mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

buat ahli-ahli yang berbai’ah..


Saya selaku ahli baiah yang berpangkat Abang Long ingin menegur diri saya dan juga semua ayahanda yang di bai’ah.

Dewasa ini kita lihat ramai ahli kita sudah jauh terpesong. Melakukan maksiat bukan menjadi satu larangan buatnya. Di mana badan bertidak yang sudah di lantik? Tidur nyenyak di buai maksiat atau sudah lama berkubur tanpa nisan. Sedih yang teramat.

Sejak kematian Pak Long Burung, tentera-tentera 30 seolah-olah menjadi retak seribu.

Memang Pak Long Burung juga bukan Ayahanda yang hebat, seperti Ayahanda Nik Aziz dan juga Ayahanda Harun Sani mufti perak. Tetapi titik tolak ini berlaku sejak dari itu. Seolah-olah pintu kambing sudah dibuka. Banyak sungguh serpihan 30 di tubuhkan. Mula dengan Pekida, Sahabat dan sekarang ini geng panji hitam pula. Memang atas kertas, perjuangan nampak baik. Sufi sungguh. Tapi hakikatnya, hancur dan jijik.

Sebagai Ayahanda, abang long, kita ini tergolong dalam golong terawal merentas titian siratul mustakim. Tidak takutkah kita. Ayahanda yang asalnya hanya ada 16, tapi kini sudah beribu. Di Melaka saja sudah dengar ada 77 orang ayahanda. Agaknya pangkat ayahanda ni boleh jual dekat pasar malam.

Kita bukan berjuang untuk pangkat. Bukan untuk harta dan kuasa. Tapi Alif,baa,taa. Apa butakah kita sampai tak lihat mana yang baik, mana yang tidak. Sudahlah tidak membanteras kejahatan, tapi menepuk dada seolah-olah perwira bangsa. Lakanatullah Ayahanda seperti ini. jangan di cium tangannya sebagai ayahanda. Munafik kamu!

Setakat pakai songkok, berjalan diiring oleh pengikut, menyalak seperti anjing, sudah di panggil Ayahanda perwira. Munafik kamu!!!

Sebagai ayahanda, kamu ketua. Harus tunjuk ahklak yang baik. Jadi orang yang menjadi contoh baik. Kalau dulu kamu kaki tonggang arak, berubahlah jadi orang yang memegang biji tasbih. Jadi pemikir idealogi yang baik. Membantu anak-anak bangsa supaya menjadi baik. Bukan bila sudah jadi ayahanda makin mahal arak di tonggangnya.

Saya menyeru seluruh ahli bai’ah yang sebenar,yang berjanji akan dilaknat oleh Allah jika melakukan kemungkaran. Sama-sama kita berdoa, hapuskanlah sifat jahat di dalam persatuan 30 ini, jika ada yang masih mengamalkan kemungkaran, insafkanlah mereka, dan jika mereka degil, laknat saja mereka.

Pemutihan harus bermula dari peringkat Ayahanda!!!

p/s sama-sama kita renungkan

Filed under: jalan fisabilillah

10 Responses

  1. storiteller says:

    sokong 100%.segalanya mesti bermula dari atas

  2. tubelawak says:

    Arwah Pak Long Burung ayahnda yang hebat..

  3. Anonymous says:

    benar….bg sye yg berkelakuan di luar jalan 30 itu,adalah merah,,,yg putih kt k.l ni sume majoriti da potong merah…..merah adlah kongsi bkn lg pekida 30….mereka jgak pakai ayahnda kerana meniru pekida dan berselindung disebalik nme pekida….pekida adlah pekida bkn merah 36 atu 77…..bg ahli2 putih jngn lah dikau berkelakuan seprti itu..kerana wktu naik apkah yg telah kamu berjanji!!!!

    • Anonymous says:

      sokong2….. skng ni melayu2 pon nk gaduh…. pe cter… sptot ayah2 kne menegur… bangsa lain tngok wt diglak kn je… sptut nye kute sesame islam_melayu_ x pyah la kte negaduh sesame sndri… mne pegi sumpah kita mse naik tuh… tuk perjuagankn agama bangsa dan tanah air… mne sumer tu????? salam perjuagan dri sye.. izwan

    • Anonymous says:

      pengasas pekida pon dulu asalnye 36. kalau cakap bawak jalan putih tapi sendiri tgok laa pekida skang bwk putih ke merah ..

  4. gerakan keramat says:

    penulisan saudara ini saya sokong seratus peratus…sekarang ini begitu ramai telah terpesong dari makna perjuangan yang sebenar…mereka banyak menggunakan ‘islam’ untuk kerja salah laku mereka…terjadinya banyak adalah kerana kesalahan pemimpim2 yang rata-ratanya hanya kejarkan duniawi…tidak m’endahkan ajaran dan perjuangan islam yang sebenar…:(

  5. zaha smoke says:

    ak btol2 sdih tgk suadara seagama n se bangsa ku skrg nie.ak pn x la btol sgt tp kita smua bpluang sbnr nya utk sma2 bjuang martabat kn bangsa n agama kita…sesama la kta bimbing adik bradik kita…ak mula sdar akan kesilapan dan ak jga plu kn insan yg bole bimbing ak…tujuan kita masih belum tlaksana,jd jgn kita msia2 kn pjuangan tdahulu dan lupa amanat nya…
    allahuakbar x3…

  6. Keymarzuki says:

    Al-Fatihah buat Ayahanda Pak Long Burong.

  7. mie says:

    utk pjuangan fisabilillah cba jd rakan fb azimat berbisa mungkin dpt membantu..insyaallah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: