdul Rahman dan ingin menguji setinggi mana ilmu silat yang ada pada Meor Abdul Rahman. Oleh kerana keadaan gelanggang yang sempit, Meor Abdul Rahman mengambil sikap bertahan dahulu. Setiap pukulan Sudin sekadar dielak sahaja. Apabila dirasakan Sudin bersungguh-sungguh mahu mengalahkannya, maka Meor Abdul Rahman pun menggunakan kepakarannya dalam Silat Seni Gayong sehingga menyebabkan tunggang-langgang Sudin dikerjakannya. Sebaik melihat kejadian tersebut, anak-anak murid Sudin pun habis bertempiaran lari lintang pukang menyelamatkan diri. Ketika Meor Abdul Rahman ingin menghentak Sudin yang tertiarap dengan tumit, anak-anak muridnya telah menjerit untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

“Sudah! Sudah! Jangan pukul lagi. Kamu ni pendekar. Ini bukan tempat kamu untuk belajar. Kami punya pelajaran tak sampai macam kamu…”

Sudin lalu memulangkan semula wang pengeras Meor Abdul Rahman tetapi ditolak dengan baik oleh Meor Abdul Rahman. Sudin lalu bertanya kepada Meor Abdul Rahman mengapa beliau masih ingin berguru dengannya sedangkan beliau memiliki ilmu persilatan yang cukup tinggi. Meor Abdul Rahman mengatakan bahawa menurut pesanan Syed Zainal, datuknya, kalau beliau kalah dalam pertarungan, beliau bolehlah terus belajar silat daripada guru yang mengalahkannya. Tetapi jika beliau menang, beliau tidak perlu belajar lagi kerana beliau akan dikhatamkan oleh orang ghaib. Meor Abdul Rahman sebenarnya mencari mana-mana guru yang dapat mengkhatamkannya.

Meor Abdul Rahman semakin serasi dengan corak kehidupan di pekan Kuala Nerang. Walaupun tidak seperti di Taiping, beliau merasakan pemergiannya ke pekan itu memiliki satu hikmah besar dalam meneruskan cita-citanya memburu “orang ghaib” seperti yang diceritakan oleh datuknya.

PENGEMBARAAN KE MENAM

Di pekan Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman telah berkenalan dengan seorang perempuan tua berpakaian lusuh, yang menjual burung serindit. Apabila mengetahui perempuan tua tersebut berasal dari Menam, yang terletak dekat sempadan Siam, Meor Abdul Rahman mula mencari jalan bagaimana beliau boleh mengikut perempuan tua tersebut balik ke Menam. Secara senyap-senyap, tanpa pengetahuan kekandanya Hendon dan abang iparnya, Zainal Abidin, Meor Abdul Rahman dengan berbekalkan raifal dan sepucuk pistol milik abang iparnya, dan ditemani oleh Mata-mata Bakar bin Osman telah mengikuti perempuan tua yang dikenali dengan nama Tok Mek Jah itu pulang ke Menam.

Jarak perjalanan antara Menam dengan pekan Kuala Nerang adalah sangat jauh. Tidak ada sebarang pengangkutan kecuali berjalan kaki selama beberapa hari. Dari Kuala Nerang, mereka menempuh Padang Terap sebelum berhenti di Padang Sanai. Dari Padang Sanai mereka meneruskan perjalanan ke Kuak. Di Kuak, Meor Abdul Rahman menumpang di rumah ketua kampungnya, Lenchon.

Selama dua hari Meor Abdul Rahman berada di Kuak. Makan minumnya diuruskan oleh Lenchon. Walaupun beliau sudah mula mempunyai ramai kenalan, namun selok-belok kehidupan di perkampungan Siam itu dirasakan masih asing. Suatu ketika, kerana sudah tidak tahan untuk membuang air besar(setelah ditahan selama dua hari), Meor Abdul Rahman pun meminta izin kepada Lenchon untuk pergi ke sungai bagi melepaskan hajatnya itu. Ketika beliau berada di atas sebatang titi untuk membuang air besar, tiba-tiba meluru berpuluh-puluh ekor babi hutan ke arah Meor Abdul Rahman. Meor Abdul Rahman telah disondol hingga terjatuh ke dalam sungai. Selepas memakan najis-najis yang terdapat di situ, babi-babi hutan tersebut pun melarikan diri ke dalam hutan.

Perjalanan Meor Abdul Rahman masih tidak berpenghujung. Cerita-cerita menarik tentang kehidupan di Menam semakin menyemarakkan minatnya untuk ke sana. Baginya, jauh perjalanan luas pandangan. Walaupun beliau sudah merasakan tentang azab dan sengsaranya ketika menempuhi perjalanan ke Kuak dari Padang Sanai dahulu, namun kini beliau bertekad untuk ke Menam pula.

Pertemuannya dengan Tok Choh di Kuak semakin membakar semangatnya untuk meneruskan perjalanan ke Menam. Empat hari empat malam berjalan kaki barulah sampai ke Menam. Selama empat hari di Menam, Meor Abdul Rahman telah menjadi anak angkat kepada keluarga Tok Choh dan menginap di rumah Tok Mek Jah. Dinding rumah penduduk Menam termasuk dinding rumah Tok Mek Jah diperbuat daripada kulit-kulit binatang. Sewaktu di Menam, Meor Abdul Rahman bersama-sama dengan Bakar sering menghabiskan masa mereka dengan keluar memikat burung serindit kerana
harganya ketika itu sangat mahal (seekor burung serindit boleh mencapai harga di antara RM 3 – RM 5 seekor). Setelah empat hari di Menam, Meor Abdul Rahman meminta diri untuk pulang ke Kuala Nerang untuk menemui abang iparnya Zainal Abidin.

Selepas beberapa hari di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan untuk pulang ke Taiping bagi menemui keluarganya. Beliau telah menceritakan segala pengalaman yang dilalui beliau kepada kekandanya Meor Abdul Aziz. Meor Abdul Aziz juga tertarik untuk ke sana. Tanpa pengetahuan sesiapa termasuk abang iparnya Zainal Abidin di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman dan abangnya Meor Abdul Aziz telah pergi ke Menam. Kedatangan mereka ke Menam semula telah mengejutkan Tok Choh dan Tok Mek Jah. Di Menam mereka menghabiskan kebanyakan masa dengan keluar berburu binatang. Meor Abdul Rahman pernah bertanyakan kepada Tok Mek Jah berkenaan sebuah bukit yang terletak di dalam hutan Menam. Menurut Tok Mek Jah, tempat tersebut bernama Lam Goh. Meor Abdul Rahman bertanyakan Tok Mek Jah sama ada beliau boleh pergi ke kawasan bukit tersebut. Menurut Tok Mek Jah, kawasan bukit itu agak “keras” dan Tok Mek Jah keberatan untuk melepaskan Meor Abdul Rahman ke sana.

“Kamu tak boleh pergi ke sana. Di situ tempat kawalan pendekar. Kalau nak pergi juga, aku tak boleh hantar” jelas Tok Mek Jah.

bersambung…

Filed under: sejarah

lagenda seorang mahaguru


 

MEOR ABDUL RAHMAN

Sewaktu bonda beliau melahirkannya, ada benda yang seakan-akan cacing tetapi panjang(ular?)keluar mengiringi kelahirannya. Ayahanda beliau mengambil cacing tadi lalu menyimpannya di dalam tempurung kelapa. Kelahiran Meor Abdul Rahman disambut dengan hujan yang turun mencurah-curah. Pada malamnya, bonda beliau telah bermimpi diberitahu oleh suara ghaib supaya melepaskan cacing(ular?) tersebut ke laut melalui Teluk Kertang dekat Matang. Seminggu kemudian bonda beliau bermimpi lagi, kali ini suara ghaib menasihati bonda Meor Abdul Rahman agar jangan risaukan tentang perihal cacing tersebut. Cacing itu adalah kembar anakanda Meor Abdul Rahman. Ia sebenarnya adalah naga “di lautan sana bercula tujuh, di lautan sini bercula se(satu)”.
 
“Kamu janganlah susahkan aku. Aku cuma mengiringkan kamu semasa melahirkan anak. Aku kembar dengan anak kamu. Akulah naga bercula tujuh. Di lautan sini aku bercula sa (satu). Aku kembaran dia…”
 
Mengikut kata bondanya juga, itu adalah tanda yang Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar besar pada suatu masa kelak.
 
Semasa kecilnya, Meor Abdul Rahman memang seorang anak yang nakal dan tahan lasak. Kenakalan beliau ini menyebabkan beliau sering menjadi mangsa rotan ayahandanya. Ayahandanya memang seorang yang garang dan bengis. Kerana kenakalannya inilah menyebabkan beliau lebih menonjol daripada adik-beradiknya yang lain. Beliau juga lebih rapat dengan bondanya kerana bondanyalah yang sering mempertahankan tindakan Meor Abdul Rahman apabila ayahandanya ingin menghukum kenakalannya. Pernah suatu ketika, Meor Abdul Rahman telah melarikan diri kerana dikejar oleh ayahandanya Daing Uda Mohd.Hashim. Meor Abdul Rahman telah menyorok di dalam tong dram berisi air dan berpenutup. Dari dalam tong dram tersebut beliau telah memasang telinga mencuri-curi dengar perbualan di antara ayahanda dan bondanya. Setelah puas mencari Meor Abdul Rahman di serata kawasan rumahnya, Uda Mohd.Hashim lalu dimarahi oleh Sharifah Aluyah kerana bertindak terlalu garang terhadap Meor Abdul Rahman sehingga menyebabkan Meor Abdul Rahman “hilang” dari rumah. Uda Mohd.Hashim lalu berkata,
 
“Saya bukannya tidak sayangkan Man tu. Siapa yang tidak sayangkan anak? Cuma Man tu degil sedikit berbanding anak-anak yang lain. Sebab itulah saya terpaksa merotannya untuk mengajar(mendisiplinkan) dia…”
 
Sebaik sahaja mendengar penjelasan ayahandanya tersebut, Meor Abdul Rahman pun bingkas keluar dari tempat persembunyiannya di dalam tong air dan berlari mendapatkan ayahandanya.
 
“Man di sini ayah! Man di sini ayah!…” jerit Meor Abdul Rahman.
 
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, sebaik sahaja kelibat Meor Abdul Rahman dilihat oleh Uda Mohd.Hashim, Uda Mohd.Hashim lalu merotan Meor Abdul Rahman, sebagai usaha untuk mendisiplinkan anakandanya tersebut.
 
Kenakalan Meor Abdul Rahman diperhatikan setiap masa oleh datuknya Engku Syed Zainal Al-Attas. (Meor Abdul Rahman bersekolah di Sekolah Melayu Taiping dan di English School Kamunting di Taiping, sehingga ke peringkat Junior Malay Class. Di sekolah menengah, Meor Abdul Rahman aktif dalam persatuan berpakaian seragam, iaitu pengakap. Beliau sering mengikuti jambori pengakap yang diadakan di negeri Perak. Selepas tamat Junior Malay Class, Meor Abdul Rahman kemudian menyambung persekolahannya di Government Trade School di Ipoh). Syed Zainal dapat melihat secara firasat bahawa suatu masa nanti Meor Abdul Rahman akan mewarisi ilmu kependekaran yang ada padanya.
 
Walaupun beliau dilahirkan di tengah-tengah keluarga berdarah pendekar, ini tidak bermakna beliau sudah mempunyai kekuatan luar biasa serta ilmu persilatan yang tinggi. Disebabkan “darah pendekar” yang diwarisinya itu beliau kerap menjadi mangsa buli rakan-rakannya di sekolah, yang sengaja mahu menguji tahap keilmuannya dalam dunia persilatan. Setiap hari beliau akan dibuli, diherdik, diugut dan kadangkala dibelasah kerana kawan-kawannya menyangka beliau kebal seperti datuknya yang terkenal sebagai pendekar terbilang.
 
Beliau pernah dibelasah oleh 7-8 orang rakan-rakannya. Walaupun beliau belum mempelajari silat lagi pada ketika itu, beliau sering menang dalam setiap perkelahian yang dicetuskan oleh rakan-rakannya tersebut. Walaupun demikian, kerana sering sahaja dibuli, Meor Abdul Rahman seolah-olah patah semangat untuk meneruskan persekolahannya akibat tindak tanduk rakan-rakannya itu. Beliau mengadu kepada bondanya, Sharifah Aluyah mengenai sikap rakan-rakannya itu serta niatnya untuk berhenti sekolah jika hasratnya untuk mempelajari silat tidak ditunaikan. Walaupun datuknya, Syed Zainal itu seorang pendekar terbilang, malah saban hari ramai yang datang berguru, namun Meor Abdul Rahman tidak pernah diberi peluang untuk sama-sama belajar. Beliau terpaksa menyorok di bawah rumah mengintai datuknya bercerita tentang silat kepada anak-anak muridnya. Ibunya bersetuju untuk menyampaikan permintaan Meor Abdul Rahman kepada datuknya.

BERGURU DENGAN SYED ZAINAL AL-ATTAS

Ketika umur Meor Abdul Rahman 12 tahun, barulah beliau berpeluang berguru dengan datuknya iaitu Syed Zainal yang ketika itu sudah menjangkau ke usia 100 tahun lebih. Segala ilmu dan petua Silat Seni Gayong diperturunkan satu persatu oleh Syed Zainal Al-Attas. Hari berganti minggu, bulan berganti tahun, Silat Seni Gayong semakin sebati dalam diri Meor Abdul Rahman. Segala sepak terajang orang bersilat ditempuhi dengan hati yang tabah.
 
Meor Abdul Rahman mempelajari Silat Seni Gayong bersama-sama 40 orang rakannya di Kampung Pokok Assam, Taiping. Keluarga beliau berpindah ke Kampung Pokok Assam ketika usia beliau kira-kira 10 tahun. Kekandanya, Meor Abdul Aziz tidak ikut sama mempelajari silat kerana beliau lebih gemarkan aktiviti bermotosikal dan memiliki tiga buah motosikal.
 
Setelah tiga tahun berguru dengan Syed Zainal,kesemua rakan-rakannya telah dikhatamkan oleh Syed Zainal kecuali beliau seorang. Meor Abdul Rahman begitu kecewa dengan sikap datuknya yang tidak mengkhatamkan dirinya seperti rakan-rakannya yang lain. Beliau telah menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya sehingga digelar “buah yang tidak masak”. Beliau tidak tahu sampai bilakah datuknya akan “menggantungnya secara tidak bertali”.
 
Beliau lantas mengadu kepada bondanya. Kerana rasa kasih terhadap anakandanya tersebut, Sharifah Aluyah lalu bersemuka dengan ayahandanya Syed Zainal dan bertanyakan ayahandanya itu mengapa Meor Abdul Rahman tidak dikhatamkan sebagaimana rakan-rakannya yang lain. Sharifah Aluyah sanggup menawarkan seekor kambing untuk disembelih sebagai syarat untuk Meor Abdul Rahman dikhatamkan. Walau bagaimanapun, permintaan Sharifah Aluyah tidak dapat dipenuhi oleh Syed Zainal. Menurut Syed Zainal, beliau tidak boleh mengkhatamkan cucunya tersebut kerana masanya belum tiba lagi. Apabila masanya tiba kelak, Meor Abdul Rahman pasti akan dikhatamkan walaupun bukan oleh beliau,datuknya. Menurut firasat Syed Zainal, cucunya Meor Abdul Rahman akan dikhatamkan oleh orang ghaib di suatu tempat yang terletak di sempadan Siam – Tanah Melayu. Syed Zainal menyuruh Sharifah Aluyah menasihatkan Meor Abdul Rahman supaya menunggu sahaja ketibaan masa pengkhataman tersebut.
 
Penjelasan bondanya tersebut sedikit-sebanyak telah melegakan hati Meor Abdul Rahman, namun dia terus menanti-nanti masa yang disebutkan oleh datuknya itu. Ketika usianya sembilan belas tahun, beliau sudah pun mahir dalam segala aspek ilmu persilatan dan adat istiadat Silat Seni Gayong ini. Sebagai seorang anak muda yang sedang naik, Meor Abdul Rahman sering sahaja terlibat dalam peristiwa beradu tenaga dan sentiasa pula dapat menewaskan lawannya tersebut.

bersambung…

Filed under: sejarah

Rahsia Kebenaran Adolf Hitler 2..


Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi…saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua…

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?” Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung :

“Ada dua sebab

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab.

Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu. Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah.

Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet. Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler. Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam. Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German. ” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?” Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

p/s marilah kita sama2 merenungkannya..

Filed under: sejarah

botak chin..episod terakhir


Setelah bunyi tembakan telah reda, pihak polis mula memasuki ke dalam pejabat kilang papan tersebut, yang mana telah menjadi kubu bagi Botak Chin dan 2 orang kanannya. Apabila anggota polis memasuki pejabat itu, kelihatan 2 tubuh yang sedang terbaring kaku tak bernyawa lagi, dan tak syak lagi itulah orang kanan Botak Chin iaitu Pangkor Chai dan Ah Keong. Tetapi yang peliknya, Botak Chin masih tidak kelihatan, lalu ketua polis daerah Sentul masuk lagi ke dalam, dan tiba-tiba dia mendengar satu suara yang sayup-sayup memanggilnya, “sir, please help me sir”…Apabila dia menoleh, sahlah itu adalah Botak Chin yang sedang bersembunyi di bawah meja.. 

 
Tanpa berlengah lagi, ketua polis daerah Sentul tue pun menarik Botak Chin dari bawah meja terbabit dan terus menggari si penjenayah ini. Semasa ditemui Botak Chin dalam keadaan yang cedera kerana terkena beberapa das tembakan dan bersama-samanya dijumpai sebuah beg yang berisi lebih dari satu senjata api…Selepas itu Botak Chin telah ditahan selama setahun sebelum dia mengaku bersalah ke atas dakwaan yang disabitkan kepadanya dan hukumannya adalah hukuman gantung sampai mati di bawah undang-undang keselamatan Dalam Negeri (ISA)…

Berita penangkapan Botak Chin tersebar diseluruh Malaysia dengan cepat..warga polis yang terlibat dalam operasi itu telah diberi pujian oleh orang ramai..geng-geng botak chin yang masih selamat lari meninggalkan kuala lumpur kerana pihak polis masih lagi mencari saki baki ahli-ahli mereka..manakala yang masih setia pula,  mereka cuba mencari jalan untuk melepaskan bos mereka..walaupon botak chin telah ditahan..botak chin masih lagi mempunyai pengaruh diluar..dengan hasil rompakan yang masih ada, rakan-rakannya di luar telah melantik peguam bagi cuba melepaskannya..dari hari ke hari mereka terus bersabar..peguam yang dilantik cuba melakukan tugas terbaik..

 
Akhirnya peguam Botak Chin telah  membuat rayuan sehingga ke peringkat Privy Council dan kesnya dibicarakan semula pada 1 April 1980. Alasan peguamnya adalah hasil romplakan Botak Chin diberikan kepada orang susah dan orang miskin, adui yai. Itulah sebabnya Botak Chin nie gelarkan sebagai Robin Hood dikalangan penyokongnya..Botak Chin telah disuruh oleh peguamnya untuk berlakon menjadi gila semasa dalam tahanan..tetapi lakonannya tetap tidak menjadi..Oleh kerana jenayah yang dilakukan oleh botak chin terlalu berat  iaitu telah menyebabkan ramai orang yang merana dan sengsara. Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan telah menolak rayuan tersebut lalu  menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Botak Chin pada 16 Mei 1980…

Semasa berada di dalam penjara menunggu untuk digantung, Botak Chin pernah melakukan rusuhan serta pernah memukul dan menikam warden penjara Pudu. Ini adalah kerana rahsia Botak Chin untuk melarikan diri dari penjara Pudu telah terbongkar. Warden penjara telah menerima maklumat yang Botak Chin sedang mengumpul bahan-bahan untuk meletupkan penjara dan kemudian melarikan diri. Botak Chin mendapat bekalan seperti paku dan karbad melalui orang yang datang melawatnya secara beransur-ansur. Apabila warden mengetahui hal ini, warden penjara melakukan serbuan ke dalam bilik Botak Chin untuk mencari bahan-bahan letupan yang disembunyikannya..Jadi Botak Chin pun marahlah apabila barang yang dikumpulnya dirampas oleh warden, maka tercetuslah rusuhan…

 
Akhirnya pada 11 jun 1981, datanglah warden penjara ke bilik tahanan Botak Chin. Warden penjara menyarungkan kepalanya dengan kain hitam dan selepas itu di bawa menuju ke tempat hukuman akan dijalankan. Setelah Botak Chin telah berdiri tegak di atas platform hukuman gantung, tali gantung di masukkan ke kepalanya dan kemudian gear platform ditarik, Dum!! bunyi platform terbuka, lalu tubuh Botak Chin terjatuh ke bawah dan menyebabkan tali tadi menjerut leher Botak Chin sehingga patah. Kini tamatlah sudah riwayat penjenayah yang masih lagi muda tetapi sangat ganas dan telah menggemparkan negara kita dengan aksi jenayahnya sehingga menjadikan dirinya sebagai penjenayah paling dikehendaki oleh pihak berkuasa…

-TAMAT-

p/s  mengikut sumber maklumat dari dalam penjara..sebelum digantung mati, botak chin telah membuat permintaan terakhirnya iaitu mahukan tali gantung berwarna merah bagi menunjukkan kesetiaan dia terhadap geng kongsinya… 

Filed under: sejarah

botak chin…episod 4


Botak Chin terlalu gembira dengan serangan yang telah dilakukannya terhadap DSP Kulasingam, dia beranggapan riwayat pegawai polis yang memburunya telah tamat dan akan melemahkan semangat pasukan polis untuk terus memburunya, tetapi tanggapan Botak Chin terhadap kejayaan pada malam itu meleset sama sekali. Apa tidaknya, keesokan paginya.. terpampang di dada-dada surat khabar yang menyatakan DSP Kulasingam terselamat dari serangan Botak Chin dan hanya mengalami kecederaan kecil sahaja, dan perkara ini telah membuat Botak Chin tersangat marah, lalu di terajangnya seorang anak buahnya yang membawa perkhabaran berita gembira itu…

Serangan Botak Chin terhadap DSP Kulasingam, tidak langsung mematahkan semangat anggota polis yang memburunya, anggota polis tidak pernah gentar dan goyang terhadap penjenayah seperti Botak Chin ini. Gerakan memburu Botak Chin semakin diperhebatkan oleh PDRM pada masa itu…Setelah menjejaki Botak Chin selama hampir 4 bulan, pasukan polis khas yang ditubuhkan untuk mengintip dan menjejaki penjenayah ini berjaya menjejaki tempat persembunyiannya…

Pada 16 februari 1976 tarikh keramat ini telah menjadi saksi kepada pertempuran sengit diantara pasukan polis dan kumpulan penjenayah Botak Chin. Sebuah kilang papan di jalan Ipoh, Kuala Lumpur di syaki menjadi tempat persembunyian penjenayah keparat ini. Operasi khas telah di atur secara terperinci dan sebaik mungkin, pihak polis tidak mahu Botak Chin dan anggota kumpulannya lolos lagi…Setelah kegelapan malam telah bermula, polis mula bertindak bergerak secara senyap mengepung seluruh kawasan kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin…

Setelah menunggu beberapa lama, sebuah kereta Mazda putih muncul dalam kesunyian malam itu dan berhenti di hadapan kilang papan terbabit. Tiba-tiba 3 orang lelaki telah keluar dari kereta Mazda itu. Memang tak salah lagi, salah seorang lelaki itu adalah suspek yang diburu iaitu Botak Chin. Dia kelihatan tenang dan lengkap bersenjata masuk ke dalam kilang tersebut…Botak Chin mengarahkan beberapa orangnya berkawal di kawasan kilang sebagai langkah keselamatan…

Pihak polis dengan sabar menunggu peluang untuk melakukan serbuan ke kilang papan terbabit..orang-orang yang diharapkan oleh Botak Chin untuk mengawal keselamatannya leka dan lalai berbual  sesama sendiri.. Peluang keemasan ini digunakan sebaik mungkin oleh pihak polis untuk melakukan serbuan. 4 pasukan penggempur utama masuk dan pengawal yang diharapkan berkawal terkejut dan ramai yang lari lintang pukang, tetapi berjaya juga diberkas oleh polis…

Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) serta Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang sedang berehat di dalam pejabat kilang papan itu, mula menyedari kekecohan yang berlaku di luar kawasan kilang terbabit. Setelah mereka mempersiapkan senjata masing-masing, maka berlakulah pertempuran yang amat sengit pada malam tue. Untuk pengetahuan korang, pihak polis melepaskan hampir 500 das tembakan serta beberapa das gas pemedih mata dalam serbuan tersebut…

Manakala Botak Chin dan 2 orang kanannya membalas juga setiap kali mereka ditembak oleh pihak polis, dan selain itu turut membaling sebutir bom kepada pihak polis dalam drama tembak-menembak itu..Dalam pertempuran itu, Botak Chin telah ditembak di tangan dan kaki. Dia cuba bangkit dan merangkak untuk mendapatkan 2 orang kanannya, tetapi setelah dia menjumpai 2 pengikut setianya itu, jasad mereka tidak bernyawa lagi…

Pihak polis mengarahkan Botak Chin untuk menyerahkan dirinya jika tidak mahu nyawa melayang, dan akhirnya Botak Chin yang berada dalam keadaan yang kesakitan dan tersepit kerana pengikutnya  telah mati, dia mengambil keputusan menyerah diri kepada pihak polis…Dan pada malam keramat itu, pihak polis berjaya juga akhirnya menangkap hidup-hidup penjenayah yang mengelarkan dirinya ‘Robin Hood Malaya’ pada waktu itu…

Bersambung lagi

Filed under: sejarah

botak chin…episod 3


Sambungan episod 2…

 

Pada 20 Julai, Botak Chin meneruskan misi rompakannya. Pada misinya kali nie Botak Chin meletakkan sebuah bank di Jalan Imbi sebagai sasaran rompakannya. Pada rompakan itu, Botak Chin dan kumpulan berjaya melakukan rompakan itu dengan jayanya, yang mana wang sebanyak RM 95000 telah berjaya dilarikan dari bank terbabit..Setelah Botak Chin dan gengnya mengagih-agihkan wang hasil rompakan tersebut, Botak Chin telah mendapat RM 25000 sebagai bahagiannya dan duit hasil rompakan tue telah dia gunakan untuk mendepositkan sebuah kereta Datsun dengan deposit sebanyak RM 3600..

 

 

Dengan pengaruh yang ada Botak Chin dan rakan cuba melakukan serangan demi serangan terhadap geng2 lain bagi memperluaskan kuasanya..siri2 pergaduhan antara dia dan ketua2 geng lain menjadi perhatian pihak polis..Ini telah menjadikan namanya semakin digeruni oleh ketua2 lain..akibat dari pergaduhan yang sentiasa berlaku akhirnya mereka kekurangan sumber kewangan..akhirnya mereka telah merancang untuk melakukan satu lagi rompakan..

 

Drama siri rompakannya diteruskan dengan rompakan sebuah kuil Cina di jalan Kolam Ayer pula dijadikan sasarannya..Dia bukan merompak kuil terbabit tetapi orang yang bermain mahjung di dalam kuil tersebut. Dia telah berjaya mengebas sebanyak RM 10000 dan beberapa lagi barang berharga milik mangsa..

 

 

Akhirnya  Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur iaitu Deputi Superitendan S. Kulasingam mula cuba menjejaki Botak Chin dan kawan2nya…Semakin hari, pergerakan Botak Chin dan gengnya semakin sukar akibat diburu oleh pihak polis..Perkara nie telah menyebabkan Botak Chin semakin sukar mendapatkan senjata api. Botak Chin dan kawan-kawanya mencari jalan bagaimana untuk  mendapatkan senjata api. Akhirnya mereka nekad mendapatkan senjata api yang dimiliki oleh polis dengan cara menyerang mereka. Dia dan anggota kumpulannya kemudian merampas 3 pistol milik 3 orang polis yang sedang meronda kawasan jajahannya…Selain itu dia juga berjaya merampas senjata api milik seorang pengawal keselamatan di bar Sentul semasa melakukan rompakan di bar terbabit. Sewaktu melakukan rompakan di bar Sentul nie, dengan beraninya dia telah mencabar sesiapa saja yang berada di dalam bar tersebut untuk beradu pertarungan tembakan ala koboi.

 

Akibat rampasan senjata api milik anggota polis yang dilakukan oleh Botak Chin dan gengnya, pasukan polis terus mempergiatkan lagi usaha untuk menangkap si Botak Chin nie, dan pada bulan september Botak Chin  hampir berjaya diberkas oleh pihak polis. Botak Chin dan kawannya telah menaiki sebuah kereta Alfa Romeo dan pihak polis telah mengejar kereta tersebut dan adegan tembak menembak telah berlaku di antara pihak polis dan Botak Chin. Setelah dikejar hampir 3.2 km, Botak Chin dan kawannya telah memberhentikan kereta dan melarikan diri di kawasan setinggan di Segambut dalam. Botak Chin dan kawannya berjaya melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Volvo yang dirampas dari seorang doktor yang kebetulan berada di situ..Dalam tembak menembak itu, seorang kawan Botak Chin telah berjaya di tembak tetapi umurnya masih panjang dan berjaya melarikan diri bersama Botak Chin…Polis terus mempergiatkan operasi untuk memburu penjenayah Botak Chin ini, dan satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk memburu Botak Chin. Pasukan ini terdiri daripada anggota polis daripada daerah-daerah lain yang memang handal memburu dan menjejaki penjenayah..

 

Pada 25 september, pihak polis berjaya membunuh orang paling kanan dalam kumpulan Botak Chin iaitu, Chau Kuan (nama timang-timangannya Ah Kuan) di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi Botak Chin masih lagi tidak lagi gentar kepada pihak polis. Dia dan kumpulannya yang masih ada, telah melakukan rompakan yang paling terbesar. Sasaran mereka kali nie adalah wang yang akan dibawa ke sebuah kelab lumba kuda. Dalam rompakan ini, Botak Chin dan gengnya telah berjaya merompak RM 218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang tersebut.

 

Hasil agihan wang rompakan , Botak Chin telah memperolehi RM 40,000 dan dia telah pergi ke Thailand untuk membeli senjata api lagi. Kini senjata api milik Botak Chin ada 19 dan kira-kira 1000 peluru hidup…Bagaimanapun, kedudukan Botak Chin sebagai ketua mula terancam apabila ada yang cuba mencabarnya. Dia bertindak cepat dan beberapa hari kemudian, Tua Pui Lek (ketua geng Lima Jari Gunung) dan anggota gengnya sendiri, Ah Wong, ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang..(Ah Wong cuba merampas kuasa Botak Chin dan ingin membelot)..

Seorang demi seorang orang harapan Botak Chin pergi meninggal kan dia, sama ada dibunuh oleh pihak polis atau pun yang membelot…Seorang lagi orang kanannya, membunuh diri setelah di keping oleh polis di Jalan Alor dan perkara ini telah membuat Botak Chin sangat marah kepada polis.

Pada 22 November 1975, Botak Chin cuba membunuh Timbalan ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur iaitu DSP Kulasingam…Dengan menaiki sebuah kereta Datsun Hijau, serta lengkap dengan senjata, Botak Chin dan kawannya keluar pada malam tue bukan untuk membuat rompakan, tetapi untuk membunuh dan menghapuskan terus pegawai polis tersebut…Sebaik saja mereka menemui kereta yang dinaiki oleh DSP Kulasingam, mereka mengekori rapat kereta dipandu DSP terbabit untuk mencari peluang melepaskan tembakan…Sebaik saja tiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, mereka merapati kereta yang dipandu DSP Kulasingam dan melepaskan 18 das tembakan untuk membunuh Kulasingam…DSP Kulasingam tidak berpeluang untuk membalas tembakan tersebut, dia hanya mampu tunduk dan berdoa agar umurnya dipanjangkan….

 

Umur DSP Kulasingam masih dipanjangkan tuhan, apabila dia hanya terkena 1 tembakan sahaja pada masa itu, dan dia juga masih dapat memandu ke  Balai yang paling dekat dengan kawasan kejadian iaitu Balai polis Cheras. DSP Kulasingam hanya cedera ringan akibat serangan Botak Chin dan kumpulannya itu. Perkara itu menambah amarah Botak Chin dan menambahkan dendamnya kepada pihak polis. Walaubagaimanapun DSP Kulasingam tidak pernah gentar akan serangan itu dan dia tetap meneruskan buruan untuk menangkap Botak Chin dan kumpulan demi keamanan negara..

Bersambung…

p/s  teruskan lah mengikuti episod seterusnya..

Filed under: sejarah

botak chin…episod 2


Seperti yang gua janjikan, ini adalah sambungan kepada kisah penjenayah paling bahaya kat Malaysia pada era 70 an Botak Chin…Sesiapa yang belum baca episod 1..

 Setelah Botak Chin menyertai kumpulan kongsi gelap 360, dia mula terlibat dengan jenayah kecil-kecilan contohnya seperti mencuri. Maklum sajalah dia belum ada pengalaman, jadi dia hanya sekadar menjadi pengikut saja untuk menimba pengalaman dalam bidang jenayah nie..

Kira-kira beberapa tahun dia terlibat dengan geng 360 nie, dengan tidak di duga olehnya…ibu yang disayanginya pergi meninggal kan dirinya buat selama-selamanya, iaitu meninggal dunia… Setelah kematian ibunya, Botak Chin telah jarang pulang ke rumahnya dan dia lebih suka tidur di rumah kawan-kawan geng kongsi gelapnya dan perkara ini telah lebih memperbanyakkan pengalaman dan pengetahuanya dalam bidang jenayah nie..ini telah menjadikan beliau lebih agresif..

Akibat  terlalu sering berdamping dengan kawan-kawannya dia mula berasa kagum akan kehebatan kawannya sebagai gangster, lebih menambahkan rasa kagum dan anehnya apabila dia melihat pistol yang tersisip di pinggang kawannya, dia berasa seperti manusia yang paling berkuasa, walaupun pada masa tue dia belum ada pistol…

Dia telah menjadi perancang pada rompakan pertama dalam sejarah jenayah besarnya dengan menghasut tiga kawan karibnya, yang mana dua memiliki pistol pada 19 April 1969… Selepas kejayaan dari rompakan itu, Botak Chin telah memiliki pistol pertamanya iaitu jenis .22 Revolver.

Akibat gila kuasa akhirnya Botak Chin telah menubuhkan sebuah geng sendiri dan pada tahun itu Botak Chin dan gengnya telah berjaya melakukan 8 siri rompakan…Walau bagaimanapun, kegiatan jenayahnya ini berjaya dipatahkan dan geng yang ditubuhkan olehnya ditumpaskan  oleh pihak polis. Dia dipenjara selama tujuh tahun, dan sepanjang berada di penjara dia berusaha untuk menjadi seorang manusia…dan selepas tempoh hukumannya berakhir dia pun dibebaskan dari penjara pada tahun 1974.

Selepas dia dibebaskan, dia mencuba untuk menjadi seperti insan biasa, dia mula menceburi bidang perniagaan iaitu menjual sayur-sayuran…tetapi mungkin kerana tidak mempunyai rasa puas dan terlalu ingin cepat menjadi kaya, Botak Chin mula aktif kembali kepada aktiviti jenayah nie…

Botak Chin pun mulalah menubuhkan geng barunya dengan mengambil  anggota baru yang terdiri dari penjenayah yang kejam  dan boleh dikatakan otai jugalah dalam bidang jenayah nie.(Penjenayah pun ada ranking juga..) Antaranya ialah Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (She Chai).

Setelah mengatur strategi  bersama ahli kumpulannya, dia berasa masih ada lagi  kekurangan. Dia memang sedar akan kehebatan dan keberanian dirinya dan juga anak buahnya, sekadar nak patahkan tangan dan leher orang, tutup mata memanglah tak boleh buat apa-apa…tapi kalau buka mata memang senang-senang jer dia nak patahkan leher orang lain…Dia menyedari tak ada gunanya juga jika berani tahap singa dan handal bergaduh, tanpa senjata api…siapalah diri jika berhadapan dengan anggota polis yang lengkap bersenjata…

Lalu dia pun membeli 3 pucuk pistol di Thailand dengan bantuan rakan  jenayahnya di sana…Setelah menunggu hampir seminggu jugaklah untuk pistol Siam tue sampai ditangannya, akhirnya pistol yang ingin digunakannya untuk melakukan jenayah berada ditangannya. Dia tidak mahu lagi membuang masa, lalu dia memulakan siri rompakan yang pertamanya selepas dia dibebaskan dari penjara. Pada 2 Jun tahun 1975 sasaran rompakannya adalah sebuah pusat perjudian haram di Sentul dan dia telah berjaya mengkebas sebanyak RM5800!!…dan duit hasil rompakan itu tidak lagi digunakan untuk dia dan kumpulannya berenjoy dan bergumbira, sebaliknya dia menggunakan duit tersebut untuk membeli 8 lagi senjata api dan 100 butir peluru untuk mempersiapkan diri dan kumpulannya menjadi satu kumpulan kongsi gelap yang berkuasa di Malaya..Kini dia dan kumpulannya mempunyai 11 senjata api dan 100 butir peluru semuanya!!!

Botak Chin menjadikan sebuah kawasan lombong tinggal di Kepong sebagai lapang sasar. Botak Chin dan kumpulannya berlatih menembak di situ, anjing-anjing liar yang berkeliaran di kawasan itu menjadi sasaran mangsa tembakan untuk dia mempertajamkan skill dan teknik menembaknya…Botak Chin juga semakin hari semakin handal menembak, dia juga tidak berasa segan dan malu mempamerkan pistolnya dengan mensisipkan pistol dipinggangnya di Pasar Sentul…Orang ramai yang melihat Botak Chin dan pistolnya tidak berani melaporkan kepada polis kerana mereka semua khuatir akan dibunuh oleh Botak Chin dan konco-konconya…Dia merasa dirinya semakin berkuasa dan hebat kerana tiada siapa berani menentangnya…

 Bersambung… 

p/s  kita sambung lagi…

Filed under: sejarah

May 2017
M T W T F S S
« Apr    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 132,750 hits

Archives