mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

Evolusi KL Drift II…


Filem arahan syamsul yusof pada aku kali ni best!!..tetapi yang membuatkan aku lagi respect filem ini adalah kerana aaron aziz berjaya melakonkan watak joe dengan amat berkesan sekali..haha wa respect sama lu bro!!..

filem ini mengisahkan zack (syamsul yusof) dan syam (farid kamil) yang dalam proses untuk mencipta nama dalam dunia drift..kira nak jadi drift king la..tapi yang berjaya hanya zack sahaja memandangkan syam sudah kehilangan keupayaan kakinya akibat kemalangan hasil perbuatan joe (aaron aziz) dalam filem yang lepas..

joe yang telah terselamat dari kemalangan dahulu nekad untuk membalas dendam bersama ery (shaheizy sam) terhadap zack kerana mengakibatkan karl di tahan polis.. dan dalam masa yang sama mereka berdua bergelut dengan kongsi gelap2 yang lain untuk menguasai perniagaan dadah di seluruh kl..

filem ini turut di barisi oleh scha al-yahya sebagai aleya , remy ishak sebagai inspektor kamal dan juga penampilan istimewa adam corrie..kali ini syamsul yusof berjaya menyusun jalan cerita dengan lebih kemas dari filem terdahulu manakala aksi2 pergaduhan dan kejar mengejar berjaya membuatkan filem ini setaraf dengan filem hong kong..cuma yang aku agak kecewa kenapa watak2 jahat di matikan..hrmmm

bagi peminat filem2 aksi..ini adalah filem yang mesti anda tonton!! kerana saya percaya filem ini tidak akan menghampakan anda walaupon filem ini ada sedikit persamaan dengan filem FAST & FURIOUS tokyo drift tapi filem ini ada kelainan tersendiri dan telah berjaya membuktikan malaysia adalah salah satu negara yang mempelopori sukan drift di rantau ini..

untuk syamsul yusof  kami semua mengharapkan anda tidak sia2 kan bakat anda sebagai pengarah muda yang berjaya..tapi aku rasa kalau kau tak jadi hero dalam filem lepas ni  pon ok jugak sebab boleh lah dapat memberi 100% komitmen untuk mengarah.. 😉

p/s kalau ada cerita pasal joe kan best!!..psl dia manyak langsi maa..


Advertisements

Filed under: filem

warkah terakhir ROSLI DHOBY..


Korang kenal siapa Rosli Dhoby?? Rosli Dhoby ini adalah perjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British mati, di tali gantung pada 2 Februari, 1950. Dan berapakh usianya pada ketika itu? 17 tahun!! pergh…korang bayangkan la umur muda macam ini dah berjuang. Cuba korang fikir umur 17 tahun korang berjuang apa? Mesti korang menuntut kebebasan untuk mula membuat benda bukan bukan (baru habis SPM).

Sedikit info yang boleh aku kongsikan mengenai Rosli Dhoby, Anak muda Melanau yang dilahirkan pada 1932 di Sibu telah menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS) yang ditubuhkan bagi menentang penjajah British swasta, keluarga Sir Charles Vyner Brooke yang kalah di tangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial di London selepas Perang pada tahun 1945.
Beliau adalah anggota baiah Rukun 13, dimana Rukun 13 ini ditubuhkan adalah untuk berjihad untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air..Rosli Dhoby telah ditugaskan untuk menikam Sir Duncan yang amat tidak popular di kalangan masyarakat bumiputera Sarawak kerana bersikap angkuh terhadap mereka. Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British kedua Sarawak Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember, 1949. Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik.
Rosli menjerit: “Keluar dari sini atau kamu mati!”

Pada 15 Disember1949, Rosli telah dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching tanpa batu nisan..namun beliau telah dikebumikan semual pada 2Mac 1996 di Sibu.Ini adalah isi kandungan warkah terakhir Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dihukum gantung

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan  sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.


p/s bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut perjuangan roli dhoby bolehlah saksikan ost WARKAH TERAKHIR di astro dan bagi yang tidak sabar bolehlah download di http://www.youtube.com..

Filed under: jalan fisabilillah

DVD mesti tonton pada hari minggu..


1) shijuku incident

(san suk si gin)


filem ini adalah arahan jackie chan dan di lakonkan oleh beliau sendiri bersama daniel wu , naoto takenaka , masaya kato.  cerita ini mengisahkan bagaimana etnik cina yang telah  berhijrah ke  negara jepun bagi memperbaiki kehidupan mereka di bandar shinjuku. aku tidak pasti sama ada cerita ini ‘based on true story’ atau tak. tapi apa yang best dengan cerita ini buat pertama kalinya jackie chan tidak mengunakan skill kung-fu nya.  malah cerita ini menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi bagi  menentang kekejaman yakuza keatas mereka. dengan  semangat melawan mereka, akhirnya mereka di beri kepercayaan untuk menjaga kawasan mereka sendiri..

filem ini juga ada menunjukkan bagaimana mereka cuba mendominasi ekonomi di bandar tersebut walaupon terpaksa melanggar undang2. unsur2 percintaan, dendam, setiakawan & pengkhianatan  dalam cerita ini menjadikan filem ini penuh dengan emosi. bagi penggemar filem ala2 mafia ini adalah filem yang sesuai untuk anda..

p/s filem ni aku tengok 5-6 kali pon tak bosan beb.. 😉

2) turning point

(laughing gor)

filem ini mengisahkan laughing(michael tse) sebagai seorang ahli kongsi gelap yang di ketuai oleh yie lakonan (anthony wong). yie telah menganggap laughing seperti adik kandung sendiri, tapi oleh kerana yie banyak menjalankan aktiviti haram dia telah mengarahkan laughing untuk sertai polis bagi memberi maklumat2 dalaman kepadanya..senang cerita, nak coverline la nih..

tapi lain yang dirancang lain yang jadi..selepas laughing sertai polis, dia diarahkan oleh pula inspektor xien (yuen biao) untuk menjadi undercover polis sebagai ahli kongsi gelap..haha pening nih dah jadi double undercover plak..ini telah mengakibatkan laughing hilang arah kerana nyawanya menjadi percaturan dalam game giler ni..dalam masa yang sama dia telah menjadi buruan kedua-dua pihak..yang lebih mengeruhkan keadaan dalam unit polis hanya inspektor xien sahaja tahu yang laughing adalah polis..


 dalam filem ini  kita boleh lihat konflik antara polis dan kongsi gelap..memandangkan ramai anggota-anggota polis yang telah di kongsi gelap kan untuk membendung jenayah..dan masihkah laughing masih setia bersama dengan yie??..korang saksikanlah sendiri..


 

p/s dalam kehidupan gelap ini jangan percaya pada sesiapa pon..

 

Filed under: filem

siapakah pembawa panji hitam??..


kali ini post terbaru saya akan terangkan watak-watak apakah yang akan muncul di peperangan akhir zaman nanti..

Mereka adalah:-

1- PemudaBani Hasyim
2- Pemuda Bani Tamim
3  Haris Harasth
4- Al-sufyani
5- Al-kalb

Lokasi yg saya dapat ialah:
Versi hadis:-

1- Negeri belakang sungai
2- Negeri timur jauh
3- Khurasan (satu hadis-tidak ingat sanadnya-mengatakan Nabi mengatakan khurasan terletak di timur tetapi   menunjukan tongkatnya ke arah selatan Arab)

Versi Nostradamos:-
1- Great entermixed nation
2- North Afrika via intermixed by Arabic
3- Eastern latin

Anda tertanya-tanya tempatnya negara belakang sungai, Khurasan timur dan negara timur jauh serta al-sufyani.

Negara belakang sungai? dimana negara ini? Baiklah, saya direct to the point.. Sungai yang di nyatakan mungkin Selat Melaka. Kenapa? Ini kerana mengikut penulis novel Berpetualang ke Acheh, Nusantara dan tanah melayu hanya dipisahkan oleh sebatang sungai besar, dan mungkin akibat letupan gunung berapi dan kes tsunami, maka jarak pembukaan sungai ini menjadi makin besar lalu menjadi selat. Persoalan, negara manakah di belakang sungai? Malaysia atau Indonesia?

Khurasan? Ramai meneka-neka di mana Khurasan. Saya pun tidak tahu tetapi saya cuba linkkan pada Nostradamus dan mendapati negara yang berada di utara Afrika dan intermixed Arabic berkemungkian EGYPT/MESIR. Wallahualam

Negara hujung timur? Di sini mana-mana negara di timur boleh jadi lokasi hadis ini, malah Jepun juga timur, timur jauh lagi. Tetapi, untuk mendapat lokasi lagi tepat, saya susun puzzle ini dengan ramalan Nostradamus yang masih tertinggal iaitu GREAT NATION WITH GREAT SOCIETY AND INTERMIXED LANGUAGES. Anda teka, dimana negara ini. Wujudkah negara seperti ini sekarang? Apa calon-calon bagi negara ini bagi anda? Amerika? Eropah? China? India? Australia? Jepun? Vietnam? Myanmar? Singapura? Indonesia? atau Malaysia?

Apa rasa anda? Negara mana great intermixed nation? bagi saya adalah Malaysia? Anda bersetuju?

Sebenarnya kedatangan Cina dan India adalah satu petanda tentang ini. Tidak cukup kuat dengan itu, kebanjiran Indon, Bangla, Vietnam, Myanmar, Pak Arab dan sebagainya berlaku kini.

Jadi dimana great intermixed nation? jawapannya wujudnya bangsa Malaysia.

sekarang mari kita cari dimanakah bani tamim akan berada??

Mengikut hadis masyur, pemuda ini berdarah ajam, tinggal di timur dan bertutur bahasa timur. Berkulit sawo matang, tidak tinggi dan tidak rendah.

Pada pandangan anda. Pemuda Bani Tamim ini bangsa apa? Cina? Orang putih? Latin? India? Melayu?

Baiklah mari kita lihat ciri-ciri bangsa yang sedia maklum:-

1- Cina-kulit putih kuning, mata sepet
2- Orang putih- kulit putih dan berbintik merah, tinggi dan sasa
3- Latin- kulit sawo matang, tinggi dan sasa
4- India- hitam, sawo matang, berasal dari asia tengah
5- Thailand,Vietnam,Myanmar- putih seperti cina, kecil, pendek, dan tinggi kurus
6- Filipina, Borneo,- sawo matang
7- Melayu- sawo matang, kebanyakan beragama islam, hanya di nusantara dan sedikit di Afrika

Jadi…bangsa apa yang sesuai dengan pemuda bani tamim?

Calon-calonnya-
Filipina,Thailand,Vietnam,Myanmar dan Melayu.

Mari kita balik pada asas kita bincang di atas. Hanya dua negara/lokasi yang berkaitan dengan
pemuda bani tamim iaitu negara belakang sungai dan negara timur jauh(versi hadis), serta great intermixed nation dan eastern latin nation(versi notradamus).

Maka, kita dapat tentukan bahawa:-

1 Great intermixed nation = Melayu/Malaysia
2 Eastern latin nation = Filipina
3-Negara belakang sungai(Malaysia atau Indon) = Melayu
4-Negara timur jauh = Thailand, Vietnam dan Myanmar

Jadi, di sini, kita dapat lihat melayu menguasai 2 lokasi iaitu negara belakang sungai dan great intermixed nation.
Jadi jelas di sini pemuda bani tamim adalah seorang Melayu!

Sekarang, di mana pula tinggal/lahirnya? Kini hanya dua negara yang secara total di diami oleh
Melayu iaitu Indonesia dan Malaysia. sedangkan kedua-dua negara ini adalah satu jajahan yang di gelar tanah melayu.

Seterusnya kita kaitkan pemuda bani hasyim pula.

Sebenarnya tidak banyak hadis menceritakan perihal pemuda ini. Kerana inilah kronologi kiamat
atau future phenomenon tidak lengkap.

Ada segelintir hadis memberitahu bahawa tanda pemuda ini adalah muncul hujung timur, tahi lalat di bahu kiri, dan tahi lalat di tapak tangan kanan/kiri.

Bila di sebut hujung timur secara tidak langsung ia akan mengaitkan dengan negara hujung timur. Sekali lagi kita kaitkan dengan great intermixed yang kita sudah bincangkan dahulu. Jadi, insyallah Malaysia adalah tempat munculnya pemuda bani hasyim.


Haris al-Harsth

Hadis mengatakan bahawa dia dari negara di belakang sungai. Jika, pemuda Bani Hasyim sudah menmpatkan diri di Malaysia, ada yang berpendapat negara belakang sungai ini mungkin Indonesia atau Filipina (jikalau ikut Notradamus)

Setakat ini saya masih belum jumpa tanda-tanda khusus bagi Haris al-Harasth ini. Akan tetapi, ada hadis mengatakan dia bertemu al-Mansur (gelaran pemuda bani tamim) di suatu tempat di negaranya.

Maka jelas di sini bahawa, Haris al-Haras mungkin seorang melayu yang munculnya di Indonesia (negara belakang sungai).

Bagaiman pula dengan versi Notradamus?

Sekarang hanya tinggal nation of eastern latin dan africa via arabic intermixed.

Jika di kaji dari logik akal, jelas di sini bahawa lokasi africa via arabic intermixed di tolak mentah-mentah kerana jelas di situ tertera Africa.

Tapi, malangnya zaman sekarang bahasa latin yang ‘pure’ sudah tidak ada, yang tinggal serpihan sahaja iaitu latin di America Selatan, Sepanyol dan lain-lain.

Oleh itu, di harap anda boleh membantu untuk menemukan titik konklusi di antara negara belakang sungai dan nation of eastern latin ini.

Bagaimanapun kita teruskan jugak mengkaji dari apa yang telah kita perolehi.

Tinggalah nation of eastern latin?

jika di teliti Filipina adalah negara yang paling baik bagi contoh ini akan tetapi ia ‘clash’
dengan versi hadis iaitu indonesia. Maka di mana jalan penyelesaiannya?

Baiklah, pernahkah anda melihat jauh sejarah pembinaan negara Indonesia dan Filipina. Kuasa blok manakah yang menguasai mereka?

Jika melaka di pegang oleh penjajah British, maka Indonesia pula telah di pegang oleh kuasa
Belanda. Filipina pula oleh Sepanyol.

Jelas disini bahawa nation of eastern latin bukan kepada tutur bahasa akan tetapi kuasa yang telah membina negara tersebut. Tanah Jawa di jajah Portugis, lalu di merdekakan dan menjadi Undonesia.

Tidakkah anda melihat relevannya.

Maka, Haris al-Harasth lah yang menduduki Indonesia dan dialah yang berjumpa pemuda bani tamim lalu memulakan perjalanan di bawah satu panji iaitu Panji Hitam.

Wassalam.

http://kumanddieaf.blogspot.com/

p/s selepas ini saya akan terangkan pula siapakah pemimpin bani tamim yang membawa bendera al-mahdi.

Filed under: panji hitam dari timur

pendedahan lions club & rotary club..


Kelab Lions

Sejarah:
Ditubuhkan oleh peguam muda bernama Mulfin John yang bekerja di sebuah Syarikat Insuran di Chicago.
• Kongres pertama 1918M dihadiri 22 Yahudi Freemason.
• Didokong oleh Yahudi antarabangsa.
• Pejabat berada dipusat Kelab Rotary dan pejabat cawangan Bahaiyah US.(kemudian dipindah ke NY kemudian ke Washinton.)
• Sebagai back-up kepada kelab Rotary(andai kata kelab tersebut diketahui akan pergerakannya yang sebenar)
• Kedua-dua diwujudkan bagi mengaburi khalayak ramai tentang pergerakan Freemason dalam sesebuah negara.

Lions membawa banyak maksud.Antaranya ‘singa’ iaitu pengawal atau penjaga Haikal Sulaiman yang berada di salah satu bahagian Masjidil Aqsa. Lions juga membawa maksud ‘Libertgintelligenc eoui-vationssafe ty’ yang bererti merdeka dan bijak demi keselamatan negara kami.

Kelab ini berselindung disebalik slogan manis untuk menutup projek rahsia mereka.

Matlamat Utama Kelab Lions
• Bangsa Yahudi mencampuri bangsa lain atas nama persahabatan dan kasih sayang,kemudian mereka menyalurkan segala maklumat yang diperoleh kepada markaz utama supaya ekonomi dan politik sesuatu kawasan dapat dikuasai.

Yahudi menganggap bahawa bangsa lain di dunia ini adalah bodoh dan setaraf dengan haiwan ternak (Goyim-bukan akum sepertimana yang diwar-warkan) dan boleh diperlakukan oleh mereka dengan sesuka hati untuk merealisasikan apa yang dikehendaki oleh mereka.

Matlamat sampingan:
• Menanam roh kerjasama di kalangan bangsa di dunia
• Menjauhkan masyarakat daripada konflik politik dan agama
• Memberikan khidmat sosial melalui pertubuhan kebajikan

Kelab Rotary

Sejarah:
• Ditubuhkan antara tahun 1903M dan 1908M bertempat di wilayah Illionis, Chicago , US
• Ditubuhkan sebagai menyahut seruan daripada pemimpin Yahudi ketika itu (Theodore Hertzel) yang juga seorang freemasonary untuk mempelbagaikan cabang-cabang pergerakan mereka.
• Ditubuhkan oleh salah seorang anggota Freemasonary yang bernama Paul Harris,seorang peguam.
• Paul Harris dibantu oleh tiga orang Yahudi US iaitu Silver Sheiller(saudagar arang),Gustav Lower(jurutera perlombongan) dan Hiram Chorry(pedagang&penjahit)
• Diawalnya dianggotai oleh anggota Freemason sahaja untuk merahsiakan pergerakan tetapi dibongkar rahsianya pada kongres Zionis di basel , Switzerland pada 1897M

• kelab rotary kedua dibentuk di San Francisco dan yang ketiga di NY dan seterusnya di Washinton.
• Pada 1912M telah dibentuk kelab Rotary Internasional bagi membuka penyertaan kepada masyarakat luar.
Bancian pada 1998M menunjukkan keahliannya telah mencapai 22juta orang mewakili 430 buah kelab rotary di 160 buah negara dunia.

Pengertian Rotary adalah berasal dari perkataan inggeris iaitu ‘in rotation’.Istilah ini membawa pengertian:
1. Orang yang bekerja dengan kelab ini sentiasa bersilih ganti
2. Tempat operasi bertaburan dan berlegar diseluruh dunia dan berakhir disuatu titik pusat iaitu Israel .
3. Anggota yang baru dipilih berdasarkan profession tertentu diadakan perjumpaan secara bergilir-gilir disetiap rumah anggota
4. Mengitari titik pusat dan titik pusat itu ialah haikal Sulaiman

Kesimpulannya: Berlegar dibawah satu cita-cita yang menjadi matlamat utama penubuhan kelab iaitu mewujudkan pemerintahan antarabangsa berpusat di israel yang juga matlamat utama freemason.
Matlamat utama Kelab Rotary
1. Menjadikan kelab sebagai markaz maklumat dan tempat latihan perkaderan serta tempat menyalurkan fikrah freemasonary
2. Menjadi markaz pengintip dan pengumpulan maklumat bagi setiap kawasan diseluruh dunia
Segala maklumat yang diperolehi akan disalurkan ke markaz utama di Chicago yang akan bertindak sebagai markaz freemasonary bagi hal ehwal luar.

Matlamat sampingan
1. Memperluas promosi bagi menarik peluang pekerjaan
2. Mengadakan konsert amal atas nama khidmat sosial bertujuan menarik perhatian masyarakat untuk membuktikan mereka adalah pertubuhan kebajikan.
3. Menanam semangat persahabatan, kerjasama, cintakan keamanan.

p/s  apa maklumat yang saya dapat boleh lah kita berkongsi bersama2..

Filed under: panji hitam dari timur

March 2010
M T W T F S S
« Feb   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 139,166 hits

Archives