mr.hyatto…….

Icon

the unfinished story…

Evolusi KL Drift II…


Filem arahan syamsul yusof pada aku kali ni best!!..tetapi yang membuatkan aku lagi respect filem ini adalah kerana aaron aziz berjaya melakonkan watak joe dengan amat berkesan sekali..haha wa respect sama lu bro!!..

filem ini mengisahkan zack (syamsul yusof) dan syam (farid kamil) yang dalam proses untuk mencipta nama dalam dunia drift..kira nak jadi drift king la..tapi yang berjaya hanya zack sahaja memandangkan syam sudah kehilangan keupayaan kakinya akibat kemalangan hasil perbuatan joe (aaron aziz) dalam filem yang lepas..

joe yang telah terselamat dari kemalangan dahulu nekad untuk membalas dendam bersama ery (shaheizy sam) terhadap zack kerana mengakibatkan karl di tahan polis.. dan dalam masa yang sama mereka berdua bergelut dengan kongsi gelap2 yang lain untuk menguasai perniagaan dadah di seluruh kl..

filem ini turut di barisi oleh scha al-yahya sebagai aleya , remy ishak sebagai inspektor kamal dan juga penampilan istimewa adam corrie..kali ini syamsul yusof berjaya menyusun jalan cerita dengan lebih kemas dari filem terdahulu manakala aksi2 pergaduhan dan kejar mengejar berjaya membuatkan filem ini setaraf dengan filem hong kong..cuma yang aku agak kecewa kenapa watak2 jahat di matikan..hrmmm

bagi peminat filem2 aksi..ini adalah filem yang mesti anda tonton!! kerana saya percaya filem ini tidak akan menghampakan anda walaupon filem ini ada sedikit persamaan dengan filem FAST & FURIOUS tokyo drift tapi filem ini ada kelainan tersendiri dan telah berjaya membuktikan malaysia adalah salah satu negara yang mempelopori sukan drift di rantau ini..

untuk syamsul yusof  kami semua mengharapkan anda tidak sia2 kan bakat anda sebagai pengarah muda yang berjaya..tapi aku rasa kalau kau tak jadi hero dalam filem lepas ni  pon ok jugak sebab boleh lah dapat memberi 100% komitmen untuk mengarah..😉

p/s kalau ada cerita pasal joe kan best!!..psl dia manyak langsi maa..


Filed under: filem

3 Responses

  1. azmi says:

    hye shaheizy sam

  2. nurul says:

    waah abg aaron aziz brlakon dlam kl drif2 emg pwer la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: