mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

kl gangster…


Filem terbaru Sentuhan Syamsul Yusof, KL Gangster rancak jalani penggambaran untuk papar dunia kongsi gelap

KEJAYAAN filem box-office seperti Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2 yang menampilkan sedikit elemen gangsterism, mendorong pengarahnya, Syamsul Datuk Yusof Haslam untuk menghasilkan sebuah karya terbaru mengenengahkan 100 peratus kegiatan gangster, lalu terhasillah KL Gangster, buah tangan kelima daripada sutradara muda berbakat besar ini.

Bagi Syamsul, dia sebenarnya sudah lama menanti peluang dan merencana untuk menghasilkan karya yang berkisar gangsterism atau kegiatan kongsi gelap, namun hanya menjadi kenyataan selepas mengutip pengalaman daripada tiga filem aksi yang dihasilkannya sebelum ini. Kejayaan Evolusi KL Drift 2 memberi impak paling besar kepadanya apabila menerima maklum balas peminat, ramai yang menggemari watak Aaron Aziz sebagai gangster atau pengedar dadah berhati tegar!

“Akhirnya hajat saya untuk menghasilkan sebuah filem yang menampilkan 100 peratus elemen gangsterisme tercapai juga. Menerusi KL Gangster, saya cuba mengupas dan menyelongkar kegiatan kongsi gelap secara lebih mendalam. Namun, tidak dinafikan, idea pembikinan KL Gangster dipengaruhi filem aksi dari Hong Kong seperti Young & Dangerous.

“Pun begitu, pengalaman menghasilkan tiga filem aksi sebelum ini banyak membantu mengembangkan idea supaya KL Gangster nampak lebih segar daripada sudut persembahan dan jalan ceritanya. Lagipun belum ada filem kita yang memaparkan genre aksi yang berkonsepkan gangsterisme atau kongsi gelap 100 peratus, justeru saya mengambil kesempatan ini untuk memberi lebih variasi kepada penghasilan karya tempatan.

“Sebelum ini Evolusi KL Drift memaparkan aksi perlumbaan dan kejar mengejar menggunakan kereta drift, sebaliknya KL Gangster lebih memberi fokus kepada babak pergaduhan atau street fighter. Filem ini memberi penekanan kepada gejala negatif seperti kongsi gelap, pengedaran dadah dan pil khayal, aktiviti pelacuran serta perebutan kawasan jajahan samseng yang menjadi tanda aras dunia gangsterisme di negara ini,” kata Syamsul ketika ditemui di sebuah pusat hiburan di Ampang Park, Kuala Lumpur, yang dijadikan lokasi penggambaran KL Gangster, Selasa lalu.


Namun, Syamsul mengakui pihaknya sudah bersedia sekiranya KL Gangster diklasifikasikan sebagai 18PL oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) apabila filem berkenaan menemui penonton selewat-lewatnya awal 2011. Dia menambah, hanya berdasarkan tajuk filemnya saja, ia berkemungkinan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Katanya lagi, dia sekurang-kurangnya mampu menghela nafas lega apabila skrip KL Gangster mendapat kelulusan daripada pihak polis apabila mereka turut memberi khidmat nasihat supaya penghasilan filem yang berteraskan kongsi gelap itu tidak keterlaluan dan bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat tempatan.

“Apa yang dipaparkan menerusi KL Gangster hanyalah sebahagian daripada realiti gangsterism, bukannya 100 peratus aktiviti sebenar kongsi gelap.

“Namun, risikonya tetap ada. Apabila saya menggunakan judul KL Gangster, khuatir juga ada pihak yang mungkin beranggapan bandaraya seperti Kuala Lumpur dipenuhi dengan gangster dan tidak selamat dikunjungi.

“Namun, pembikinan KL Gangster hanya sebuah karya rekaan semata-mata untuk tujuan hiburan, justeru saya amat berharap orang ramai akan berfikiran terbuka,” katanya lagi.

Akui Syamsul, kesukaran pembikinan filem ini lebih menjurus kepada penggunaan dialog kerana kebanyakan pelakon melontarkan kata bual menerusi slanga orang Cina, selain watak dibawakan Aaron dan Adi yang sering bergaduh, kerap mengundang kecederaan seperti bengkak badan, terseliuh dan luka kecil. Namun, penggambaran terpaksa diteruskan juga apabila mereka terpaksa diurut di lokasi sekiranya berlaku kecederaan.

INFO: KL Gangster
GENRE: Aksi drama
TERBITAN: Skop Productions Sdn Bhd
PENGARAH: Syamsul Datuk Yusof Haslam (filem kelima arahannya)
PENOLONG PENGARAH: Rizal Ashreff
SKRIP: Syamsul dan Rizal
PENGARAH FOTOGRAFI: Omar Ismail
PENGURUS PRODUKSI: Isma Reza dan Nasrul Afifi Mohd Nayan
KAREOGRAFI AKSI: Mohd Razif Salimin
TEMPOH PENGGAMBARAN: 9 Jun 2010 hingga 15 Julai 2010
LOKASI: Sekitar Kuala Lumpur & Melaka Bandaraya Bersejarah
PELAKON: Aaron Aziz sebagai Malik, Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati)
KOS PRODUKSI: sekitar RM1.8 juta
JANGKA TAYANG: Awal 2011.

Advertisements

Filed under: filem

drama mesti tonton..


Tangkal Besi

drama arahan ni Saw Teong Hin mengisahkan penjenayah terkenal pada era 70an iaitu botak chin..drama ini telah di barisi pelakon terkenal Aaron Aziz, Vanidah Imran, Hasnul Rahmat, Radhi Khalid, Bront Palare..walaupon drama ini mengisahkan tentang botak chin tetapi nama, watak, tempat dan lokasi kejadian telah diubah oleh pengarah..

drama ini berkisahkan tentang ah huat (muniff isa) yang terpaksa melalui liku2 kehidupan bersendirian selepas kematian ibunya..selepas berjaya melarikan diri dari rumah akhlak/sekolah juvana, ah huat nekad mencari kehidupan di kuala lumpur..di sana dia mula bekerja di pasar , akibat mendapat gaji yang sedikit dan ditipu dia mula terlibat dengan aktiviti jenayah secara sendirian dan telah menaggotai kongsi gelap..dengan pengaruh yang ada ah huat telah berkerjasama dengan beberapa rakan yang kerja di pasar untuk melakukan siri rompakan sehingga beliau di tangkap..

selepas dibebaskan semula, ah huat telah berjumpa dengan ah meng dan ah keong iaitu rakan lamanya semasa di rumah akhlak dahulu..dengan pengalaman yang ada mereka telah menubuhkan geng baru bersama dengan penang kia dan dibantu oleh payung darwis dan rimaumas untuk menguasai kawasan disana..dengan bantuan rimaumas mereka berjaya mendapatkan senjata api dari thailand..dari situlah kegiatan mereka bertambah ganas dan perebutan kawasan diantara ketua2 kongsi lain… 

bagi peminat cerita yang berunsurkan biografi, drama ini pada saya wajib ditonton..lakonan muniff isa yang memegang watak utama harus dipuji kerana berjaya melakokankan watak seorang penjenayah  yang berbangsa cina dan kefasihan beliau bertutur dalam bahasa cina dengan lancar..drama ini akan ditayangkan di astro prima dan astro citra..

p/s   drama ni best!!

Filed under: filem

dvd borink2 tapi layan..


Rebellion

(tung moon)

filem ini mengisahkan konspirasi dalaman yang telah dicipta oleh pihak polis bagi menghapuskan satu family kongsi gelap di hong kong. filem ini adalah hasil buah tangan dari pengarah terkenal iaitu herman yau. cerita ini bermula dengan ketua 5 kawasan iaitu jimmy lakonan yuen leung poon yang telah di tembak, semasa beliau dalam keadaan koma isteri jimmy iaitu cheung wah(ada choi) telah melantik orang lepercayaan suaminya iaitu  po(shawn yue) sebagai pengganti jimmy buat sementara waktu, ini telah menyebabkan orang kanan jimmy  iaitu blackie(chapman to) amat marah!!!

walaupon terpaksa menjadi pengganti jimmy buat sementara waktu,  po juga telah ditugaskan untuk mencari penembak  jimmy atas arahan cheung wah. dalam satu malam sahaja perebutan kuasa antara 5 ketua kawasan yang cuba mengambil alih tempat jimmy telah dilakukan yang diketuai oleh blackie… so saksikanlah filem ini..best beb!!

apa yang aku nak puji filem ini ialah dalam 1 malam sahaja 1 family porak peranda hanya kerana berebutkan pangkat…so jom layannnnn………..

Filed under: filem

Evolusi KL Drift II…


Filem arahan syamsul yusof pada aku kali ni best!!..tetapi yang membuatkan aku lagi respect filem ini adalah kerana aaron aziz berjaya melakonkan watak joe dengan amat berkesan sekali..haha wa respect sama lu bro!!..

filem ini mengisahkan zack (syamsul yusof) dan syam (farid kamil) yang dalam proses untuk mencipta nama dalam dunia drift..kira nak jadi drift king la..tapi yang berjaya hanya zack sahaja memandangkan syam sudah kehilangan keupayaan kakinya akibat kemalangan hasil perbuatan joe (aaron aziz) dalam filem yang lepas..

joe yang telah terselamat dari kemalangan dahulu nekad untuk membalas dendam bersama ery (shaheizy sam) terhadap zack kerana mengakibatkan karl di tahan polis.. dan dalam masa yang sama mereka berdua bergelut dengan kongsi gelap2 yang lain untuk menguasai perniagaan dadah di seluruh kl..

filem ini turut di barisi oleh scha al-yahya sebagai aleya , remy ishak sebagai inspektor kamal dan juga penampilan istimewa adam corrie..kali ini syamsul yusof berjaya menyusun jalan cerita dengan lebih kemas dari filem terdahulu manakala aksi2 pergaduhan dan kejar mengejar berjaya membuatkan filem ini setaraf dengan filem hong kong..cuma yang aku agak kecewa kenapa watak2 jahat di matikan..hrmmm

bagi peminat filem2 aksi..ini adalah filem yang mesti anda tonton!! kerana saya percaya filem ini tidak akan menghampakan anda walaupon filem ini ada sedikit persamaan dengan filem FAST & FURIOUS tokyo drift tapi filem ini ada kelainan tersendiri dan telah berjaya membuktikan malaysia adalah salah satu negara yang mempelopori sukan drift di rantau ini..

untuk syamsul yusof  kami semua mengharapkan anda tidak sia2 kan bakat anda sebagai pengarah muda yang berjaya..tapi aku rasa kalau kau tak jadi hero dalam filem lepas ni  pon ok jugak sebab boleh lah dapat memberi 100% komitmen untuk mengarah.. 😉

p/s kalau ada cerita pasal joe kan best!!..psl dia manyak langsi maa..


Filed under: filem

DVD mesti tonton pada hari minggu..


1) shijuku incident

(san suk si gin)


filem ini adalah arahan jackie chan dan di lakonkan oleh beliau sendiri bersama daniel wu , naoto takenaka , masaya kato.  cerita ini mengisahkan bagaimana etnik cina yang telah  berhijrah ke  negara jepun bagi memperbaiki kehidupan mereka di bandar shinjuku. aku tidak pasti sama ada cerita ini ‘based on true story’ atau tak. tapi apa yang best dengan cerita ini buat pertama kalinya jackie chan tidak mengunakan skill kung-fu nya.  malah cerita ini menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi bagi  menentang kekejaman yakuza keatas mereka. dengan  semangat melawan mereka, akhirnya mereka di beri kepercayaan untuk menjaga kawasan mereka sendiri..

filem ini juga ada menunjukkan bagaimana mereka cuba mendominasi ekonomi di bandar tersebut walaupon terpaksa melanggar undang2. unsur2 percintaan, dendam, setiakawan & pengkhianatan  dalam cerita ini menjadikan filem ini penuh dengan emosi. bagi penggemar filem ala2 mafia ini adalah filem yang sesuai untuk anda..

p/s filem ni aku tengok 5-6 kali pon tak bosan beb.. 😉

2) turning point

(laughing gor)

filem ini mengisahkan laughing(michael tse) sebagai seorang ahli kongsi gelap yang di ketuai oleh yie lakonan (anthony wong). yie telah menganggap laughing seperti adik kandung sendiri, tapi oleh kerana yie banyak menjalankan aktiviti haram dia telah mengarahkan laughing untuk sertai polis bagi memberi maklumat2 dalaman kepadanya..senang cerita, nak coverline la nih..

tapi lain yang dirancang lain yang jadi..selepas laughing sertai polis, dia diarahkan oleh pula inspektor xien (yuen biao) untuk menjadi undercover polis sebagai ahli kongsi gelap..haha pening nih dah jadi double undercover plak..ini telah mengakibatkan laughing hilang arah kerana nyawanya menjadi percaturan dalam game giler ni..dalam masa yang sama dia telah menjadi buruan kedua-dua pihak..yang lebih mengeruhkan keadaan dalam unit polis hanya inspektor xien sahaja tahu yang laughing adalah polis..


 dalam filem ini  kita boleh lihat konflik antara polis dan kongsi gelap..memandangkan ramai anggota-anggota polis yang telah di kongsi gelap kan untuk membendung jenayah..dan masihkah laughing masih setia bersama dengan yie??..korang saksikanlah sendiri..


 

p/s dalam kehidupan gelap ini jangan percaya pada sesiapa pon..

 

Filed under: filem

December 2017
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 134,511 hits

Archives