mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

botak chin..episod terakhir


Setelah bunyi tembakan telah reda, pihak polis mula memasuki ke dalam pejabat kilang papan tersebut, yang mana telah menjadi kubu bagi Botak Chin dan 2 orang kanannya. Apabila anggota polis memasuki pejabat itu, kelihatan 2 tubuh yang sedang terbaring kaku tak bernyawa lagi, dan tak syak lagi itulah orang kanan Botak Chin iaitu Pangkor Chai dan Ah Keong. Tetapi yang peliknya, Botak Chin masih tidak kelihatan, lalu ketua polis daerah Sentul masuk lagi ke dalam, dan tiba-tiba dia mendengar satu suara yang sayup-sayup memanggilnya, “sir, please help me sir”…Apabila dia menoleh, sahlah itu adalah Botak Chin yang sedang bersembunyi di bawah meja.. 

 
Tanpa berlengah lagi, ketua polis daerah Sentul tue pun menarik Botak Chin dari bawah meja terbabit dan terus menggari si penjenayah ini. Semasa ditemui Botak Chin dalam keadaan yang cedera kerana terkena beberapa das tembakan dan bersama-samanya dijumpai sebuah beg yang berisi lebih dari satu senjata api…Selepas itu Botak Chin telah ditahan selama setahun sebelum dia mengaku bersalah ke atas dakwaan yang disabitkan kepadanya dan hukumannya adalah hukuman gantung sampai mati di bawah undang-undang keselamatan Dalam Negeri (ISA)…

Berita penangkapan Botak Chin tersebar diseluruh Malaysia dengan cepat..warga polis yang terlibat dalam operasi itu telah diberi pujian oleh orang ramai..geng-geng botak chin yang masih selamat lari meninggalkan kuala lumpur kerana pihak polis masih lagi mencari saki baki ahli-ahli mereka..manakala yang masih setia pula,  mereka cuba mencari jalan untuk melepaskan bos mereka..walaupon botak chin telah ditahan..botak chin masih lagi mempunyai pengaruh diluar..dengan hasil rompakan yang masih ada, rakan-rakannya di luar telah melantik peguam bagi cuba melepaskannya..dari hari ke hari mereka terus bersabar..peguam yang dilantik cuba melakukan tugas terbaik..

 
Akhirnya peguam Botak Chin telah  membuat rayuan sehingga ke peringkat Privy Council dan kesnya dibicarakan semula pada 1 April 1980. Alasan peguamnya adalah hasil romplakan Botak Chin diberikan kepada orang susah dan orang miskin, adui yai. Itulah sebabnya Botak Chin nie gelarkan sebagai Robin Hood dikalangan penyokongnya..Botak Chin telah disuruh oleh peguamnya untuk berlakon menjadi gila semasa dalam tahanan..tetapi lakonannya tetap tidak menjadi..Oleh kerana jenayah yang dilakukan oleh botak chin terlalu berat  iaitu telah menyebabkan ramai orang yang merana dan sengsara. Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan telah menolak rayuan tersebut lalu  menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Botak Chin pada 16 Mei 1980…

Semasa berada di dalam penjara menunggu untuk digantung, Botak Chin pernah melakukan rusuhan serta pernah memukul dan menikam warden penjara Pudu. Ini adalah kerana rahsia Botak Chin untuk melarikan diri dari penjara Pudu telah terbongkar. Warden penjara telah menerima maklumat yang Botak Chin sedang mengumpul bahan-bahan untuk meletupkan penjara dan kemudian melarikan diri. Botak Chin mendapat bekalan seperti paku dan karbad melalui orang yang datang melawatnya secara beransur-ansur. Apabila warden mengetahui hal ini, warden penjara melakukan serbuan ke dalam bilik Botak Chin untuk mencari bahan-bahan letupan yang disembunyikannya..Jadi Botak Chin pun marahlah apabila barang yang dikumpulnya dirampas oleh warden, maka tercetuslah rusuhan…

 
Akhirnya pada 11 jun 1981, datanglah warden penjara ke bilik tahanan Botak Chin. Warden penjara menyarungkan kepalanya dengan kain hitam dan selepas itu di bawa menuju ke tempat hukuman akan dijalankan. Setelah Botak Chin telah berdiri tegak di atas platform hukuman gantung, tali gantung di masukkan ke kepalanya dan kemudian gear platform ditarik, Dum!! bunyi platform terbuka, lalu tubuh Botak Chin terjatuh ke bawah dan menyebabkan tali tadi menjerut leher Botak Chin sehingga patah. Kini tamatlah sudah riwayat penjenayah yang masih lagi muda tetapi sangat ganas dan telah menggemparkan negara kita dengan aksi jenayahnya sehingga menjadikan dirinya sebagai penjenayah paling dikehendaki oleh pihak berkuasa…

-TAMAT-

p/s  mengikut sumber maklumat dari dalam penjara..sebelum digantung mati, botak chin telah membuat permintaan terakhirnya iaitu mahukan tali gantung berwarna merah bagi menunjukkan kesetiaan dia terhadap geng kongsinya… 

Filed under: sejarah

4 Responses

  1. Ahmad Murad bin idris says:

    Semasa berada di dalam penjara menunggu untuk digantung, Botak Chin pernah melakukan rusuhan serta pernah memukul dan menikam warden penjara Penjara……. Pegawai penjara itu bernombor 1212 Allahyarham Abdullah bin Ahmad iaitu abang ipar saya. dan kini saya menyambung tugasnya sebagai wader penjara.Al-fatihah buat beliau…sila gunakan e-mail saya yang diberi jika ada maklum balas.

  2. Ahmad Murad bin idris says:

    Pegawai penjara yang ditikam oleh Botak Chin itu bernombor 1212 Allahyarham Abdullah bin Ahmad iaitu abang ipar saya. dan kini saya menyambung tugasnya sebagai wader penjara.Al-fatihah buat beliau…sila gunakan e-mail saya yang diberi jika ada maklum balas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: