mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

botak chin..episod 1


Pernahkah korang mendengar nama “Botak Chin”? Tahukah dan kenalkah korang kat orang yang gua maksudkan ini? Gua pasti pasti ramai yang tidak mengenali orang yang ingin gua ceritakan dalam entry gua kali nie….Ha! kalau korang semua nak tahu, Botak Chin ini adalah seorang penjenayah yang paling dikehendaki dan telah mengemparkan dunia jenayah kat Malaysia dalam tahun era 70 – an…

Tujuan gua menghasilkan entry berkaitan Botak Chin nie bukannlah untuk mengagung-agungkan penjenayah kejam ini, tetapi gua ingin memberikan gambaran sejarah-sejarah jenayah yang telah berlaku pada zaman-zaman yang mungkin ada antara kita belum lahir lagi ke dunia nie ketika jenayah nie berlaku kat negara kita nie termasuklah gua sendiri yang belum lahir lagi masa tue…Jadi apalah salahnya jika gua menulis entry nie untuk memberikan maklumat dan info berkaitan penjenyah paling bahaya pada era 70-an nie dan sekali gus akan menjadikan kita semua warga Malaysia yang akan cintakan keamanan dan kedamaian… Gua sebenarnya sebelum membuat kajian tentang Botak Chin nie , gua membayangkan yang si Botak Chin nie adalah seorang manusia yang berkepala botak licin tanpa seutas rambut pun, tetapi sebenarnya bayangan gua itu adalah tersilap besar sama sekali….Kalau korang nak tahu, si Botak Chin tidaklah botak licin pun…Dia masih memiliki rambut yang lebat sebenarnya!! Kalau korang semua  tak percaya, cuba korang tengok gambarnya yang ada kat bawah nie…


Nama sebenarnya ialah Wong Swee Chin…Apakah sebenarnya maksud yang tersirat disebalik nama gelarannya nie iaitu Botak Chin tue? Sabar semua, bawa bertenang…Sebenarnya nama gelarannya itu adalah gabungan dari 3 patah perkataan bahasa china Hokkien yakni “BO”, “TAK”, “CHIN”… “BO” sebenarnya bermaksud tiada, manakala “TAK” pula membawa maksud kerja dan yang terakhir pula “CHIN” iaitu bermaksud china…Jika korang gabungkan ketiga-tiga perkataan ini akan menjadi “China Tiada Kerja” atau pun “Jobless Chinese” dalam bahasa Jawanya… Penjenayah kejam nie lahir ke dunia pada tahun 1951 di Kuala Lumpur… Botak Chin mempunyai adik-beradik yang ramai iaitu 10 orang semuanya…Bapaknya pula adalah pesara jabatan kereta api  ketika dia lahir… Bapa kepada penjenayah ini telah menghantarnya ke sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudiannya Botak Chin menyambung sekolahnya ke sekolah Inggeris…Tetapi harapan bapanya untuk menjadikan dia manusia yang berguna kepada bangsa dan negara musnah apabila dia  berhenti sekolah pada usia 15 tahun….

Setelah si  Botak Chin nie berhenti sekolah, dia bekerja sebagai pembantu pasar borong di Jalan Tun Ismail , tetapi dia bekerja kat situ tak lama…iaitu setahun saja dan kemudiannya dia berhenti dan mula terpengaruh dengan jenayah…Botak Chin merasa sungguh tertarik dengan kegiatan jenayah yang di lakukan oleh kumpulan kongsi gelap di kawasan itu…Akibat ingin mendapat wang dengan mudah tetapi dengan cara yang salah dia telah memulakan karier untuk menjadi penjenayah besar kat Malaysia nie dengan menganggotai kumpulan kongsi gelap 360 yang berkuasa di kawasan itu ketika masa tu…

 Bersambung….

p/s  saja nak buat episod..takot nanti korang bosan baca..

Filed under: sejarah

5 Responses

  1. botak chin the legend

  2. sapit says:

    yat, sambungan biar linah ckit – sapit

  3. sapit says:

    *lincah

  4. haDiah says:

    cayalah abg hyatt..da lme ke wt research neh??

  5. Booom says:

    Botak chin the legend? you know what are you saying ah ahfatraksaksa? legend only can be used for the person who r contributing great n good things… stupid comment you got there..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: