mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

Matlamat Fisabilillah…


 

 post kali ini saya ingin mengupas serba sedikit perjuangan sebenar fisabilillah iaitu bersedia untuk kebangkitan Islam dari timur. Saya sungguh sedih dan kecewa melihat ramai adik beradik kita yang sungguh… jahil! dalam perjuangan ini. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika artikel ini mengganggu emosi pihak tertentu.

Sila jawab soalan ini….
Siapa kamu?? Apa matlamat kamu?? Apa yang kamu perjuangkan?? Siapa musuh kamu??

Ramai yang buta!! tak kurang juga ramai yang sudah pandai. Untuk yang dah pandai, saya ucapkan tahniah kerana anda sudah ada pegangan yang teguh dalam perjuangan ini. Bagi yang belum, marilah belajar, marilah mengaji bersama supaya kita ni sama-sama pandai!

Hari paling bersejarah bagi kamu (soldier of Allah) ialah pada hari baiah kamu:

” Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia (baiah) kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” (Surah Fath:10)

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang baiah fisabilillah.

Itulah yang membezakan kamu dengan pejuang-pejuang yang lain. Kemudian jadilah kamu sebagai Pejuang Fisabilillah (Soldier of Allah!). Ini yang ramai tak faham…. dan pengetahuan ini banyak diselewengkan kerana apa? mereka telah terpedaya dengan helah illuminati, yang telah menyebarkan anasir-anasir komunism kepada pejuang fisabilillah melalui Mao Ze Dong dan Karl Marx dan kemudian diadaptasi di Malaysia kononnya untuk menaikkan ekonomi. Mana yang tiada pegangan teguh dalam perjuangan dengan mudahlah dipesongkan dengan ajaran mereka iaitu; di dalam dunia ini mereka (komunis) perlu menguasai 3 perkara, iaitu MODAL, KUASA dan NAMA! Jadi lupalah mereka kepada Alif Ba & Ta = Persediaan kebangkitan Islam dari timur! Rata-rata orang kita pulak yang tersilap langkah terjerumus ke dalam kongsi gelap secara tak langsung menganut fahaman komunis tanpa mereka sedar. Inilah tujuan illuminati mengasaskan pelbagai kongsi gelap di dunia seperting hung hing dan tung sing. Bertatu sana-sini… naga sana harimau sini. Young and dangerous menjadi idola mereka! Jalan pulak macam Padaiyappa, kononnya dia paling kuat… itu pun bila berkawan. Bila sorang-sorang tunduk macam pijak semut pun tak mati. Semuanya terpengaruh dengan dakyah mereka untuk nampak hebat di mata umum dan semua ini untuk merosakkan bangsa paling misteri di dunia ini iaitu melayu. Kalau nampak hebat tapi tin kosong hang pa semua nak jadi apa? Apa semua ni? Perasan atau tidak kamu telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menjadi boneka saja. Tiada makna pun dalam perjuangan. Ibarat lembu ditarik hidung. Bila tanya apa yang kamu tahu, apa yang kamu perjuangkan…. semuanya ternganga sebab keliru. Kejap alif ba ta, kejap naikkan ekonomi tapi semuanya hanya dibibir. Cakap tak serupa bikin!

Menurut pelbagai sumber laporan yang saya terima, termasuk pemerhatian saya sendiri. Puak-puak ini tiada faedah selain untuk mendapatkan duit! Buat macam-macam kerja menyalahi undang-undang, menganiaya orang lain termasuk orang sendiri hanya untuk duit! Dah tak de kerja lain ke nak buat? Ini ke yang kamu perjuangkan?! Sudahlah… bangun dari mimpi yang mengarut ni! Kembalilah ke jalan yang lurus. Kerana ada puak-puak macam ini, yang jahil macam ini yang telah memberi kesan secara tidak langsung kepada pejuang-pejuang fisabilillah yang lain. Orang lain buat hal, orang lain dapat nama! Manusia zaman sekarang, kebanyakkan percaya bulat-bulat apa yang mereka lihat…. jika kamu buat hal dengan menyalahguna tiket pejuang fisabilillah, seperti gejala yang menyalahi norma masyarakat, mereka akan kecam SEMUA pejuang kita walaupun mereka ini tak tahu apa-apa kerana apa? Bagi mereka… nila setitik rosak susu sebelanga. Kerana perbuatan satu puak, yang lain pun kena. Sama juga dengan Islam, adakah tindakan pengebom berani mati menggambarkan keseluruhan Islam? Tentu tidak… tapi di barat mereka percaya begitu, kerana itu yang mereka lihat di media. Jadi jagalah nama baik badan fisabilillah. Kita hidup ni tak lama atas dunia ini, kita datang dari Allah, akan kembali juga kepada Allah! Hidup ini perlu ada perjuangan yang mempunyai matlamat jelas!! bukan matlamat yang hanya disebut dibibir dan menjadi ikut-ikutan saja.

Saya ingin menyeru kepada semua terutama kepada pejuang fisabilillah, keistimewaan yang ada ini janganlah disalahgunakan, jangan hanya tahu… tapi mengajilah biar sampai pandai, supaya bolehlah kita membantu antara satu sama lain. Bila dah pandai barulah kamu dapat beza yang mana berlian yang mana kaca.

Wallahualam…

Dicatat oleh Tentera Sabilillah

Filed under: jalan fisabilillah

jadilah mrCLEAN..


tajuk diatas yg aku tulis ni bukannya jadi mr.clean mcm iklan gillete tu..message yg aku nk smpaikan ialah terlalu simple “ jgn main dadah!!”..serius aku mmg menyirap kalau nmpak budak2 isap benda alah ni..nak2 lg yg sebok hidu dadah jenis K’..klau kau brader pon tak payah la kau hidu dpn konco2 kau..buat hilang respect je korg ni..kadang2 smpai pelawa aku..hidung keluar air pon tak prasan..ikut kan aku nk hentak je..tp bila fikir lantak kau la, duit kau!! lgpon kalau aku hentak buat sakit badan aku je..haha

smalam aku jmpa sorg kwn yg boleh di kategorikan big brader..aku ckp kat dia ‘bro, kau kalau tak main benda2 ni tak bole ker??.korg tau apa dia cakap? dgn selamba dia balas..adoi bro, masuk club mesti la kene layan kalau tak, tak best la kepala lgpon bdk2 tak respect la brader tak layan..malu r nanti”..pergh jawapan kau je mmg dah cerminkan diri kau yg kau dgn bdk2 kau ni sama je mcm mat gian dkt chow kit tu..

memang tak dinafikan kongsi gelap dgn dadah mmg tak bole di pisahkan..tp pada aku kau tak payah lah isap benda ni..cuba tgk cerita American Gangster ..sekaya2 Frank Lucas jual dadah pon tak pulak dia isap benda tu..dia pon bengang kalau bdk2 dia isap benda tu..jujur aku pon pernah jual benda ni, tp tak la isap pon..tp itu dulu, skang pada aku takkan buat benda2 mengarut mcm tu lg..duit haram blum tentu boleh simpan..percayalah..

 

pernah sekali aku bebual dgn sorg taiko cina..dia cakap” melayu baru jual dadah sudah masuk dalam, cina sudah jual lebih 10tahun pon ok je”..aku balas ‘bos, lu suruh melayu jual dadah macam lu suruh dia jual babi tau..dorg mana tau jual benda haram ni, klau setakat seribu dua bole lah.’..baik betul aku backing bdk2 melayu yg jd tokan ni..haha padahal yg tekantoi tu tokan runcit je..haha 

so pd korg yg main benda2 ni..cukup2lah rosak je otak korg nanti..bukan aku tak pernah jmpa org yg tahap otak dia dah mcm lembu..K’ dia hidu, Ice dan E’ jgn ckp lah..tambah plak dia kaki mabuk, tgk skang apa dah jadi???..cerita sedih pon dia boleh gelak..agaknya kalau aku ckp “bro, mak awk baru meninggal td” mesti dia balas “kahkahkah bapak aku kawen lain la nmpaknya”..kalau aku jmpa org mcm ni aku pijak je smpai mati..

Filed under: kisah seorang taiko

tahniah malaysia!!


 

alhamdulillah syukur…tahniah buat skuad bola sepak negara b23..kemenangan ini telah di sambut sorakkan walaupun di kdai mamak di seluruh malaysia..sukar utk kami percaya bahawa skuad negara berjaya merampas emas di sukan sea kali ini..setelah 20 tahun kita tunggu, akhirnya skuad negara berjaya membuktikan harimau malaya masih garang lg..harapan rakyat malaysia selepas ini supaya skuad harimau malaya terus memburu kejayaan demi kejayaan..amin

tahniah buat k.rajagopal kerana berjaya membimbing skuad negara sehingga merangkul pingat emas dan berjaya mendiamkan pencabarnya yg angkuh iaitu jurulatihh vietnam henrique calisto..ini kerana jurultih kelahiran portugal ini dgn penuh ego berasa final kali ini amat mudah kerana lawan mereka ialah malaysia..haha sekarang kita lihat siapa yg kena..lihatlah dunia, harimau malaya telah buktikan di laos!! dan selepas ini skuad kami sudah bersedia utk menawan asia tenggara..insyaallah

Filed under: harimau malaya

harimau malaya..bangkit lah!!


                                                                                

esok tepat pukul 5.30pm pasukan bola sepak negara akn membuktikan kemampuan mereka utk merebut pingat emas setelah hampir 20 tahun kita menunggu..marilah kita bersama2 mendoakan kejayaan mereka setelah penat lelah mereka selama hampir setahun utk persiapan di temasya ini..

ramai masih beranggapan bahawa skuad yg pergi kali ini mgkn seperti skuad2 yg lepas, layu & angan2 tahi ayam..tp kali ini mgkin tidak..mgkin kali ini semangat mereka seperti harimau kelaparan..kelaparan kemenangan!!!

saya adalah antara berjuta2 peminat bola sepak negara tidak sabar2 utk melihat aksi adik2 kita utk menang di final kali ini insyaallah..harapan kita kali ini biarlah menjadi kenyataan, setelah byk kali kita telah kecundang di final pd pertandingan yg lepas..ayuh harimau malaya!!! bangkitlah!!!

Filed under: harimau malaya

tahniah harimau malaya!!!


         

pada post kali ini saya ingin mengucapkan tahniah keatas kejayaan pasukan negara b23 kerana berjaya melangkah ke final sukan sea kali ini. harapan saya semoga impian kita utk melihat skuad negara memenangi emas pd temasya kali ini berjaya..insyaallah

malaysia akan menentang vietnam pd hari jumaat ini, saya berharap semua rakyat malaysia dapat mendoakan adik2 kita supaya pulang dgn emas supaya tidak lagi menghampakan harapan rakyat malaysia hendaknya..amin

berdasarkan statistik peluang negara utk menang keats vietnam adalah 50-50 ini kerana pada kiraan saya pd perlawanan kumpulan malaysia hanya kurang bernasib baik kerana pengadil perlawanan dilihat seperti berat sebelah..tp saya percaya pd perlawanan kali ini malaysia pasti muncul juara kerana skuad kali ini lebih bersemangat dan ditambah dgn jurulatih yg mempunyai taktikal yg setakat ini pd saya amat cemerlang skali..

ayuh!! bangunlah harimau!!

Filed under: harimau malaya

300 atau 313 ???


Rasanya semua pernah menonton filem 300 yang mengisahkan raja Leonidas memimpin bala tenteranya seramai 300 orang menentang puluhan ribu tentera Parsi.Apa yang diragukan adalah apakah benar ini suatu peristiwa sejarah yang benar2 berlaku ataupun sekadar menciplak sejarah perang badar..?

Dalam kita asyik dengan filem 300..kita telah melupakan peristiwa perang badar al-qubra yang mana tentera Islam seramai 313 orang menentang 1300 orang tentera musyrikin mekah.Ini bermakna satu pejuang Islam perlu menentang 5 orang kaum musyrikin.Perang badar berlaku pada 17 Ramadhan yang mana pada masa yang sama turun perintah berpuasa telah diwajibkan keatas umat Islam.

Dalam perang badar ini juga telah menyaksikan Rasulullah telah melakukan baiah pada bala tentera pimpinannya yang dikenali sebagai baiah aqabah al-kubra dengan dipimpin tiga panglima Islam yang agung iaitu Ubaidah Bin Harith..Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali yang diamanahkan pedang Zulfiqar dari Rasulullah.

Peperangan badar juga adalah peperangan yang bersejarah kepada umat Islam kerana selain terpaksa bertempur dalam keadaan lapar dan dahaga kerana tuntutan puasa..mereka juga telah dibantu oleh para tentera malaikat yang telah diperintahkan Allah SWT supaya turun dari langit dan datang membantu Nabi Muhammad SAW.

Selepas itu, turun wahyu yang bermaksud: “(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Allah perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) daripada malaikat yang datang berturut-turut.” – (Surah Al-Anfal 8:9)

Jadi dalam kita mengagungkan King Leonidas yang entah benar atau tidak kewujudannya..baik kita menghayati sirah islam termasuk peperangan Badar yang menyaksikan bagaimana semangat dan perjuangan umat Islam terdahulu dalam menegakkan syiar.Kepada adik beradik tolong mengaji baik2 jalan putih baru boleh cerita pasal jalan lain ok.Sebab itu kita mendahulukan 30 sebab yang putih itu sebagai panduan buat kita jika tersilap jalan..kata tentera sabil..berjuanglah betul2.

Filed under: sejarah

December 2009
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 146,033 hits

Archives