mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

buat ahli-ahli yang berbai’ah..


Saya selaku ahli baiah yang berpangkat Abang Long ingin menegur diri saya dan juga semua ayahanda yang di bai’ah.

Dewasa ini kita lihat ramai ahli kita sudah jauh terpesong. Melakukan maksiat bukan menjadi satu larangan buatnya. Di mana badan bertidak yang sudah di lantik? Tidur nyenyak di buai maksiat atau sudah lama berkubur tanpa nisan. Sedih yang teramat.

Sejak kematian Pak Long Burung, tentera-tentera 30 seolah-olah menjadi retak seribu.

Memang Pak Long Burung juga bukan Ayahanda yang hebat, seperti Ayahanda Nik Aziz dan juga Ayahanda Harun Sani mufti perak. Tetapi titik tolak ini berlaku sejak dari itu. Seolah-olah pintu kambing sudah dibuka. Banyak sungguh serpihan 30 di tubuhkan. Mula dengan Pekida, Sahabat dan sekarang ini geng panji hitam pula. Memang atas kertas, perjuangan nampak baik. Sufi sungguh. Tapi hakikatnya, hancur dan jijik.

Sebagai Ayahanda, abang long, kita ini tergolong dalam golong terawal merentas titian siratul mustakim. Tidak takutkah kita. Ayahanda yang asalnya hanya ada 16, tapi kini sudah beribu. Di Melaka saja sudah dengar ada 77 orang ayahanda. Agaknya pangkat ayahanda ni boleh jual dekat pasar malam.

Kita bukan berjuang untuk pangkat. Bukan untuk harta dan kuasa. Tapi Alif,baa,taa. Apa butakah kita sampai tak lihat mana yang baik, mana yang tidak. Sudahlah tidak membanteras kejahatan, tapi menepuk dada seolah-olah perwira bangsa. Lakanatullah Ayahanda seperti ini. jangan di cium tangannya sebagai ayahanda. Munafik kamu!

Setakat pakai songkok, berjalan diiring oleh pengikut, menyalak seperti anjing, sudah di panggil Ayahanda perwira. Munafik kamu!!!

Sebagai ayahanda, kamu ketua. Harus tunjuk ahklak yang baik. Jadi orang yang menjadi contoh baik. Kalau dulu kamu kaki tonggang arak, berubahlah jadi orang yang memegang biji tasbih. Jadi pemikir idealogi yang baik. Membantu anak-anak bangsa supaya menjadi baik. Bukan bila sudah jadi ayahanda makin mahal arak di tonggangnya.

Saya menyeru seluruh ahli bai’ah yang sebenar,yang berjanji akan dilaknat oleh Allah jika melakukan kemungkaran. Sama-sama kita berdoa, hapuskanlah sifat jahat di dalam persatuan 30 ini, jika ada yang masih mengamalkan kemungkaran, insafkanlah mereka, dan jika mereka degil, laknat saja mereka.

Pemutihan harus bermula dari peringkat Ayahanda!!!

p/s sama-sama kita renungkan

Filed under: jalan fisabilillah

insiden berdarah di kota mekah..


Sebuah entry serius penuh dengan sejarah. Jika anda kurang gemar penulisan berbentuk sejarah saya sarankan anda semua pergi ke blogserius sekarang kerana entry ini bakal membuatkan anda koma akibat kebosanan diikuti radang paru-paru dan septicemia.

Tahukan anda pada tahun 1979 muncul seorang lelaki Arab yang mengaku dirinya Imam Mahdi. Lelaki ini bernama Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani. Dengan bantuan adik iparnya Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi dan 500 penyokong kuat ,mereka menyerang Masjidil Haram dan mengambil ratusan jemaah haji sebagai tebusan. Ini ialah insiden berdarah melibatkan militan islam pertama dalam sejarah kota Mekah.

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi cool beard

hahha

KENAPA?

Persoalan pertama yang pasti berlegar dalam minda kamu ialah kenapa kumpulan militan ini menyerang Masjidil Haram? 20 November 1979 ialah hari yang cukup bersejarah pada kota mekah. Tidak pernah dalam sejarah islam masjidil haram dijadikan medan pertempuran bersenjata. Pada hari tersebut .Shit. Rasa skema taik lak tulis camni. Mari ubah gaya penulisan supaya lebih ranggi!

Juhaiman ialah seorang pengikut fanatik fahaman wahhabi. Masa tu dia percaya yang kesemua ketua kerajaan islam didunia adalah korup dan proksi kepada kuasa barat terutanya Amerika. Bersenjatakan fahaman keras Wahhabi beliau percaya keluarga diraja Al Saud harus disingkirkan. Mengikut Juhaiman didalam islam tidak ada provisyen untuk kewujudan kuasa Sultan atau Raja-Raja. Dengan kata lain bagi beliau sistem kesultanan ialah bullshit. Bila difikirkan ada betulnya pendapat dia. Zaman nabi dulu mana ada Sultan. Nabi sendiri hanya rakyat biasa yang menjadi ketua sebuah negara. Selain daripada itu Juhaiman mahukan islam kembali kearah lebih “keras” dan “original”. Dalam bahasa mat sallehnya dia mahukan islam Wahhabi yang puritanical dilaksanakan di si seluruh dunia. PAda zaman tu kita belum diperkenalkan dengan perkataan “fundamentalist”. Tapi by all account Juhaiman is the first ever armed fundamentalist in modern Islamic history.

SERANGAN AWAL PAGI

Pada 20 November 1979 Juhaiman executed his plan. Hari ini dipilih kerana ianya jatuh pada hari pertama 1400 Hijrah. Ada sesetengah pihak yang percaya pada ramalan yang Imam Mahdi akan muncul pada hari itu. Selepas habis solat subuh Juhaiman dan konco-konconya menyerang Masjidil Haram. Sebelum serangan dibuat beliau menyenbunyikan senjata dan bekalan makanan didalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata untuk serangan keatas Masjidil Haram dicuri dari depot senjata Natioanal Guard negara Saudi. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau pernah bertugas didalam National Guard selama 18 tahun. National Guard adalah tentera peribadi keluarga diraja bagi mengimbangi kuasa Pasukan Pertahanan Arab Saudi.

Serangan keatas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja tamat. Setelah orang-orang Juhaiman berjaya mengunci semua pintu keluar masuk masjid, beliau mengambil jemaah haji yang terperangkan sebagai tebusan. Juhaiman kemudian mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Mekkah. Selain daripada itu beliau mahukan export minyak ke Amerika dihentikan dan pengusiran semua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab.

Masjidil Haram Meletup

hahha

KEPUNGAN BERMULA

Pada awalnya pihak National Guard dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram. Kereta kebal cuba merempuh pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu yang digunakan. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper. Akibatnya pihak Saudi berhenti dari cuba masuk.

Disamping itu ada permasalah besar tentang penggunaan senjata api didalam perkarangan Masjidil Haram. Pihak Ulama’ Saudi pada awalnya menghalang pengguanaan senjata kerana ia bakal mencemarkan kesucian Kaabah. Tetapi atas desakan kerajaan, akhirnya Ulama’ Saudi mengeluarkan fatwa membenarkannya.

Setelah usaha awal mereka gagal kerajaan Saudi terpaksa meminta bantuan pasukan anti keganasan GIGN dari Peranchis. Tiga orang anggota GIGN secara rahsia memeluk islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam tanah haram Mekah. Walaupun mereka “masuk islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Saudi bagi menutup malu kegagalan mereka menamatkan pengepungan.

3 orang ahli GIGN yangmasuk islam

hahha

PEMBEBASAN TEBUSAN

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan persembunyian pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri mereka akan menjatuhkan kabel bervoltan tinggi kedalamnya! Rancangan ini ditolak kerana boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

Kesan selepas pembebasan

hahha

Pada 4 Desember 1979 selepas dua minggu, insiden pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan. Mengikut pihak berkuasa hanya 127 orang terbunuh dan 451 tercedera. Ini termasuk tebusan, ahli pasukan pertahanan dan pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan pengikut-pengikut lelaki yang masih hidup dijatuhkan hukuman pancung sehingga mati.

Imam Mahdiselepas dipancung

hahha

KESAN JANGKA PANJANG

Ketika serangan dilakukan Masjidil Haram sedang dalam proses ubah suai. Kerja pengubahsuian dilakukan oleh Syarikat Pembinaan Binladin. Yep. Ianya syarikat kepunyaan bapa Osama Ben Laden! Ramai umat Islam emosi dengan apa yang berlaku di masjidil haram. Keengganan pihak Saudi memenuhi permintaan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid dipandang sebagai keputusan menyebelahi Amerika. Akibatnya kedutaan Amerika di Pakistan dan Libya dibakar oleh penunjuk perasaan. Demonstrasi juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga Al Saud membuktikan yang mereka hanyalah boneka Amerika.

Insiden ini juga membakar semangat Osama ben Laden untuk menjadi pejuang Islam dimasa hadapan. Year later Osama akan diusir dari Arab Saudi atas kelantangannya mengkritik keluarga Al Saud. The rest as we know it is history.

di petik dari : ”mr.obifiend”

p/s   apa yang terjadi kita jadikan iktibar..

Filed under: jalan fisabilillah

warkah terakhir ROSLI DHOBY..


Korang kenal siapa Rosli Dhoby?? Rosli Dhoby ini adalah perjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati, di tali gantung pada 2 Februari, 1950. Dan berapakh usianya pada ketika itu? 17 tahun!! pergh…korang bayangkan la umur muda macam ini dah berjuang. Cuba korang fikir umur 17 tahun korang berjuang apa? Mesti korang menuntut kebebasan untuk mula membuat benda bukan bukan (baru habis SPM).

Sedikit info yang boleh aku kongsikan mengenai Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Beliau adalah anggota baiah Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan adalah untuk berjihad untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air..Rosli Dhoby telah ditugaskan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.
Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semual pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan  sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.


p/s bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut perjuangan roli dhoby bolehlah saksikan ost WARKAH TERAKHIR di astro dan bagi yang tidak sabar bolehlah download di http://www.youtube.com..

Filed under: jalan fisabilillah

kenapa yahudi lebih bijak??


Ditulis Oleh Hakim Maarouf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset
USA.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

The Never Ending Math Problem by d3 Dan.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

8523 Digital Music? by tengtan (busy, will catch up).

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak?Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa?? tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk

kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Is this safe? by woodscln.

Merokok menjanjikan generasi yang bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negera Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Filed under: jalan fisabilillah

David Beckham..yahudi??


David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham ialah bintang bola sepak no 1 dunia. Beliau sebenarnya berketurunan Yahudi di sebelah datuknya. Beliau dilahirkan di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom.

Permulaan karier bola sepak Beckham berputik sejak beliau kanak-kanak lagi iaitu di Ridgeway Park, Chingford. Adalah tidak memeranjatkan jika bintang David Beckham bersinar dalam arena ini kerana kedua-dua ibu bapanya adalah peminat fanatik kelab Manchester United.

Walaupun bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej keyahudiannya itu di mata dunia.

Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

Beckham juga mendedahkan dalam buku autobiografinya dengan mengatakan semasa kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah datuknya.

Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau juga sering memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel..

Pada April 2008 baru-baru ini, Beckham dan isterinya Posh telah mendaftarkan anak lelaki mereka iaitu Croz yang berusia 3 tahun di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Kuil Yahudi, Los Angeles. Berita ini dilaporkan oleh Nick Parker dalam akhbar The Sun bertarikh 16 April 2008.

beliau tidak dapat menyembunyikan identiti Yahudinya apabila menghadiri upacara pengekebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Beckham hadir bersama isterinya Victoria Beckham sambil memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi.

p/s mamat ni pernah jadi idola aku masa sekolah..tapi selepas dia buat tatu  tulisan hebrew baru aku tahu dia ni seorang yahudi..

Filed under: jalan fisabilillah

Matlamat Fisabilillah…


 

 post kali ini saya ingin mengupas serba sedikit perjuangan sebenar fisabilillah iaitu bersedia untuk kebangkitan Islam dari timur. Saya sungguh sedih dan kecewa melihat ramai adik beradik kita yang sungguh… jahil! dalam perjuangan ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika artikel ini mengganggu emosi pihak tertentu.

Sila jawab soalan ini….
Siapa kamu?? Apa matlamat kamu?? Apa yang kamu perjuangkan?? Siapa musuh kamu??

Ramai yang buta!! tak kurang juga ramai yang sudah pandai. Untuk yang dah pandai, saya ucapkan tahniah kerana anda sudah ada pegangan yang teguh dalam perjuangan ini. Bagi yang belum, marilah belajar, marilah mengaji bersama supaya kita ni sama-sama pandai!

Hari paling bersejarah bagi kamu (soldier of Allah) ialah pada hari baiah kamu:

” Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10)

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang baiah fisabilillah.

Itulah yang membezakan kamu dengan pejuang-pejuang yang lain. Kemudian jadilah kamu sebagai Pejuang Fisabilillah (Soldier of Allah!). Ini yang ramai tak faham…. dan pengetahuan ini banyak diselewengkan kerana apa? mereka telah terpedaya dengan helah illuminati, yang telah menyebarkan anasir-anasir komunism kepada pejuang fisabilillah melalui Mao Ze Dong dan Karl Marx dan kemudian diadaptasi di Malaysia kononnya untuk menaikkan ekonomi. Mana yang tiada pegangan teguh dalam perjuangan dengan mudahlah dipesongkan dengan ajaran mereka iaitu; di dalam dunia ini mereka (komunis) perlu menguasai 3 perkara, iaitu MODAL, KUASA dan NAMA! Jadi lupalah mereka kepada Alif Ba & Ta = Persediaan kebangkitan Islam dari timur! Rata-rata orang kita pulak yang tersilap langkah terjerumus ke dalam kongsi gelap secara tak langsung menganut fahaman komunis tanpa mereka sedar. Inilah tujuan illuminati mengasaskan pelbagai kongsi gelap di dunia seperting hung hing dan tung sing. Bertatu sana-sini… naga sana harimau sini. Young and dangerous menjadi idola mereka! Jalan pulak macam Padaiyappa, kononnya dia paling kuat… itu pun bila berkawan. Bila sorang-sorang tunduk macam pijak semut pun tak mati. Semuanya terpengaruh dengan dakyah mereka untuk nampak hebat di mata umum dan semua ini untuk merosakkan bangsa paling misteri di dunia ini iaitu melayu. Kalau nampak hebat tapi tin kosong hang pa semua nak jadi apa? Apa semua ni? Perasan atau tidak kamu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menjadi boneka saja. Tiada makna pun dalam perjuangan. Ibarat lembu ditarik hidung. Bila tanya apa yang kamu tahu, apa yang kamu perjuangkan…. semuanya ternganga sebab keliru. Kejap alif ba ta, kejap naikkan ekonomi tapi semuanya hanya dibibir. Cakap tak serupa bikin!

Menurut pelbagai sumber laporan yang saya terima, termasuk pemerhatian saya sendiri. Puak-puak ini tiada faedah selain untuk mendapatkan duit! Buat macam-macam kerja menyalahi undang-undang, menganiaya orang lain termasuk orang sendiri hanya untuk duit! Dah tak de kerja lain ke nak buat? Ini ke yang kamu perjuangkan?! Sudahlah… bangun dari mimpi yang mengarut ni! Kembalilah ke jalan yang lurus. Kerana ada puak-puak macam ini, yang jahil macam ini yang telah memberi kesan secara tidak langsung kepada pejuang-pejuang fisabilillah yang lain. Orang lain buat hal, orang lain dapat nama! Manusia zaman sekarang, kebanyakkan percaya bulat-bulat apa yang mereka lihat…. jika kamu buat hal dengan menyalahguna tiket pejuang fisabilillah, seperti gejala yang menyalahi norma masyarakat, mereka akan kecam SEMUA pejuang kita walaupun mereka ini tak tahu apa-apa kerana apa? Bagi mereka… nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan satu puak, yang lain pun kena. Sama juga dengan Islam, adakah tindakan pengebom berani mati menggambarkan keseluruhan Islam? Tentu tidak… tapi di barat mereka percaya begitu, kerana itu yang mereka lihat di media. Jadi jagalah nama baik badan fisabilillah. Kita hidup ni tak lama atas dunia ini, kita datang dari Allah, akan kembali juga kepada Allah! Hidup ini perlu ada perjuangan yang mempunyai matlamat jelas!! bukan matlamat yang hanya disebut dibibir dan menjadi ikut-ikutan saja.

Saya ingin menyeru kepada semua terutama kepada pejuang fisabilillah, keistimewaan yang ada ini janganlah disalahgunakan, jangan hanya tahu… tapi mengajilah biar sampai pandai, supaya bolehlah kita membantu antara satu sama lain. Bila dah pandai barulah kamu dapat beza yang mana berlian yang mana kaca.

Wallahualam…

Dicatat oleh Tentera Sabilillah

Filed under: jalan fisabilillah

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 146,033 hits

Archives